MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI PADI - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, September 12, 2018

MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Hai , just a quick update.Lately ni aku tak ada mood sedikit nak masuk dapur. Sumpah weh tak ada feel langsung nak masak sendiri. Ini disebabkan oleh Periuk Noxxa pressure cooker aku sedang mengalami masalah. Hahahaha. Masalah apa? Inner pot dia kemek dan mengembang so dia tak boleh tutup. Kalau nak guna High Pressure, aku tak berani weh kang lagi meletup dah jahanam dah nanti periuk kita tu. Dahla ain beli pakai duit sendiri. Periuk tu dah banyak jasa woi since hujung 2015.

Lepastu ain pun check lah dekat outlet Amway, woi tak ada stok pulak tu. Tengok dekat shopee harga agak mahal sedikit la. Nak tak nak tunggu jela ada stok. Wahaha. Tu yang tak ada mood langsung. Selama ni ain masak cepat sebab guna Periuk Noxxa ni la. Tekan tekan siap. Hahahaha.


Walaupun periuk ku tidak berkhidmat untuk tuannya, nak tak nak kena gak masuk dapur woi. Hari-hari makan luar pun tak best weh. Dah la mahal, yang paling tak boleh blah tu kita tak tau kandungan gula garam yang diletak. Tiber, aku cerita bab kesihatan pula.Hahaha. So, terpaksa la masak secara manual.

Cerita dia aku dah tak guna dapur gas weh. Aku guna dapur elektrik.Hahaha. Lagi la rasa stress, sebab tak penah weh masak lauk-lauk guna dapur tu. Tapi apakan daya, perut lapar kena gak masak. Makanya, hari ni ain masak ayam lemak cili padi. Tak ada la pedas mana, cuma kalau tengok dalam gambar, ain mungkin terkurang kunyit. Well, nampak tak i allergik geng kunyit? Tiberrr...Hahahhaa.

masak sekali dengan sayur kobis goreng

Cuma kali ni aku guna santan dari produk Thailand. Aku dapat dari Pesta Sabai Sabai yang aku attend tu. Okaylah rasa dia, cuma santan dia dalam botol dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Jenis ain kalau masak memang KURANG LEMAK, GULA ,GARAM ,MINYAK. Sebab tak nak amalkan masak ikut rasa nafsu. Satgi dah dapat penyakit baru nak nangis kem salam....Haa,tiberr emosi pulak! Hahahaha.

Doakan cepat ler ada stok inner pot tu, stress weh sebab aku jadi lembab time masak. Aku tak suka buang masa lama-lama nak memasak dekat dapur tu. 🙏🏻

10 comments:

  1. Kannnn masak dengan periuk NOxxa cepat kann..
    Dan kalau tertinggal kompom tak hangit hehehehe

    ReplyDelete
  2. lama dah kan tunggu piuk tu, takde stok teruk ni

    ReplyDelete
  3. eh sama lerrr..semalam pun housemate buat masak lemak daging salai..akak bagi pakai santan tu...ok laaa..

    ReplyDelete
  4. oklah tu malas malas pun siap mask lemak cili padi. kalau sha mmg bungkus ja

    ReplyDelete
  5. penting betul noxxa tu ye...hehehe..cubalah tnye kawan² yang tau pasal stock spare part tu

    ReplyDelete
  6. torbaekkkk.. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  7. rupa ayam tu menyelerakan macam masak ungkep..

    ReplyDelete
  8. Weyhh sedap ke guna santan tu babe? Kau memang kalau takde Noxxa tak ley eh? Hahahah

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.