PENJAGA UNTUK ANAK JIRAN - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, September 11, 2018

PENJAGA UNTUK ANAK JIRAN

Hmm, dah bulan september rupanya. Few days ni aku tak berapa fokus sangat dekat blog. Tengok-tengok gitu je. Kalau ada kesempatan pun usha blog-blog geng JDT Blogger je. Maaf yer tak sempat nak blogwalking.

By the way, sebulan lebih ni aku diamanahkan untuk menjadi “penjaga” kepada anak-anak jiran aku. Kalau yang tak kenal boleh usha dulu The NF Generation, Anak Jiran Cipta Lagu Sendiri Kibar Jalur Gemilang. Mak ayah diorang pergi menunaikan ibadah haji.


Ada satu hari tu, lepas solat subuh aku dengar kuat gila diorang bagi salam. Bilik aku dekat atas memang tak dengar woi. Sampai suara risya dah nak serak-serak. Hahaha. Diorang dah nak pergi ke sekolah, Si Nana tu minta tolong sign kan slip untuk periksa. Tahun ni dia UPSR.

Lepas dia dah bagi slip tu, dia hulur surat ni, “Kak Ain baca la dulu” . Surat untuk ibu bapa menghadiri solat hajat untuk UPSR. Pagi tu aku cakap la “gi sekolah elok-elok”. Tutup je pintu, dekat bilik air aku menangis weh. Tahu sebab apa ? Sebab aku rasa berat juga sebenarnya amanah sebagai ibu bapa atau penjaga ni. Tambah lagi sedih pula hujan lebat pagi tu. Memang lagi feel kan cerita aku ni..Hahahaha😂



Diusia aku yang 27 tahun ni, yes ada kawan-kawan yang dah kahwin , ada yang dah ada anak. Aku masih lagi pegang title belum kahwin. Ada hikmah rupanya,tuhan tu tahu..I have to make this confession. Aku memang tak suka budak-budak. Hahaha. Sumpah tak tipu! Kalau tengok anak-anak kawan tu,aku pandang gitu-gitu je. Sampai ada member aku cakap “ko pandang gitu je gambar anak aku,aku ni beriya lahhh eee comelnyaa” 🤣

Yer, i’m not a kids lover. Tapi, tuhan ajar aku dengan hantarkan anak-anak jiran sebagai satu ujian mungkin. Bukan diorang ni je yang aku rapat tau. Dengan anak-anak jiran yang lain pun ada gak. Kadang-kadang petang diorang main basikal, sempat bagi salam dekat rumah aku. “Eh kak ain ni ada dekat rumah ke tak?” 🤣

Nampak tak dekat sini, boleh jadi benda yang kita tak suka turn up sebenarnya itulah benda yang kita kena hadapi. Dont worry, tahap tak suka aku ni belum sampai level jahat. Aku just ada rasa macam rimas dengan budak-budak. Tapi aku boleh layan diorang. Korang nampak tak apa yang sedang tuhan didik aku? Aku rasa ini cara tuhan melembutkan hati aku, end up satu hari nanti aku akan jadi ibu kepada anak aku. Insyallah. So kalau aku ada respon dekat story kawan-kawan pasal anak tu, sama ada memang anak kau comel pada aku atau aku tengah melatih diri aku untuk being a kids lover hokay! Please dont hate me guys!🤪

Nak bagi pesanan : sebab blog akuainkausiapa ni public semua boleh baca, kalau ada anak-anak jiran kak ain yang baca...Alamak, dah kantoi! 🙈kbye! Tolong jangan kecam sissterrr 😂

sorry; gambar tak banyak sebab not in a mood to take pic. Tiberrrr...

5 comments:

  1. Boleh jadi apa yang kita suka - tu yang terbaik tuk kita kan Kak Ain. cam dalam Surah Al Baqarah, Allah cerita ")

    ReplyDelete
  2. akak faham ain..hahahaha..akak pun dulu cam ain gak..ada rasa rimas dengan budak2..kadang dengan sesetengah budak yang dah besar muda setahun dua pun akak rimas kalau ada jenis suka mengempeng tu..sebab tu la kot aku belum ada anak lagi..bahahahahha!

    eh tapi dengan dak aisyah anak buah akak yang cumil tu, akak suka lak..entah ek..hhahahaha

    ReplyDelete
  3. Jaga budak memang stress walaupun dia comel. Saya tak suka budak, saya suka baby. tapi ada anak sendiri baby pun geram plus stress. *face palm*

    ReplyDelete
  4. Me too feel u..
    Masa mula ada anak sendiri pun sama perasaan tu, tak payah anak jiran hahahaha/
    Tapi lama-lama sifat keibuan tu datang, dengan anak jiran pun jadi mcm anak sendiri hehehe
    Itulah Sis Lin ko hahahaha

    ReplyDelete
  5. akak ni sejenis kids lover dari kecik.. akak suka panggil anak2 jiran datang rumah.. nanti akak toncetkan la tocangkan la rambut dorang.. kalau budak2 mak akak jaga pun gitu.. paling akak suka buangkan kuku dorang termasuk sepupu sepapat akak hehehe..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.