Morning Walk Di Emerald Lake Sunway Iskandar

kami di emerald lake sunway iskandar

Assalamualaikum . Mungkin ada yang tahu ain suka betul morning walk . Tapi sebelum -sebelum ini banyak morning walk di sekitar kawasan rumah sahaja la . Kenapa ain suka morning walk ? Morning walk macam salah satu terapi diri yang akan menguatkan otot kaki , lepastu dapat juga menghilangkan stress sebab tubuh badan kita bergerak . Selain itu juga , morning walk ini dapat juga menyegarkan otat yang mana nanti bila melakukan kerja tak lah rasa sakit kepala je sebab selalu mengadap gadget kan .

Jadi untuk edisi (wah giteww yer edisi ) morning walk ain pada kali ini ialah ke Emerald Lake Sunway Iskandar . Haa , dekat mana tu yer ? Emerald Lake Sunway Iskandar ni terletak di Medini Nusajaya Johor . Antara tempat yang popular yang berada berdekatan dengan Emerald Lake Sunway Iskandar ini ialah Legoland , Puteri Harbour  dan Sunway Big Box . 

Apakah aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan disini ?

Antaranya ialah , morning walk macam yang ain lakukan , zumba , yoga , jogging , aktiviti berbasikal , riadah petang , malah ada juga yang ain tengok picnic santai bersama keluarga . Bukan itu sahaja , disini juga bole bagi ikan makan tau sambil beriadah bersama kawan - kawan dan juga keluarga . 

Emerald Lake Sunway Iskandar ini boleh juga dijadikan sebagai tempat ootd  , tempat photohoot kahwin kerana persekitaran disini sangat cantik dan back to nature . Sejuk je mata ni tengok tau ! 

emerald lake sunway iskandar pokok hijau

emerald residence sunway iskandar johor

pokok cantik di emerald lake sunway iskandar


Besar ke kawasan Emerald Lake Sunway Iskandar ni ?

Tak besar sangat pun , pusing satu pusingan sekejap je eh dah habis dah . Hehehe . Disini juga ada disediakan ruang tempat meletak kenderaan tau .

Macam mana nak ke sini ?

Adalah lebih baik anda google maps atau waze ke Sunway Citrine Hub kerana Emerald Lake Sunway Iskandar ni berada di belakang bangunan tersebut .

riadah di emerald lake sunway iskandar

santai bersama keluarga di emerald lake sunway iskandar

sheisfarahain bergambar di emerald lake sunway iskandar

sheisfarahain di emerald lake sunway iskandar

suasana di emerald lake sunway iskandar

tasik di emerald lake sunway iskandar


duduk di tepi tasik emerald lake sunway iskandar


emerald lake sunway iskandar

Sunway Citrine Hub 

Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, 79250, 79100 Nusajaya, Johor



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Cantik tempatnya, memang sesuai utk morning walk, mesti rasa fresh je kepala otak nanti, hihi

    BalasPadam
  2. belum berkesempatan lagi nak ke sini..tapi tu lah, jauh sangat pulak kalo nak berjalan pagi..haha

    BalasPadam
  3. Niceee! Nampak menarik, nanti try lah ke sana sekejap..hehhee

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.