ABANG AKU SI PENGGEMAR ROTI CANAI - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, July 23, 2019

ABANG AKU SI PENGGEMAR ROTI CANAI

Image may contain: 2 people, people smiling, food and outdoor
muka kena paksa tangkap gambar

ABANG AKU SI PENGGEMAR ROTI CANAI

"Ain , esok pagi jom teman pergi breakfast roti canai dekat tempat yang kita nampak dekat review tu" Kata abang aku kepada aku. Nasib ler aku tau warung tu dekat mana. Hahaha. 

Tapi , aku dah siap pesan dengan abang aku , "tak tahu ler rasanya sedap ke tak dengan tekak kau , pastu sini layan diri kena beratur tau" Itu lah yang aku ingatkan pada abang aku , sebabnya abang aku ni mudah sangat terpedaya dengan review makan. Hahaha. Aku cakap ler , "kau ler yang mudah sangat terpedaya , padahal dah selalu juga pergi food review".

Itu lah kisah si penggemar roti canai ni. Abang aku ni kategori hantu roti canai la. Dulu-dulu lagi dasyat dia punya 'hantu' tu , sampai 10 keping boleh dibedalnya sensorang . Tapi sekarang tak ler. Seingat aku kalau dia order untuk dia sorang , 1 roti telur , 2 keping roti kosong. Hahaha.
Image may contain: roti canai
Lepas dah merasa sesuap dua roti canai tu , aku tanya ler "Okay ke? berapa nak kasi?" . Dia jawab "boleh la" HAHAHAHAHHAHAHAHAA. Aku tahu tu jawapan yang hampa! Kalau sedap dia tak kan cakap macam gitu. Nasib ler aku dah siap pesan awal-awal jadinya tak ada la hampa sangat. Cumanya hampa sebab nak merasa roti canai tu punya pasal sampai kena beratur. Hahaha.

Teringat dulu-dulu masa kecik , kalau ayah aku bungkus kan roti canai memang berbelas-belas keping untuk kami je sekeluarga. Hahaha. Sampaikan sekarang , aku ni baru lepas google resepi buat roti canai. Hahaha. Aku cakap ler dengan abang aku , nanti aku buat doh dia , kau pagi-pagi tebar and masak sendiri. 

Persoalannya .....jadi ker aku nak buat ni? Tambah lagi persoalan ....Abang aku reti ke nak tebar tuhhh..Hahahaha. *teringat pulak cerita Lagi lagi senario babak si Wahid belajar tebar roti guna baju dekat toilet. Hahaha.

10 comments:

  1. Ko cuba la dulu tebar baju ko kat toilet sambil nyanyi lagu siti nurhaliza..mungkin bole jadi roti canai lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahaahahhaahha...kenape kena lagu ct🤣🤣🤣🤣

      Delete
  2. Hahahahhahahahah.. Adeh.. Malam ni abg Ain leh praktis tebar baju dlm bilik air, hehehe.

    Roti canai kat restoran blkg umah akk sedap. Leeeeeemmmmbut giler. Kedai ni baru buka awal tahun, dia buka malan jer & dia ada jugak kedai sarapan kat gelang patah.

    Duluuuu.. Roti canai paling gebus akk junpa kat Tg Lumpur Kuantan, sanggup dtg sana sbb rindu nak mkn roti canai dia, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudiaaaaaaaa bile kak seri sembang kisah roti canai.. ni abang ain baca habiss niee..😂😂😂

      Delete
  3. Malam ni pi praktis dalam bilik air..tebo je pakai baju..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaah bajuu skrg basuh pakai mesin je..xde dah basu manual gitu.. kak.. kalo husband akak nk roti canai hunter gtau tau.🤣🤣🤣🤣

      Delete
  4. Best nye roti canai. Hai sy follower br, jemput follow back my blog. Thanks

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan dia punyaa hantu.. Banyak dia makan..

    ReplyDelete
  6. kels kau zaki.. rahsia kekurusan makan roti canai 10 keping rupanya..hahaha

    ReplyDelete
  7. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.