Aku bukan lah seorang perempuan yang gila dan obses pada fashion. Nak ootd pun masih kelaut. Hahaha. So, tak pernah terlintas difikiran aku untuk menghadiri majlis-majlis fashion ni woi. Tapi, alhamdulilah, rezeki ini berpeluang merasainya.
Terima kasih kepada pihak Paradigm Mall Johor Bahru kena sudi menjemput Ain . Memang Ain betul-betul rasa excited pada waktu tu sampai buntu nak pakai baju apa. Hahaha. End up bedal jela baju apa yang adaπ€£
Sampai je ke tempat persembahan tu, wow ramai betul yang memang fashionista. Malu pun ada rasa. Tapi, Ain konfiden je masuk register dan kebetulan waktu tu perut tak sedap, Ain tak jamu pun dessert yang disediakan.
Bila tiba masanya waktu pertunjukan dah nak bermula, kami wakil-wakil media di beri tempat duduk paling hadapan sekali. Wow, lagi la teruja kita wakkπ. Memang mendongak kau , aku tengok model-model tu semua catwalk.
Ada orang cakap bosan duduk lama-lama sampai 3 4 jam. Yer, memang mengantuk jugak π . Tapi, jadi tak mengantuk bila ada persembahan selingan . Antara yang menghiburkan para tetamu pada ketika itu ialah Altimet, Wanikayrie , Ernie Zakri dan pemain saxophone wanita Keyin. OMG ! Persembahan diorang semuanya superb best weh.
Aku ni dahla minat muzik walaupun tak pandai main muzik. Menyanyi dan karoke tu pandai la.Hahahaha. Wanikayrie nyanyi lagu Diamond like OMG sedap betul dan dia nyanyi juga lagu Girl On Fire. My favourite song. Aku betul-betul terpegun beb.
Pada aku, Altimet memang la seorang entertainer yang harus dipandang oleh rakyat Malaysia. Aku siap jerit lagi “nak lagu Amboi”π, Altimet jawab “Amboi kita berehat dulu”π. Seterusnya, Ernie Zakri. Yang ni kita tak payah lah nak pertikaikan suara dia. Sedap habis kan. Memang layak di tepukkkk ππΌππΌππΌππΌ
Okay yang pemain saxophone ni pulak superb jugak woi. Aku memang enjoy betul. Kan dah cakap i memang suka muzik walaupun baca nota muzik pun tak berapa nak pandai. π
Habis je catwalk dan persembahan aku cepat-cepat dengan laju nya ke Sazzy Falak untuk bergambar. Sampai kak Seri tegur “Ain dah nak balik ke?”π€£ Hahahaha. Lepas je tangkap gambar semua, dekat ruang dessert tu diorang siap sediakan bekas untuk tapau. Apagi, tapau lah dessert yang sedap-sedap tu.
Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Paradigm Mall JB kerana sudi memberikan pengalaman indah ni kepada Ain. Ain sangat-sangat menghargainya. Semoga kita dapat berkolaborasi lagi untuk event-event yang akan datang.
Mula tadi malas nak komen..sebab jelssss hahahaha
BalasPadamDulu nak jd model gak, tapi TERkahwin awal pulak hahahahahahaa
Memang boleh dibaca keterujaan ain di situ..hahahaha
BalasPadamBestnya..dapat pengalaman baru kan..
BalasPadamAkk pon rasa ketot diri sbelah Atita Haris
BalasPadamWow bestnyer...
BalasPadam