"STRAW MANA STRAW" ? SUP GEARBOX TULANG MERAH MEMANG MENJADI MENU UTAMA KENDURI KAHWIN

sup tulang gearbox merah

"STRAW MANA STRAW" ? SUP GEARBOX TULANG MERAH MEMANG MENJADI MENU UTAMA KENDURI KAHWIN

Boleh dikatakan kalau kenduri kahwin yang diadakan di Johor Bahru dan negeri Johor kebanyakkannya memang ada tersedia menu ini. Menu ini sekali nampak depan mata, boleh terlupa kawan baik yang bernama Cik Diet. Hahaha. Tapi , makan sekali-sekala tak apa , yang berdosanya kalau makan setiap masa. Kalau datang penyakit tanggung sendiri. Hahaha.

By the way , hari ini kan hari ahad masih lagi mood berhujung minggu. Cumanya negeri Johor tempat tinggal ku ini ada yang sudah bekerja dan budak-budak bersekolah. Teringat pula semalam kenduri kahwin jiran selang berapa buah rumah. Kebetulan makcik tu memang rapat dengan arwah ibu aku dulu. Tetiba pada sebelah malamnya , aku yang baru je sampai ke kedai untuk makan malam mendapat panggilan. Panggilan gearbox! Hahaha. Kebetulan memang ada lauk lebih kenduri pada hari itu . Makcik tu kata , "Cik baru nak bagi orang tu makan...hahahhaa.orang tu tengah keluar makan pulak..takpe nanti dah balik singgah rumah kejap yer amek lauknya..". Allahuakbar! Terharu rasanya.
sup tulang gearbox merah
sedap gila kan menu lauk kenduri ni
Aku memang tak sport check apa lauk yang diberi yang pasti ada nasi minyak la kan. Balik ke rumah aku terus mintak tolong abang aku letakkan dalam peti sejuk. Panaskan je lah esok buat makan tengah hari. Tadaaaa,, petang tadi masa nak panaskan tuh,,baru aku perasan ada gearbox. Gembira sangat perut cik Farahain kau ni terus. Tak sabarnya rasa nak mencekik!

"Straw mana straw?". Kat rumah tak ada straw la seh..Maka nya , aku pepandailah sedut sampai rasa semput nafas ni. Hahaha. Tipu je! Siapa kat sini memang peminat sedut-sedut gearbox ni? Baik mengaku!

Gais, rajin-rajin lah tanya dekat kawan korang “Awak Makan Ape” , pastu kasi tahu orang-orang kampung korang suruh like Facebook Awak Makan Ape dan follow instagram @awakmakanape . Jangan lupa tau!🍽

5 comments:

  1. 6 batang baru cukup sekali hadap

    ReplyDelete
  2. biasanya kenduri belah JB selalu jumpa, tapi kdg dah pakai cantik2 segan nak nyedut srot srot, ketuk2 manja bleh keluar som som tu klu dah msk sempurna

    ReplyDelete
  3. Balik JOhor nak pekenalah...aishhhhh

    ReplyDelete
  4. eee aku tak suka sedut2 ni..hahahah..

    sebut pasal awakmakanape, teringat hari tu kat renaissance, pr tu tanya "yang 'makan mana makan apa' tu ada tak?" wowww sangattt seketul awakmakanape ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi menyedut tulang tu,,teringin tapi takut...takut sebab apa tu entah la....

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.