KISAH ANAK JIRAN

littel bestfriend

KISAH ANAK JIRAN

Disebabkan kisah anak jiran aku ni dah hangat diperkatakan di dalam blog akuainkausiapa ini , ceh wah hangat diperkatakan kata nya! Aku mengambil inisiatif untuk meletakkan label di dalam blog ini sebagai "kisah anak jiran". Kisah anak jiran ini ialah kisah realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan harian pemilik blog ini. Gituuw.! So , ini akan memudahkan lagi korang untuk membaca diari online ain ni. 

What do i expect for this story? Hahaha. Entah laa, selagi ada story yang hendak diceritakan , aku up jelah. By the way, aku dah ada group Whatsapp "BFF jiranku". Group whatsapp ini dicreate oleh si budak kecik Asyira ni. Hahaha. Aku bila tetiba dapat notification terus tergelak. Yang paling kelakarnya, aku time tu tengah dok memasak woi. Time tu la diorang dok hai hai aku. Lepastu dua-dua ketul duk Pm tepi aku. Haa, aku terus sound dekat dalam group, dah buat group dok tergedik-gedik pm tepi aku. Memang boleh penat melayan perangai diorang ni. Hahaha.
akuainkausiapa

akuainkausiapa

Malamnya pulak diorang dok spam video call aku. Dalam group kan boleh video group call kan. Seketul-seketul buat perangai gila. Si Aliyah ketawa sampai nak terkencing tengok si Asyira buat kelakar 'terlebih gula' dia tu. Aku sambil-sambil melayan video call tengok blog kejap la waktu tu. By the way, kisah anak jiran ni bukan mereka berdua je yang terlibat okay. Kalau dah namanya anak jiran , maka nya semua anak-anak jiran yang mengenali kak Ain secara tak langsung boleh terlibat sama. Jangan cakap kak Ain pilih kasih pulak . Kang ada pulak yang merajuk , adoi susah pulak nak mujuknya. Hahaha. 

Sebabnya si Farisya pernah cakap dengan Asyira , "Syira sekarang dah mula rapat yer dengan Kak Ain" Hahaha. Kelakar gila. Kak Ain tak pilih kasih pun. Semua Kak Ain dah anggap macam adik-adik. Cuma jangan buat perangai jela. Boleh pening kepala kak Ain korang ni yer!. Nantikan kisah selanjutnya...Kepada mereka yang telah tersenarai dalam carta anak jiran Kak Ain sila ajak kengkawan sekolah masuk ke blog akuainkausiapa ini yer! Harap maklum. Hahha.

Post a Comment

10 Comments

  1. Dah macam pilihanraya je Sis ko nengok..
    Yeee undilah Farahain dari parti 'anak jiran' hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahhahahahaaha...group makcik2 ain join.. group anak jiran pon ain jugak..hhahaha 予予予予

      Delete
  2. haha ye la macam pilihanraya

    ReplyDelete
  3. semoga kak Ain menjadi teladan yang baik hingga level muslimah solehah buat anak2 jiran...ameennn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehh levell muslimahhh solehah kau.. 不不不不不不

      Delete
  4. Kesayangan Kak Ain ni, karang ada yg berebut nak buat kak ipar plak

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.