PEDAS SANGAT KE MAGGI PEDAS GILER TU? - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, September 11, 2018

PEDAS SANGAT KE MAGGI PEDAS GILER TU?

Rasanya ramai pun dah buat maggi pedas giler challenge kan. Ain je tertinggal bas baru nak merasa. Kebetulan tekak kita macam entah pape weh. Nak benda pedas. Frankly speaking, ain bukan jenis manusia yang hardcore pedas.


Tapi entah macam mana tekak dah boleh terima benda-benda pedas gini. Mungkin dah semakin matang. Tiber! Apa kaitan matang dengan pedas?🤪 So, beli la satu mangkuk maggi tu kebetulan shopping untuk stok barang dapur dekat Giant. Eh , ternampak pula lalu termasuk dalam troli dan terbeli. Hahahah.


Tiba la waktu yang dinanti-nantikan. Jenis ain kalau dah tak tahan pedas terus jela minum air kan. Buat apa nak tahan-tahan kang nanti bibit jadi angelina jolie pula. Hahaha. Okay, masa suapan pertama tu ain just rasa not bad, tak rasa lagi pedas.


Seterusnya, ain dapat rasa bahang pedas dia tapi masih boleh control la. Kesimpulannya, ain rasa Samyang tu lagi pedas woi tapi mungkin sebab bahang tu yang menyebabkan orang cakap Maggi ni lagi pedas. Tekak orang berbeza-beza kan. Apa yang pasti ain rasa bangga pada diri sendiri sebab boleh terima makanan pedas. Dulu penakut woi memang terus tolak tapi sekarang dah berani nak mencuba.

Tapi, ain makan berulang juga la minum air. Hahahahha 🔥🔥

6 comments:

  1. Ika baru je rasa baru baru ni. Rasanya iya samyang pedas lagi. Tapi utk local food. Kira pedas jugak hehe.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-review-nota.html

    ReplyDelete
  2. Pedas dia mild ja. Kena makan tanpa henti baru tak pedas. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Uiii menjejes ayaq liuq Sis nengokk...
    Pedas oiii...

    ReplyDelete
  4. Nak jimat duit kalu teringin sangat nak maggi pedas memang amek ni aje, terjejas jugaklah rasanya jualan samyeang tu, hihi

    ReplyDelete
  5. huwaaaa akak suka..lbh sedap dr samyang..

    ReplyDelete
  6. done follow #1540

    penah dengar gak org kata samyang lagi pedas;)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.