THROWBACK ZAMAN SEKOLAH TERKENANG PULAK GENG PENGAWAS

kad kahwin

THROWBACK ZAMAN SEKOLAH TERKENANG PULAK GENG PENGAWAS 


Semalam selepas menunaikan solat terawih , aku memang niat nak mengemas sedikit. Nak menyusun dan membuang apa-apa yang tak nak diguna. Dulunya kalau korang nak tahu aku ni sejenis suka menyimpan barang. Apatah lagi nak membuang barang. Teringat dulu-dulu aku jenis suka kumpul botol perfume. Sampaikan aku sendiri rasa semaknya setiap kali nak mengemas. 

Yelah , nak kena lap ler bila berhabuk sampailah satu ketika tu aku memang dah rimas dah menyampah dengan perangai suka menyimpan dah mengumpul aku ni. So , aku mengambil keputusan untuk buang dan wow terus rasa tak semak bilik aku. 

Perkara ni juga la aku praktikan sampai sekarang. Mana yang aku rasa dah tak perlu , aku buang. So , semalam aku susun balik semua dokumen-dokumen , press release yang aku dapat sepanjang pergi event. Hmm, bila tengok balik aku rasa bersyukur sangat. Sebabnya , ini impian aku. Allah tunaikan sedikit demi sedikit. Aku suka pergi event , jumpa dengan orang. 

Berbalik kepada tajuk , (si Farahain ni memang tak fokus betul kan) Hahaha. Masa tengah mengemas tu , boleh pula jumpa kad kahwin geng pengawas aku ni. Tak boleh blah tu diorang berpakat ke ape kahwin sama tahun. Hahaha.

Oh ya , aku pernah tulis tentang hari perkahwinan diorang. Tapi , korang kena janji tau baca! Hahaha.

Mai kahwin pada tarikh yang sangat cantik , dimana tarikh tu ramai orang dok pilih nak kahwin. Tarikhnya ialah pada 18.8.18. Kebetulan tarikh tu pulak , hari paling sibuk untuk aku. Tapi , walaupun penat , aku rasa happy sangat!. Baca dekat sini >>18.8.18 Hari Kahwin Semalaysia!!

Tak lama lepas tu , Tasya pula kahwin. Tasya pulak kahwin pada bulan Disember. Dalam posting aku sempat aku ceritakan macam mana kitorang berjumpa , siap ngumpat geng-geng lain lagi. Hahaha. Kalau tak ingat , meh baca lagi ... Geng Pengawas Saya Dah Kahwin

Bila diingatkan semula geng pengawas aku ni lah yang banyak tolong aku masa sekolah dulu. Diorang tolong aku bukan dari segi hal -hal berkaitan pengawas je , tapi diorang selalu ingatkan aku buat kerja sekolah. Ingat aku ni rajin sangat ke ? pandai sangat ke ? Baik sangat ke? Nama je pengawas , tapi aku ada je buat benda jahat.. Errkk..nanti ler kalau ingat balik aku cerita okay! Hahaha.


Ape lagi aku nak membebel ehk? Sejujurnya , mood aku agak kelaut semenjak Facebook dan Instagram block link blog akuainkausiapa ni.  Sedih nya rasa.. dah hantar dah pun surat cinta dekat team Facebook... tapi tengok ler respon nya macam mana.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hahahaha the same dilemma. tak tau nak membebel apa XD

    BalasPadam
  2. Tunggu juga kad kawin budak bandar baru uda tu hahahahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.