BESTNYA KALAU ADA PERASAAN INI SELALU...
Assalamualaikum...alhamdulilah selesai terawih tadi, aku terasa mahu meluahkan satu rasa ini. Aku rasa syukur dan tenang! Untuk pengetahuan semua dekat kawasan perumahan aku ni ada masjid dan beberapa surau di sekitarnya. Tadi untuk kali pertama aku solat di surau itu . Hati ini dah lama sangat nak solat dekat situ. Kenapa?
Aku selalu dengar makcik-makcik kejiranan aku ni asyik sebut -sebut nama surau tu. Lepastu anak jiran aku si Aliyah tu pun selalu juga sebut. Sampaikan tadi aku pun tergerak hati nak kesana. Sampai je dekat surau tu , amboi kemain siap ada kolam ikan gituw. Hahaha. "Dilarang Mandi". KAHKAHKAH!*Tergelak aku baca signal tu. Dalam hati berkata , "ade ehk orang pernah mandi dekat kolam ikan?". Hahahaha.
Masuk je hurmm..penerimaan yang bagus. Aku duduk sensorang je melayan perasaan (dalam hati dok tunggu si budak Aliyah ni sebabnya dah berjanji dah nak semayang dekat surau ini). Mana ler budak ni tak sampai -sampai. Dah berapa ramai makcik dah dok senyum dan bersalam dengan aku. Hahaha.
"Haaa...sampai pun si budak tuh.."
Kami pun solat isyak dan solat terawih. Selesai solat je kitorang minum dulu air coway yang disediakan. "Argghhh, dahaga betul.." Lepas tu kitorang sempat melepak dekat taman depan surau tu. Berbual dan borak-borak. Jenis aku ni memang tak sah kalau tak gelak. Uish ain cover sikit gelak tuh! Hahaha. Si budak Aliyah ni buat lawak kelakar gila kot.
Aku nak cerita perasaan syukur dan tenang tu masa aku dekat dalam surau tu. Entahlah , aku rasa macam wow, banyak sebenarnya yang Allah dah beri dekat aku. Sebenarnya , aku ni jenis cepat bosan. Aku tak suka buat benda yang sama , pergi tempat yang sama. So , bila aku pergi ke surau tu aku rasa ler perasaan yang lain. Terima kasih ler kepada anak jiran ku si Aliyah. Sebab dia asyik ler dok rekomen surau ni dekat aku. Begitu lah seketul Farahain, dia seorang yang cepat bosan sebenarnya. Tolong lah awak faham....jangan bagi saya bosan.sebab kalau saya dah bosan , habis kelaut jadinya!.
Sempat tadi dia cakap , "Hai kak Ain ....tadi dalam surau tuhh..tak doa kerr semoga berjumpa jodoh..". Erk! NO KOMEN! Mungkin lepas ni keluarkan kot posting "Imam yang ku inginkan " Tiber! Kbye!
Selamat bersahur...
Lupa nak bagi pesanan penaja....Dah tengok ke video kitorang dekat instagram @duniaorangmuda