THE GREATEST SHOWMAN MUSICAL CIRCUS PERTAMA DI CAPITAL CITY JOHOR BAHRU - Aku Ain Kau Siapa

Monday, August 20, 2018

THE GREATEST SHOWMAN MUSICAL CIRCUS PERTAMA DI CAPITAL CITY JOHOR BAHRU


Pada 18.8.2018, kami geng JDT Blogger mendapat jemputan media untuk menonton tayangan pertama kali indoor musical circus yang dianjurkan oleh pihak MCM London Musical Circus. Indoor Musical circus ni diadakan di Capital City Johor Bahru. Bila dapat jemputan  tengok sarkas ni, of course la kita rasa excited. Lagi excited bila ain baca “musical” sebab ain memang minat musical teater. Antara JDT Blogger yang hadir ialah Kak Sunah , Kak Seri , Sis Lin , Nona.

Korang jangan risau, team management diorang akan guide nak parking kereta dekat mana dan terus sampai ke tempat tayangannya. Kalau korang nak tau, Capital City ini dipilih bagi memperkenalkan sarkas muzikal pertama di Malaysia sempena ulangtahun ke-250 pertunjukan sarkas dunia.



Pertunjukan tayangan pertama yang kami tonton ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran Bin A.Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji A.Rahim bin Hj Nin, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd Kadir serta telah disaksikan oleh ramai lagi pegawai kerajaan,rakan kongsi,wakil media dan para jemputan.


Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam mencipta pertunjukan hebat di Eropah dan Asia Tenggara, para penerbit dari MCM Studio Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Big Kid Entertainment Group membawa pelbagai konsep yang mengujakan dan mengagumkan, khas untuk persembahan sarkas muzikal di Johor Bahru. Professional sarkas antarabangsa yang terlibat dalam persembahan adalah daripada UK, Russia, Chile, Venezuela, Mexico, Bulgaria dan USA.


Encik Kiril Kirilov, Pengarah Urusan Big Kid Entertainments berkata, "The Greatest Showman menawarkan pengalaman hiburan fantasi terbaru untuk segenap usia dan kami sangat mengalu-alukan semua untuk berkunjung ke sarkas muzikal di Capital City."

Encik Siow Chien Fu, Pengarah Eksekutif dan CEO kepada Capital World Limited Group yang membangunkan Capital City berkata, "Pergi ke sarkas adalah fantasi setiap kanak-kanak, termasuk saya semasa kecil. Kami telah meletakkan harga tiket yang berpatutan supaya semua kanak-kanak boleh merasai pengalaman ke sarkas muzikal bertaraf dunia. Pembukaan sarkas muzikal secara tertutup yang pertama di Malaysia ini diharap akan menaikkan Capital City sebagai destinasi tumpuan bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan."


Pertunjukan sarkas muzikal ini akan dipersembahkan setiap hari di Capital City pada masa yang berbeza sepanjang minggu. Bagi yang ingin mendapatkan tiket ke pertunjukan MCM London Musical Circus, boleh lah membelinya laju-laju! Diorang tengah offer ni sampai bulan September 2018, beli 1 tiket PERCUMA 1! Malah, ada special price untuk hari Selasa! 

MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru
Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880

Inquiries:
info@mcmstudio.asia

Facebook:

Instagram:

Tel: +607-238 6622 / 232 1718
Fax: +607-236 3322

4 comments:

  1. Rak sabar nak tengok lagi buat kali kedua hehehehe

    ReplyDelete
  2. tingat dedulu kecik2 tingin nak tengok circus. nak tengok singa ngan gajah.. hehe..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.