SAKIT HATI BILA TIME GORENG AYAM , TERKENA MINYAK MELETUP..INI CARA NAK ELAK..

Image may contain: food

SAKIT HATI BILA TIME GORENG AYAM , TERKENA MINYAK MELETUP..INI CARA NAK ELAK..


Aku menaip ini ketika menunggu hasil goreng ayam aku tu untuk waktu bersahur. Iya, ayam goreng memang enak dimakan. Siapa tak suka kan. Nak pula pada waktu Ramadhan , menu ayam goreng antara menu yang paling simple boleh dimasak di rumah. Tapi, setiap kali aku mengoreng ayam , setiap kali itu la aku rasa sakit hati yang sangat dalam. 

Kenapa?

Aku paling menyampah betul kalau terkena letupan minyak tu. Dahla panas , sakit pula hati kita awak. Sebab tu aku paling kesian kalau pergi ke kedai makan dan aku tengok sendiri siapa yang kena bahagian menggoreng. Aku faham rasa 'sakit hati' tu macam mana.

Cumanya kalau di kedai tu memang menggunakan segelen minyak untuk menggoreng. Seram juga nengok! Tapi kalau memasak dirumah , sebolehnya penggunaan minyak digunakan semaksima mungkin. Aku yakin mak-mak atau mereka yang selalu masak dirumah memang paling anti bab menggoreng. Sakit tahu tak kena minyak yang meletup tu.


Tak boleh jadi ni , terus aku google macam mana nak elak. Yela , nak tak nak kena juga menggoreng ayam di rumah tu. Aku google banyak keluar tips dari negara seberang! Kah! Pening juga nak faham nya. Aku cuba bagi tips seringkas mungkin yer sebagai panduan kepada penggoreng ayam! Hahaha.
  • Pastikan kuali yang hendak digunakan betul-betul kering dari air. Lapkan sehingga kering dan yang baru membasuh kuali tersebut perlulah tos air tu sampai kering.
  • Minyak kenalah betul-betul panas. 
  • Semasa menggoreng , jangan terbalik kan ayam tu banyak kali. Bila minyak dah panas , cukup terbalikkan sekali je . Sebabnya mula-mula kita dah goreng disebelah bawah , dan terbalik kan sekali untuk goreng di bahagian sebelah atasnya pula.
  • Tambahkan garam ke minyak! Yang ini aku baru terbaca, tapi aku tak cuba lagi mujarab ke tidak. Hahaha.
  • Guna lah periuk yang tidak melekat (non-stick) , macam aku guna periuk Noxxa, hasilnya ayam tu jadi lagi cantik warna nya , rasa tepung sebati dengan ayam nya serta ianya memudahkan proses menterbalikkan ayam.
  • Tutup api atau perlahankan semasa nak terbalikkan ayam tu.
Style aku , biar sampai bunyi letup tu dah habis , baru aku terbalikkan atau terus angkat keluar. Sebabnya , aku tahu selagi , bunyi letup tu tak settle , bahaya untuk aku mendekatinya! Hahaha. Sebenarnya , dekat tangan sebelah kanan aku ni ada je parut yang tak hilang kesan daripada terkena minyak panas. 
Image may contain: food
Haa,nampak ayam tu kurang berminyak?!
Kadang tu , ada juga yang bertanya ni kenapa? Hurmm.. ku cakap kan jugak puncanya daripada apa. Itulah antara risiko mereka yang bekerja sebagai menggoreng ! Tu belum masuk termelatah , termencarut time letupan minyak tu terkena dekat badan kita. Hahaha. 

Selamat menggoreng ayam! Takkan nak pakai helmet kot nak elak dari terkena letupan minyak goreng tu. Kahkahkahkah.

>>>Baca juga : Bila Mood memasak kelaut!