MAKAN CHICKEN CHOP RM3 DAN MINUM TEH O BENG 50SEN BERSAMA ANAK JIRAN
Sepetang diluangkan bersama anak jiranku yang bernama Asyira. A simple meet up tapi ianya memberi kenangan terindah untuk aku ceritakan di diari online ku ini. Permulaannya kami hanya berjalan kaki di sekitar kawasan perumahan aku memandangkan aku nak kembali aktif. Langkah pertama ialah perbanyakkan jumlah step harian la kan. Kalau nak dapat 10,000 langkah sehari kena la sepanjang hari tu aktif bergerak sana sini.Tak boleh duduk ngadap telefon je. Kihkihkih.
Ini kalau asyik duduk je mana tak gemuk! Hahaha. So, aku ajak ler si Syira ni berjalan keliling kawasan rumah. Dia sedap ler naik basikal. Aku ni naik kaki. Lepastu dia cakap , “a few hours later”. Kuang asam betul! Memula niat nak berjalan je sekali Syira ni cakap jomla kita belanja kak Ain.
Ni ibu bagi duit, ibu cakap 10hinggit belanja kak Ain kena habiskan. Jomlah pegi kedai depan! Kah! Aku pulak memang tengah lapar weh. Gila betul rezeki kiriman Tuhan ni. Tak aku sangka betul. Terus kitorang jenjalan ke kedai depan. Nampak chicken chop RM3 je sebungkus dan beli teh o beng 50sen je. Syira beli dua bungkus semuanya , untuk aku satu dan untuk dia satu.
teh o ais bungkus , yang orang panggil teh o beng! Hahaha |
chicken chop RM3 sebungkus! sedap |
Kitorang makan dekat kawasan terbuka KRT kitorang tu. Fun fact about Ain, aku ni tak perlukan pun kedai makan yang mahal-mahal untuk menceriakan harinya, she just need a great time to spent with. Rupa-rupanya chicken chop tu ramai jugak yang membeli. Sebab memang nampak bebudak tapau bawak balik dan ada yang makan dengan geng-geng diorang sambil main game.
Banyak juga yang kitorang borakkan pada petang tu. Hmm, sebenarnya waktu tu aku tengah rasa sedih, tapi aku tak sangka dia lagi rasa sedih. Tuhan, Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui. Dia hantar hambaNya yang cilik untuk merawat hati aku. Terhibur betul rasa dan terawat sedikit rasa sedih itu.
Terima kasih kerana sudi belanja kak Ain dan tak henti-henti bagi salam dekat rumah kak Ain. Jadi anak yang solehah dan doakan semoga Allah terus melimpahkan rezekinya untuk kak Ain okay💕
*kalau yang tak pernah baca kisah syira ni, boleh baca di sini Bermain Ice Skating