“AIN , BILA DAH SAMPAI KL NI JANGAN NAK MANJA SANGAT EHK”

Image result for klang valley train map
sumber gambar

“AIN , BILA DAH SAMPAI KL NI JANGAN NAK MANJA SANGAT EHK”

Kawan aku pernah tanya “Ain kenapa kau tak nak stay KL? kan best banyak peluang “ . Jawab aku “aku tak boleh hidup dengan hari hari kejar masa hari hari nak kena cepat. datang kejap kejap KL bolehlah tapi untuk stay takpe lah . aku prefer lagi JB”.  Jadi, aku sekali sekala akan naik turun JB-KL. Bestnya tentang KL of course public transport. Selalunya aku kalau dah sampai je KL, first aku akan buka phone cari Klang Valley train map dulu. Aku memang save siap siap. So, kalau aku nak pergi mana mana aku akan prefer naik train dari naik kereta. Jem kan. Tapi kalau keluar timing cantik okay je jalan tu. 

Bila ada je MRT aku lebih banyak explore weh. Dulu dulu kalau datang KL setakat pergi pavilion klcc. midvalley.macam gitu jela.sekarang , bila MRT ada aku boleh sampai Publika sana, One Utama, Damansara. Banyak connections yang boleh kita pergi. Makin aku jadi seronok guna public transport bila datang KL. 

Aku pun sebenarnya lagi suka naik train weh dari naik kereta. hahahhaa. So, kalau tanya aku yang bukan duduk KL nak kemana mana by train tu insyallah lah aku boleh jawab. Hehehehe.

Dulu aku ni penakut gila nak naik train apa semua. Tapi, aku teringat bila kawan aku pernah cakap “Ain, dah sampai KL ni jangan nak manja sangat ehk... kalau kau expect aku nak sambut kau naik kereta..kem salam jelah” Hahaha. Start dari hari tu, aku memang apa-apa je mesti naik public transport je bila dekat KL. Selagi boleh jalan kaki, jangan nak buat perangai princess kau tu sangat yer cik Farahain 🤪