7 BABAK , 1 PENTAS BERPUSING 360 DARJAH..CERITA TENTANG NEGERI MELAKA HANYA DI ENCORE MELAKA

Image may contain: 27 people, including Nur Farahain, people smiling, people standing and indoor

7 BABAK , 1 PENTAS BERPUSING 360 DARJAH..CERITA TENTANG NEGERI MELAKA HANYA DI ENCORE MELAKA

Aku rasa ramai je orang dah upload gambar ber 'ootd' di Encore Melaka ni. Rata-rata kalau kita scroll location di Instagram , Encore Melaka , pasti ramai sangat teruja untuk bergambar di bangunan yang bentuknya sangat rare dan unik. Namun , disebalik bentuk binaan bangunan itu sebenarnya tersimpan satu cerita. Certia tentang negeri Melaka. Cerita itu dipentaskan dan dilakonkan secara live oleh 200 local performers.

Apa yang menariknya tentang persembahan teater ini? Pentas yang digunakan berpusing 360 darjah! Ia betul. Berpeluang menonton sebanyak dua kali , pengalaman menonton teater ini harus aku catitkan di dalam blog ini. Pada mulanya aku tak berapa nak faham sangat apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan di dalam teater ini.
Image may contain: 3 people, including Nur Farahain and Nur Fatihah, people smiling, people standing, sky and outdoor
ootd dulu dekat luar sebelum masuk menonton teater

Tapi , bila dah dua kali tengok baru ler aku faham susunan cerita ini. Satu pentas yang berpusing 360 darjah dan dipersembahkan sebanyak tujuh babak sudah mampu membuatkan penonton faham kenapa Melaka itu sebagai sebuah negeri yang selalu dikunjungi para pelancong. Antara tujuh babak itu ialah Parameswara , Cheng Ho , Perkahwinan Nyonya , 6 Ibu , Wanita yang mengandung , Wau dan akhir sekali babak akhir yang mempersembahkan kesemua 200 local performers tampil ke atas pentas.
Image may contain: night
Image may contain: one or more people and night
Image may contain: night and text
Apakah babak yang paling aku minati?

6  Ibu ! Babak ini telah berjaya menyentuh hati aku. Rasa nak menangis juga sebabnya ialah ibu aku kan dah meninggal. Pada pertama kali aku menonton , aku memang tak faham maksud disebalik 6 ibu itu. Apabila menonton kali kedua baru la aku faham. M.E.L.A.K.A itu lah simbolik kepada enam ibu itu. Paling sedih bila mahu mengambil gambar sekeluarga ,dan si pelakon itu sedar yang rupa-rupanya kesemua ibu dia telah tiada. Sayu sangat rasa hati ini.

Konsep teater ini sangatlah unik dan kenapa ianya sangat "mahal" untuk ditonton? Ini kerana setiap pertukaran babak punya daya tarikan serta kelengkapan teknologi yang canggih. Iyelah, siap ada scene air jatuh lagi. Eee , tak nak banyak cakap. Ini antara yang aku boleh kongsikan kepada korang. Tengok ler.. Wow giler!. Aku letak video IGTV disini special untuk korang tengok. Tenok sket-sket je yer!

Image may contain: 3 people, night and crowd
seronok betul muka masuk dalam screen
Yang bestnya kali kedua ler aku tengok sebab aku dapat seat di tengah-tengah memang orang cakap sedap ler nak tengok dari mula sampai habis. Hehehe. Oh ya , teater ini berdurasi selama 75 minit.

Untuk maklumat lanjut , boleh terus hubungi pihak Encore Melaka