ALAMAK! BERAPA HARI DAH NI TAK UPDATE BLOG | Gitu la perasaan ku ini yang dah berapa hari tak update blog . Entahla , dah berapa hari ni macam terasa kepenatan sedikit . Mungkin beberapa hari ni terasa overwhelmed dan juga burn out.
Kisahnya , dah lebih seminggu ni ain pulun la dok study benda-benda teknikal mengenai blog . Ala , perkara teknikal ni macam SEO la , analytics la , google search console la , google tags manager la dan bermacam lagi . Jujurnya , ain ni memang tak pandai langsung tau . Nak edit blog pun banyak perlukan bantuan dari kawan blogger .
Sampai kan terasa burn out gitu . Dia macam rasa penat sikit . Rasa nak marah , tapi kena sabar , rasa nak marah tapi kena sabar . HAHAHAHA .(sound fyp tiktok) Gitu la kena sabar nak nak lagi bulan ramadhan ni kan . Tak la sampai ke level nak marah cuma penat . Rasa macam frust dengan diri sendiri sebab tak mampu capai standard level yang ditetapkan . Tapi betul la orang cakap , kalau tak berusaha macam mana nak dapat hasil nya kan . Aku ni baru je berusaha sikit , tak kan la nak terus gedebuk mengharapkan hasil yang banyak terus kan .
Sebab tu mungkin lebih banyak berdiam diri . Kurangkan scroll social media . Sebab tak nak ada perasaan "tak setanding" kawan-kawan yang lain . Aku ni pula jenis kalau nak achieve something , aku suka tahu apa kelebihan and kelemahan yang ada pada diri aku .
Maybe , aku ni jenis high expectation .. Sebab tu macam cepat give up ! Serius la , aku macam jelos bila tengok kejayaan kawan - kawan yang boleh maintain page views sehari berpuluh - ribu , boleh masuk google first page . Hmm , serius la.. aku pun boleh rasa nikmat tu kan .. Its just that i need to work hard more and more .
By the way , few days ni pula memang a bit busy sampaikan nak buka laptop pun tak menyempat . Jadi , hari ni baru menyempat . Satu lagi kepala otak aku ni memang tengah serabut sikit . So , kalau tengah serabut aku ni jenis akan cuba chill kan diri sendiri dan susun semula apa yang nak dibuat .
Pssst , aku dapat job untuk host di TikTok live . Sekarang tengah still under discussion dan susun content . Aku excited sebab aku rindu kot nak buat live . Cuma tu la nak kena start practice semula bercakap untuk buat live ni memang perlukan banyak energy. Insyallah , memang nak sangat all out untuk hosting TikTok ni . Doakan ain okay ~
Sebelum ni banyak live di Instagram je , kalini nak bertukar pula ke TikTok .
Kalau yang sudi berkongsi tips untuk dapatkan page views berpuluh - ribu setiap hari , sila la kongsikan di ruang komen okay ! By the way , gambar sedulang nasi lemak tu jiran bagi masa juadah berbuka puasa hari yang pertama . Kemain cantik gitu dulang plating nya kan . hehehe .
Semoga dipermudahkan segala urusan Ain... Aamiin.. Take a rest and stay healthy ..
BalasPadamUsaha tangga kejayaan, caiyukk! (Ada lagi ke org guna caiyukkk ni??)
BalasPadamammi pun sama je ain..masih mencari kenapa blog asyik dapat D je kat GTMetrix tu..geram
BalasPadamNak maju kena rajin..nak lebih kena rajin.. nak naik kena rajin... tapi kalau taknak, diam je laa situ.. tu kekdahnya Ain..
BalasPadamKipidap, don gibap! Me too lah tak reti dah nak godek godek pasal blog.. dulu tu memang rajin, sejak dah kerja tetap, jadik malas dan tak nak amek tahu bab lain ni.. Harap orang je tolong edit.. All the best eh hosting kat Tiktok! Nanti war war kan la....Boleh singgah sebentarrr... U are doing what the best you can..I know it! I can see it!
BalasPadam