BUKIT GAMBANG WATERPARK


Ape kes cik Farahain baru nak update benda dah berlaku tahun 2015 πŸ™ˆ. Sorry yer blog kita ni kan awak, kadang dia ada ombak pasang surut.  Makanya, kita throwback ler cerita berapa tahun lepas.

Ceritanya masa tu, geng PCD ain semua berpakat ke Pahang. Sebab lela kahwin dan tu la first time Ain sampai Pahang. Oh, by the way geng PCD ni tercipta masa zaman belajar matrik. Hehehe. Kita cerita lain entri yer nanti. Geng PCD ni terdiri dari Ain , Elly , Ecah , Eiyra dan Lela.


Ain mulakan perjalanan dengan naik flight JB-KL sebab masa tu acah-acah poyo nak naik flightπŸ™ˆ. Sampai je klia terus pergi putrajaya kejap sarapan pagi dengan my bestfriend. Lepastu aku gelabah lah kelam kabut sebab dah plan dengan Elly n Ecah.


Jumpa dekat KL Sentral. Ecah yang drive. Dia bawak Triton kau.Tekezut kita dahla Ecah comel je. Hahaha. Kitorang sampai lambat lah. Aku sumpah rasa bersalah gila. Hahaha. Dah la plan pergi ke Gambang ni idea aku. Eiyra dari JB dah lama sampai kitorang lambat sampai.

Lagi panas hati, sampai lambat, pastu tiket boleh tahan mahal. Sebab kitorang main kejap je, mestila rasa tak berbaloi kan. Weyh, geng PCD ! Kalau korang baca, sorry tauπŸ˜‚


Kitorang antara yang last juga la keluar dari water park tu. Dah penat-penat mandi terus pergi ke rumah lela. Sebab lela nikah malam tu.

Alhamdulilah, sempat juga kitorang tengok dia. Sekarang ni geng PCD tinggal aku dengan Elly je yang belum kahwin. Hahaha.Doakan yang baik-baikπŸ™Š

Aku up semula moment ni sebab 8-10 ogos , kami geng JDT Blogger nak gegar ke Gambang. Kali ni, ain nak betul-betul rasa enjoy dekat sana. Banyak aktiviti tau.Nantikan update dari kami semua tau. Korang boleh je follow Facebook JDT Blogger dan Instagram @jdtblogger .