MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!

Image may contain: food

MERIAH BETUL MENU BERBUKA AKU SEMALAM! TERIMA KASIH JIRAN SAYA!


Alhamdulilah. satu perkataan yang mengambarkan ramadhan aku pada hari yang ke -13 . Pada siang hari aku berkesempatan untuk gotong-royong memasak bubur lambuk. Walaupun aku just tukang kacau je , dan tolong sikit-sikit tapi its a great experience juga. Bukan itu sahaja , bila part nak deliver bubur tuh , kami pergi rumah ke rumah dan sampai ke bazar ramadhan.

Sumpah la aku agak malu juga sebenarnya , sebab kitorang bawa bakul yang macam orang nak meniaga kuih tu. Hahaha. Tapi aku paling salute dekat adik-adik DOM aku si Aliyah dan Asyira. Diorang la yang bagi salam setiap rumah ke rumah. Aku just drive kereta dan berhenti rumah ke rumah.

Penat juga sebenarnya weh. Tapi , rasa penat tu berbaloi. Rasa macam dibayar dengan rezeki yang datang dari Allah. Tengok gambar je dah tahu meriah tak meriah juadah berbuka puasa aku. Jujurnya , memang penuh perut aku semalam. Rasa nak meletup woi. Sebabnya aku memang dah jarang melantak menu yang banyak-banyak bila berbuka. Sampaikan menu berbuka tu bawa sampai ke sahur pun masih tak habis. 

Nampak gaya masuk peti ais dan panaskan jelah untuk lauk berbuka hari ini. Sampaikan aku cakap , ya Allah bersyukur gila ada orang sudi beri juadah pada aku. Terima kasih! Jiran sebelah saya, Auntie Fiza iaitu maknya kepada The NF Generation . Juadah yang diberikan memang penuh betul. Mee hoon berkuah (ini macam mee hoon singapore gituw) , puding roti , baked pasta. Peh! Memang sendat perut woi. 
Image may contain: food

Image may contain: food
Ditambah lagi dengan pencuci mulut seperti sagu gula melaka pemberian mama Aliyah , dan puding warna pink pemberian kak Faezah. OMG! Penuh meja woi. Hahaha. Aku hanya beli ayam goreng seringgit dan nasi ayam tu abang aku yang makan. Aku berbuka dengan bubur lambuk. Bubur lambuk pulak dapat dua jenis. Mak oi! Sampaikan kawan aku cakap , kau ambil je lah straw sedut bubur tu je. Hahaha.

Terima kasih diatas semua juadahnya! Rasanya nak berbuka nak buat cucur bilis ler... Kita tengok nanti eh , jadi ke tidak. Hahaha. 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Terima kasih juga Farahain sebab berkongsi rezeki bagi kita bubur lambuk semalam...alhamdulilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehhe.. Sama2 sis. 🤗🤗🤗❤️❤️❤️

      Padam
  2. uishhh sedapnyaaa macam-macam jenis lauk kuih semua ada. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyer pencuci mulut memang byk woi.. Sampai simpan masuk peti ais.. Besok makan lagi. 😆😂

      Padam
  3. meriahnya hidangan.
    Mudah2an tidak membazir.

    BalasPadam
  4. meriah... jgn makan x abis sudah hehe

    BalasPadam
  5. meriah betul tu... terliur gak ni tengok

    BalasPadam
  6. terima kasih, Ain.. Alhamdulillah, Allah swt menggandakan rezekimu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. meriah juadahnya.. jadi ke cucur bilis tu..hehehe..

    BalasPadam
  8. kenapa ada panadol..hahahhaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.