MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH - Aku Ain Kau Siapa

Monday, October 21, 2019

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Image may contain: buah nangka

MAKAN NANGKA DEPAN RUMAH

Pada hari sabtu yang lepas , waktu tu aku tengah dok exercise dekat rumah je. Aku workout bukak youtube ,pastu ikut jelah ape yang di suruh. Tengah tergolek , lompat ke atas ke bawah ketepi , kakak Tini bagi salam . Dia tengah dok mengait nangka depan rumah aku tuh haa. Aku cakap lah , "Kak ...kejap ehk.. Ain tengah exercise!" Hahahaha.

Masih lagi exercise tapi dah nak habis dah waktu tu , si kecik The NF Generation pulak bagi salam. Tak tentu arah kak Ain dia ni nak habiskan exercise. Dengan peluh peluh tercunggap cunggap , aku pun keluar. Memang selekeh serabai nak mampus waktu tu ,(ada ke orang exercise masih herlok je?) Hahahaha.

Aku siap bawak air masak lagi pergi ke rumah diorang. Eee , aku kalau tengah berpeluh memang tak selesa nak rapat dekat dekat dengan orang. HAHAHA. Alamak , si kecik Fahrina dan Farisya ni boleh pulak nak rapat dan dekat dengan aku. Hahaha. Siap bisik membisik lagi nak buat surprise.

Tapi yang kelakarnya , Kak Tini yang banyak kopek. Kak Ain ni banyak menyuap ke mulut diorang je. Hahaha. Diorang memang suka betul nangka madu tu. Rezeki kami pokok nangka tu memang berbuah je. 

Padahal memang tak letak baja ke dan jaga pun tak sangat. Tapi , itu lah rezeki Allah tu kita tak tahu kan bentuk nya macam mana. Semoga lebih banyak hasil lah ehk. Aku niat nak kongsi dengan anak-anak jiran yang lain dan kawan-kawan sama. 

Seronok betul sambil kopek , sambil suap menyuap dekat diorang dan sambil berbual.Terima kasih juga kepada Kak Tini sebab selalu tolong tengokkan.

10 comments:

  1. Akak kalau makan nangka ni memang terus masuk ward la nanti ni..x bernyawa akak nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. halamak....tapii dia manis semulajadi hehhee..

      Delete
  2. Replies
    1. hahahhahahahahahahahahahahhahahahahaahhahahahahaha...

      Delete
  3. Jeraminya buatlah pengat, letak mata katak, sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, buat pengat dari jerami ya, akk salu buat pengat dari buah nangka tu.. & mata katak tu biji sagu ke?? hahaha

      Delete
  4. ingatkan makan nangka di depan rumah, rupanya pokok nangka tu ya yg kat depan rumah. sedapnya kalau ada buah muda buat gulai lemak nangka cili api, perghhh!

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya, makan buah memang syok kalau ada orang kopekkan. Haha... kalau harap sendiri, sampai busuk buah kat tepi tu.😝

    best blog! santai!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.