WANITA YANG KAU PILIH

 

wanita yang kau pilih

WANITA YANG KAU PILIH | Wahai LELAKI...


Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.


Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.


Kalau kamu memilih bersama wanita penurut , kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.


Kalau kamu memilih bersama wanita yang berani , kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.


Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.


Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.


TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja. Kehadiran mereka lebih menyempurnakan.


Baca kisah lain mengenai perihal wanita :


Kredit sepenuhnya dari sumber:

Facebook  Weds Paper , Kad Kahwin Online

BERHUJUNG MINGGU DI KAMPUNG

BERHUJUNG MINGGU DI KAMPUNG | Pada hari sabtu dan ahad yang lepas ain pulang ke kampung . Semenjak dua menjak ni memang selalu juga balik ke kampung , mungkin lari dari kehidupan di bandar sekejap kan . KIHKIHKIH. Sebelumnya , ain pulang ke kampung pada hari mengundi PRN Johor.


Dan , ain pulang lagi ke kampung. Untuk dua hari 1 malam ni , ain banyak melawat ke kebun . Insyallah , lepas ni nak menjebakkan diri dalam bidang kebun pula walaupun tak minat berkebun . Minat berkebun tu masih belum datang lagi , tapi rasanya memang kena cuba cuba juga kan . (Si kak Sunah Sakura tu tak habis habis dengan keladi dia , siap nak kasi seketul keladi pada ain ) . Yela , lepas ni kita cuba jela ehk ! CUBA JE DULU . HAHAHAHAHA.

sheisfarahain di kebun

buah kelapa sawit


Ain banyak masuk ke kebun kelapa sawit . Memang tak tahu satu benda pun pasal kelapa sawit ni . Tapi , cuba belajar dulu ! Bila dah sampai ke kampung , internet pun kejap ada kejap tak ada . Ain bawa juga laptop ke kampung , tapi tu la mood blogging tak ada sangat . Hanya guna untuk menonton drama korea je la (tu pun selamat download dulu baru tengok )


Di kampung ni boleh katakan semua nya on time ! Bangun kemain punya awal ye ! Tidur pun lagi la awal . Dah tepuk tepuk bantal seawal jam 9 :30 malam yer ! (Awal bagi seketul farahain) . Ayah dan mama pula jenis bangun awal (pukul 4 lebih dah terjaga kau ) HAHAHAHA . Kita ni masih berselimut lagi kau . Abang ain pula dari semalamnya dah bagitahu nak sarapan pagi dekat warung depan rumah tu , nak sarapan roti canai katanya .

roti canai sardin



Jadinya , jam 7:15 pagi yer ayah dan mama ain dah bagi reminder jalan kaki je untuk ke warung tersebut . Katanya kalau lewat lewat nanti penuh warung nya orang datang . Memang penuh yer ! Kata mama ain "orang kampung sekarang pun dah malas masak , beli je la makanan senang !"


Petang sebelumnya kan , mama siap order nasi arab kau . Order guna whatsapp je . Dalam kampung ni siap ada group whatsapp yer! Jangan main - main . Mana yang lapar dan malas masak , tekan tekan know know sampai depan rumah je . HAHAHA . Mama cakap , malas la nak masak sebab nya kitorang sehari suntuk dah banyak ke kebun kan .

kampung parit tengah johor

nasi arab kampung parit tengah johor

suasana kampung

Macam biasa sebelum pulang ke Johor Bahru , singgah dulu di Siti Raya Food buat stok kunyah - kunyah di rumah nanti . Begitu la hujung minggu ain di kampung. 


Psttt : Puasa dah nak tiba kan , teringin juga nak berpuasa di kampung , sebab kalau puasa di rumah sendiri sahur kemain awal yer (jam 12 tengah malam) . HAHAHA . Kalau berpuasa di kampung , komfom pukul 4 dah terbangun  untuk bersahur .