KAMI ADIK BERADIK GENG PENGAWAS SEKOLAH

akuainkausiapa
Dapat amek satu take je gambarnya, sebab van diorang dah nak sampai.

KAMI ADIK BERADIK GENG PENGAWAS SEKOLAH

Masih ingat lagi kepada kisah anak jiran aku The NF Generation? Kalau ingat-ingat lupa siapakah mereka , boleh klik sini : The NF Generation . Dah lama dah dapat idea nak menulis tentang ini , tapi sebab aku ni jenis kalau nak menulis benda yang realiti. Maksudnya , aku jenis tak reti menulis benda-benda fantasi berangan. Aku pula jenis nak mula menulis mesti kena tengok gambar dulu. Barulah aku dapat gambaran jelas nak cerita yang macam mana.  Senang cakap kalau masa sekolah dulu , aku paling suka buat karangan yang bergambar dan diberi satu situasi.

Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini , ianya berkisah tentang the twins Fahrina dan Farisya!. Sebenarnya diorang beza setahun je , tapi diorang selalu cakap diorang ni the twins. Hahaha. Aku suka tengok diorang bila time pergi sekolah agama tunggu van. Hahaha. Comel je! Aku panggil si Farisya ni 'pengawas kecik' , kecik bukan sebarang kecik sekali dia dah menjerit habis terkezuttt satu sekolah! Diorang dah jadi pengawas since tahun lepas. Aku je terlupa nak ambil gambar diorang.

Ni dah tangkap gambar dan mama diorang nyempat tanya "lama tak keluar cerita rinarisya hahaha?" Hahaha. Terus teringat haritu ambil gambar diorang. Lepas ni kalau nak kak Ain up story dalam blog , bagi ler gambar ehk pastu bagi sinopsis sedikit..Senang kak Ain korang ni up terus. By the way si Farisya ni dia jadi pengawas yang Fahrina pengawas perpustakaan. Itu yang baju kaler lain. Memang betul-betul the twins kan sampai dapat jadi pengawas sesama. Itu belum lagi cerita diorang sama-sama badan beruniform tunas puteri! Kah! Rina , risyaaaa nanti suruh mama ambilkan gambar yer... 

Kak Ain dulu pun pengawas jugak! Kah! Kak Ain dulu garang..(yeke?) hahaha..jom baca balik kenangan Geng pengawas kak Ain ni dulu..

6 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.