JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, November 27, 2018

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG

Aku tak berniat untuk menghina budak kelas belakang. Yer, kalau mahu diceritakan pengalaman aku tak pernah rasa duduk kelas belakang. Aku ni kira nasib je tergolong duduk kelas pertama masa sekolah. Tapi masa sekolah rendah pernah lah merasa turun kelas. Cumanya masa sekolah menengah dari tingkatan 1-5 je rezeki maintain duduk kelas pertama. "Kau tak tahu Ain camne rasa duduk kelas belakang , mana sama dengan duduk kelas pertama". Kata abang aku. Yer, dia dulu pernah rasa menjadi budak kelas belakang. Aku selalu tanya dia. Yela, aku duk kelas pertama semua skema-skema je, budak-budak belajar kata orang! Lagi sekali aku ulang, aku ni kira "luck" je terduduk kelas pertama tu. Nak kata skema belajar tak jugak!

Dia dikutuk kerana dia kelas last!

Anyway, aku nak buktikan yang kita semua jangan perlekeh budak kelas belakang. Benda ni terjadi depan mata aku. Melihat seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun dikutuk kerana dia kelas last! Anak jiran aku. Disebalik dia yang duduk di kelas belakang, tahun ni je dia dapat jadi pengawas di sekolah agama. Banyak pencapaian yang aku nampak pada si Farisya ni. Kita panggil dia Eisya. Kak Ain bangga gila dengan Eisya.(incase you read this girl!)😜 Kalau tak pernah tahu siapa anak jiran aku ni , korang boleh tengok tulisan aku yang ini : The NF Generation

JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG
Eisya johan lumba lari okay! kau hado?*kredit gambar facebook : Skbu2

Aku selalu cakap, " Eisya ni genius tau" , "pandainya eisya". Tapi dia selalu jawab, "Mana ada Eisya pandai, Eisya kan kelas last...kelas last mana ada pandai". Sentap betul aku dengar woi. Iya memang betul aku tak akan faham sebab aku tak pernah rasa, tapi setelah abang aku sendiri cerita dia pernah jadi budak kelas belakang. Kau rasa? Budak kelas belakang selalu tidak mendapat perhatian cikgu , cikgu cakap tak ada masa hadapan , cikgu ajar nak tak nak je, ikut suka la nak belajar ke tak nak , itu belum campur budak-budak dalam kelas tu kerja 24jam aktif nak bermain. Hahaha. Persoalannya, pandai kanak-kanak itu hanya terletak di atas report card nya sahaja kah? Its just a piece of paper. Kalau hangus terbakar , it means nothing!

Apa lagi kejayaan pada si Eisya ini? Aku tak sangka betul dia jadi Juara lumba lari 4X200m. Oh ya, dia selalu juga orang kata budak bambam gemok. Aku teringat dulu-dulu aku pun selalu kena kutuk budak gemuk. Kau rasa best ke? Siapa kata budak bambam tak boleh jadi juara lumba lari? Kau rasa? Budak kurus tu mana? Hahahaha. Bukan itu sahaja, dia juga perform dalam pada dia duduk kelas belakang. Eisya pernah cakap dekat abang aku , "Rina(akak dia) , kau cakap dengan abang zaki , aku dapat nombor berapa dalam kelas". Rina jawab ,"kau kelas belakang, boleh lah kau tak payah la nak belagak pulak". Hahaha. Aku gelak!
JANGAN PERLEKEH BUDAK KELAS BELAKANG
Eisya mendapat piala semasa majlis Anugerah Cemerlang
*kredit gambar facebook : Skbu2

Tak, dia bukan nak berlagak dengan kejayaannya. Dia nak kan recognition daripada orang sekeliling dia. Dia nak orang cakap "Wah, power juga lah si Farisya ni". Sebab budak kelas belakang selalu dihina dan dikecam. Bila dia achieved something , layan la dia sama level macam kita layan budak kelas pertama. Aku happy betul tengok dia capai banyak benda dalam tahun ni disebalik dia turun kelas belakang. Eisya, dont stop until you achieved what you really want in your life! Kak Ain always support you❤️

Oh , by the way, dia pun dah ada boyfriend. Opps, siapa kata budak gemuk tak hot?😜

12 comments:

  1. kah kah kah.. terletus gelak baca para akhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhhaa.kan.. siapa kata budak gemok tak hot..hahahahhaa..

      Delete
  2. amboii.. statement terakhir tu acik pun rasa tercabar tau.. haha.. btw, kebolehan anak2 ni lain2.. mungkin dia tak cemerlang masa kecik tp bila dia dah dewasa dia jadi somebody kan.. sape tahu kan.. tahniah eisya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...dia mungkin tak teror pada kademik , tapi dia juga ade lebihnya..

      Delete
  3. aku pun kagum baca tulisan ko ni ain..hari tu da dengar da ko bercerita..ni membacanya pulak..hebat betul Farisya! keep it up girl! haa, suruh dia baca komen aku ni

    ReplyDelete
  4. Yang last tu kan...dia sama macam kakak jiran sebelah uma dia tu kannn..hahahahahaha

    Nanti Kakak jiran Farisa ni bawak gi sarkis ya..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gahahahahahhahaa... Bawak gi sarkis. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. tulah setiap orang ada kelebihan masing-masing. all the best to her!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzaa betul sangatt tuhhh.. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  6. πŸ˜‰ credit to kak ain πŸ‘ good intrepretation on eisya..ni kalau si kecik baca..hahaahaa sure berulangkali dia rewind ayat kak ain!
    Ok..this is eisya's mother n i'm using her photo as my profile pic 😊
    Cute kan my little buddy...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaa... Rewind ayat kak ain ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.