Pada hari jumaat lepas, Ain spent time dengan The NF Generation. Kalau yang tak kenal lagi siapa diorang, boleh la baca dulu entri ain tentang diorang okay. Plan asal Nana ajak tengok pameran dinasor dekat Plaza Angsana JB tapi, pamerannya start esok.
Alang-alang dah keluar takkan nak balik pulak kan. Terus teringat dekat Paradigm Mall sebab dekat situ banyak tempat permainan. Haa,kesitu ler kami semuanya. Rupanya tu first time diorang main dekat arcade. Hahaha. Dia tak tau kak Ain ni dari time sekolah dah pernah merasa. Paling suka main netball. Ya Allah, aku baling betul-betul macam nak bertanding wakil sekolah kau. Tapi, kita ketot awak, orang main netball semua tinggi. Bahahahha.
So, sampai je terus cari token. Kitorang pergi dua tempat arcade ni. Satu pakai coin satu lagi pakai kad. Haa,lepas geram betul diorang main. Kak ain gelak-gelak je nengok perangai diorang. Alang-alang dah sampai Paradigm Mall, kita bawak sekali voucher makanan dapat masa Fashion Week tuh 🤩
Rupa-rupanya baru ku tahu yang dalam Parkson tu ada mini cafe. Setiap level tau dia ada ruang mini food&beverage. Setiap level tu lain-lain cafenya. Dapat semua voucher dari tingkat atas sampai bawah 🤣
Tapi ain tebus aiskrim dan popcorn je. Sebab yang lain pakai kemudian hari nanti. Haa,korang dah sampai Paradigm Mall tu, masuk tau dan lepak la dekat cafe-cafe tu. Rasa macam prestigious gilerr uols.
Sampai si Risya cakap “kenapa kita je yang makan kat sini?”🤣 Mungkin sebab orang ramai tak tahu kot kat dalam ni ada cafe. Sampai je nak makan aiskrim tu, waiter tu cakap “tunggu 15 minit yer”.
Sepanjang 15 minit nak sampai aiskrim tu, boleh pengsan jugak nak melayan budak-budak.Macam gitu ler kot penat mak-mak nak melayan anak ehk. hahaha. Kids nowadays diorang cepat bosan.Diorang bawak hp nak main game tapi takde internet.
Si risya dengan rina pergi tanya dekat akak waiter tu, terus dia masukkan password wifinya.😂 Berani kan diorang. Haa, sampai je aiskrim....Amek kauu. Berdesuppp semua nak makan. Tapi kita amek gambar dulu.
Diorang cakap sedap betul aiskrim ni. Rina bagi 5/5 bintang.🤩 Haa, Ain pun bagi full star sebab memang sedap betul woi. Berbaloi tunggu sebab dia aiskrim homemade tau.
masa ni risya merajuk sebab dia kalah main game.hahaha |
Lepas dah makan aiskrim,kitorang tebus pulak popcorn. Makan sambil jalan nak balik. Nana request nak ice cream roll. Ku layan kan jela. Pastu kitorang pun balik ke rumah.
rajinnya kak ain lepak2 dgn anak jiran.. nak jadi jiran kak ain la.. hahaha
BalasPadamBestnyaaa...nak jadi anak jiran jugalaaaa...
BalasPadamBoleh kan Kak Ain sayang hahahaha
seronok diorang :)
BalasPadam