MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga

kilang moha biotech kilang produk jenama sendiri


MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga


Sejak pandemik melanda Malaysia dari tahun 2019, ramai usahawan mengalami pasang surut perniagaan dek kerana operasi perniagaan yang terjejas serta tidak dapat memastikan kesinambungan ekonomi secara berterusan. Bukan itu sahaja golongan bekerjaya juga turut terkena tempias dek kerana  sebilangan syarikat yang terpaksa  “gulung tikar” dalam tempoh yang sukar  ini.


majlis perasmian boha biotech

pengasas moha biotech

perasmian kilang moha biotech


Dalam tempoh tersebut, tentunya pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha perniagaan untuk bertahan dari sudut ekonomi. Turut tidak ketinggalan, syarikat MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN BHD, sebuah kilang pengeluar produk kosmetik dan jus jenama sendiri memilih inisiatif menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan daripada pelbagai latar belakang diluar sana 


program usahawan berani berniaga moha biotech


Baru-baru ini, sejurus selepas semua sektor perniagaan dibenarkan operasi Oktober lalu, Moha Biotech baru-baru ini telah melancarkan Program Usahawan Berani Berniaga bagi menyuntik semula semangat usahawan kecil untuk bangkit semula dan  berani mengembangkan perniagaan selepas  mengalami kesukaran dalam tempoh  pandemik. Program ini telah dilaksanakan sejak Januari 2021 dan sebanyak lebih daripada 10 produk telah di keluarkan. Antara produk yang dipromosikan adalah produk esen, lip matte, sabun, tablet dan jelly dengan modal bermula hanya RM350 sahaja.

usahawan membuat lawatan ke kilang moha biotech

dalam kilang moha biotech

kilang moha biotech

sheisfarahain berada di kilang moha biotech

pekerja di kilang moha biotech

sheisfarahain melawat kilang moha biotech

“Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini” hujah Pengarah Eksekutif, Moha Biotech dalam Majlis Perasmian Kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. pada 3 Disember lepas. Program ini telah berjaya menarik penyertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangkakan dalam perancangan yang singkat. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini dilaksanakan, usahawan yang berminat diberi panduan yang lengkap berkenaan dunia pemasaran kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat tersebut.


Program ini juga turut menyaksikan 5 usahawan berani daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas tentang manfaat program tersebut. 

sheisfarahain bersama yaya mohamad founder moha biotech


sheisfarahain di kilang moha biotech

Secara tuntasnya, pandemik ini memberikan kesan dan impak yang besar kepada ekonomi perniagaan, namun ianya tidak boleh dijadikan alasaan untuk para usahawan tidak berani mencuba alternatif baru dan juga mencari solusi bagi memastikan ekosistem perniagaan & kelangsungan hidup berjalan seperti biasa dengan menggunakan peluang keesemasan menjadi founder MOQ rendah di www.mohabiotech.com

Catat Ulasan

0 Ulasan