TULIS YANG BAIK BAIK
'Tuliskan yang baik baik, jika baik niat kita,maka baiklah karya kita. Jika buruk niat kita, maka buruklah karya kita.' - Naim Daniel
Mendalam ayat Naim Daniel, terus aku reflect pada diri aku sendiri. Lately ni i kinda loss my sense of writing. Lama tak bukak blog. Seperti yang sedia maklum, kalau aku tak bukak blog maksudnya memang aku tak akan langsung blogwalking ke blog kawan kawan blogger yang lain.
Kalau diikutkan hati, emosi dan perasaan yang sedia ada sekarang , mahu sahaja aku lontarkan disini. Tapi , bila aku terdengar ayat ND ini terus jadi macam “wow”. Aku nak benda yang baik baik datang kepada aku. Tak semestinya yang negatif dan buruk itu datang kepada aku, seharusnya aku membalas seperti itu.
Aku pilih untuk diam dan tidak melayan perasaan itu. Sumpah! Sakit sangat hati. Mesti rasa sakit sangat! Aku tak tipu. TAPI, terus aku cakap pada diri aku, aku nak yang baik baik untuk aku. Jadi aku perlu tulis yang baik baik.
Ada orang dia Tulis , bila dalam keadaan emosi yang bermacam. Bila dia marah, dia tulis tanpa fikir “baiknya” yang perlu kita beri. Aku rasa , cukup untuk peringatan diri sendiri. Aku mahu tulis ketika emosi aku dalam keadaan BAIK. Sebab sebagaimana yang aku mahu Tuhan beri yang BAIK untuk aku.
*Doakan yang baik baik untuk Nur Farahain. (mesej ringkas untuk diri ini kepada yang membaca) 😍