MESEJ DARI SI KECIK


MESEJ DARI SI KECIK


“Assalamualaikum , Kak Ain . tengah buat ape? Apa Khabar ? Sihat?”

Itulah selalu skrip mesej permulaan dari si kecik Asyira . Kadang kadang kita rasa mesej ni annoying gila. Bukan “kita”, tapi spesis macam aku. Yang paling tak suka melayan benda remeh temeh. Tapi, dengan mereka berdua. Jadi berbeza. Jadi lain sangat.

They change me. I guess! Aku paling tak suka nak melayan mesej, tak suka lah setakat nak bertanya khabar. Paling tak suka dah mesej pastu nak video call . Lepastu cakap rindu! Adoyai. Pening kepala kak Ain tau.

Tapi , tu lah. Aliyah dan Asyira. Selalunya yang akan start the conversation ialah si Asyira. Dia akan spam mesej dan call sampai Aku angkat. Hahaha. Nanti kak Ain bebel and marah sikit, lepastu yang tukang pujuk selalunya Aliyah. Hahaha.

Maaflah kak Ain tak pandai memujuk orangnya. Sebab hati ni dah biasa “pujuk diri sendiri” . Aku tak pernah ada orang yang selalu tanya khabar macam gitu. Sebab tu mungkin pada aku benda ni remeh temeh.

Aku tak ada keluarga yang boleh keep in touch selalu macam keluarga orang lain. Dulu yang selalu akan call aku, tanya aku soalan bermacam macam tanpa rasa jemu tu ialah arwah ibu aku. Dia yang selalu akan buat semua tu tanpa rasa jemu.

Sekarang ni. Aku bersyukur tuhan kirimkan aku anak jiran yang selalu keep in touch walaupun terlebih lebih touch nya. Hahaha. Paling kelakar bila aku dengan si Aliyah tu dah angkat video call, Si Asyira boleh video pause. Hahah. Kuang asam boleh dia melayan Instagram dulu dia cakap.

Aku dulu tak ada masa untuk melayan perkara macam gini tapi sekarang, aku akan adakan “masa” itu untuk mereka. Pada aku, masa itu tidak boleh ditukar ganti. Masa kadangnya akan buat hati kita terluka, kecewa dan disakiti. We cannot change that time. But, we can fix it. Itu terletak pada pendirian dan diri kita.
blog akuainkausiapa
Ni masa video call, aku suruh diorang pakai telekung
Hargailah siapa yang bersama kita saat kita tengah tak ada apa, saat kita tengah sedih, kerana itulah saat kita lebih kenal siapa yang lebih mengenali diri kita.

5 ulasan:

  1. layannnn.. :) kadang2 budak2 ni pengubat kesunyian kita..

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah, semoga kita semua mampu menggembirakan hati kanak2 ^_^

    BalasPadam
  3. You all are so cute!! HAHAHAHA...Nak join bolehhhhhh??

    BalasPadam
  4. Betul. Seronok kan layat gelagat diorang

    BalasPadam
  5. hahahah misi apa ni kena pakai telekung pulakkkk 🤣🤣🤣

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.