Assalamualaikum . Mungkin ada yang tahu ain suka betul morning walk . Tapi sebelum -sebelum ini banyak morning walk di sekitar kawasan rumah sahaja la . Kenapa ain suka morning walk ? Morning walk macam salah satu terapi diri yang akan menguatkan otot kaki , lepastu dapat juga menghilangkan stress sebab tubuh badan kita bergerak . Selain itu juga , morning walk ini dapat juga menyegarkan otat yang mana nanti bila melakukan kerja tak lah rasa sakit kepala je sebab selalu mengadap gadget kan .
Jadi untuk edisi (wah giteww yer edisi ) morning walk ain pada kali ini ialah ke Emerald Lake Sunway Iskandar . Haa , dekat mana tu yer ? Emerald Lake Sunway Iskandar ni terletak di Medini Nusajaya Johor . Antara tempat yang popular yang berada berdekatan dengan Emerald Lake Sunway Iskandar ini ialah Legoland , Puteri Harbour dan Sunway Big Box .
Apakah aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan disini ?
Antaranya ialah , morning walk macam yang ain lakukan , zumba , yoga , jogging , aktiviti berbasikal , riadah petang , malah ada juga yang ain tengok picnic santai bersama keluarga . Bukan itu sahaja , disini juga bole bagi ikan makan tau sambil beriadah bersama kawan - kawan dan juga keluarga .
Emerald Lake Sunway Iskandar ini boleh juga dijadikan sebagai tempat ootd , tempat photohoot kahwin kerana persekitaran disini sangat cantik dan back to nature . Sejuk je mata ni tengok tau !
Besar ke kawasan Emerald Lake Sunway Iskandar ni ?
Tak besar sangat pun , pusing satu pusingan sekejap je eh dah habis dah . Hehehe . Disini juga ada disediakan ruang tempat meletak kenderaan tau .
Macam mana nak ke sini ?
Adalah lebih baik anda google maps atau waze ke Sunway Citrine Hub kerana Emerald Lake Sunway Iskandar ni berada di belakang bangunan tersebut .
Sunway Citrine Hub
Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, 79250, 79100 Nusajaya, Johor