"YEAY , AKHIRNYA KAKAK UDAH PULANG!!" - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, July 16, 2019

"YEAY , AKHIRNYA KAKAK UDAH PULANG!!"

aku ain kau siapa

"YEAY , AKHIRNYA KAKAK UDAH PULANG!!"

Hari ini , mama kepada anak jiran aku si Fahrina dan Farisya menghantar whatsapp kepada ku , "kemain riang gembira adik rina dan risya menyambut kepulangan kakak Tini di airport senai"
Itulah photonya yang dikirim kepada aku. Tersenyum aku melihat dan siap zoom inn muka anak jiran ku itu.

Teringat pulak aku menjadi peneman untuk semalam  untuk rinasya!

Bahagia betul bila kakaknya udah pulang!

Aku teringat masa bulan puasa kemarin , kakak Tini siap belanja aku bukber (berbuka puasa) lepastu siap belanja aiskrim dan baju. Dia punya excited nak ngajak aku. Lepastu dia balik ke kampung nya di Surabaya , Indonesia. Lama betul tak balik-balik.

Dan , hari Sabtu lepas dia kembali pulang ke sini. Alhamdulilah. Teringat pula kepada kakak Tina (kakak yang sebelum ini) dah pun meninggal. Dia balik dan rupanya terus meninggal di sana. 

Masih lagi aku ingat waktu itu , pada tahun 2017. Saat terakhir dia mengucap selamat tinggal kepada kami semua. Sebelum melangkah kan kakinya keluar dari rumah , aku nampak banyak yang kakak pesan kan kepada adik beradik diorang ni. Rupanya itu lah pesanan kali terakhir.. "Along , nanti jangan lupa kemas rumah"  Waktu tu Rina dan Risya masih baru-baru nak masuk sekolah. 

Lepastu , aku tolong jaga diorang sebab kak Tina nya tak muncul-muncul. Rupanya dia sakit dan akhirnya dia meninggal dunia. Kakak Tini ni pula muncul pada tahun lepas , betul betul masa mama dan baba diorang nak ke Mekah. Aku hanya teman diorang pergi ke Mydin jela beli barang-barang dapur.

Kadangnya , kita rasa pembantu rumah itu seperti orang biasa -biasa aje yang hadir dalam hidup kita , tapi kita jangan lupa...bila dia pergi, ianya membawa satu kenangan untuk kita. Walaupun bukan pembantu aku , tapi kami berjiran dah macam berkeluarga.

Teringat pulakkk cerita aku sebagai penjaga diorang.... <<<baca sini

2 comments:

  1. teringat pulak kes pembantu rumah boss adik aku ri tu..aduhai, seram bila ingat balik...hampir2 diorang terkandas kat sumatera, tak balik rayaa

    ReplyDelete

  2. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.