ALAMAK! BERAPA HARI DAH NI TAK UPDATE BLOG

ALAMAK! BERAPA HARI DAH NI TAK UPDATE BLOG | Gitu la perasaan ku ini yang dah berapa hari tak update blog . Entahla , dah berapa hari ni macam terasa kepenatan sedikit . Mungkin beberapa hari ni terasa overwhelmed dan juga burn out.


Kisahnya , dah lebih seminggu ni ain pulun la dok study benda-benda teknikal mengenai blog . Ala , perkara teknikal ni macam SEO la , analytics la , google search console la , google tags manager la dan bermacam lagi . Jujurnya , ain ni memang tak pandai langsung tau . Nak edit blog pun banyak perlukan bantuan dari kawan blogger .

sedulang nasi lemak


Sampai kan terasa burn out gitu . Dia macam rasa penat sikit . Rasa nak marah , tapi kena sabar , rasa nak marah tapi kena sabar . HAHAHAHA .(sound fyp tiktok) Gitu la kena sabar nak nak lagi bulan ramadhan ni kan . Tak la sampai ke level nak marah cuma penat . Rasa macam frust dengan diri sendiri sebab tak mampu capai standard level yang ditetapkan . Tapi betul la orang cakap , kalau tak berusaha macam mana nak dapat hasil nya kan . Aku ni baru je berusaha sikit , tak kan la nak terus gedebuk mengharapkan hasil yang banyak terus kan . 


Sebab tu mungkin lebih banyak berdiam diri . Kurangkan scroll social media . Sebab tak nak ada perasaan "tak setanding" kawan-kawan yang lain . Aku ni pula jenis kalau nak achieve something , aku suka tahu apa kelebihan and kelemahan yang ada pada diri aku .


Maybe , aku ni jenis high expectation .. Sebab tu macam cepat give up ! Serius la , aku macam jelos bila tengok kejayaan kawan - kawan yang boleh maintain page views sehari berpuluh - ribu , boleh masuk google first page . Hmm , serius la.. aku pun boleh rasa nikmat tu kan .. Its just that i need to work hard more and more .


By the way , few days ni pula memang a bit busy sampaikan nak buka laptop pun tak menyempat . Jadi , hari ni baru menyempat . Satu lagi kepala otak aku ni memang tengah serabut sikit . So , kalau tengah serabut aku ni jenis akan cuba chill kan diri sendiri dan susun semula apa yang nak dibuat . 


Pssst , aku dapat job untuk host di TikTok live . Sekarang tengah still under discussion dan susun content . Aku excited sebab aku rindu kot nak buat live . Cuma tu la nak kena start practice semula bercakap untuk buat live ni memang perlukan banyak energy. Insyallah , memang nak sangat all out untuk hosting TikTok ni . Doakan ain okay ~


Sebelum ni banyak live di Instagram je , kalini nak bertukar pula ke TikTok . 


Kalau yang sudi berkongsi tips untuk dapatkan page views berpuluh - ribu setiap hari , sila la kongsikan di ruang komen okay ! By the way , gambar sedulang nasi lemak tu jiran bagi masa juadah berbuka puasa hari yang pertama . Kemain cantik gitu dulang plating nya kan . hehehe .