TIPS NAK MELANCONG KE VIETNAM
Ho Chi Minh merupakan bandar terbesar yang terletak di Vietnam. Dengan keluasan lebih daripada 2000 km persegi, ia menempatkan lebih dari 9 juta penduduk. Ho Chi Minh juga merupakan bandar yang paling banyak menerima pelancong di Vietnam berbanding bandar-bandar yang lain. Ia termasuklah pelancong-pelancong daripada Malaysia. Salah satu faktor utama pelancong ke sini adalah untuk merasai sendiri keunikan panorama budaya dan keindahan semula jadi yang ada di Vietnam
Haa. Itu la sedikit opening untuk korang mengenai Ho Chi Minh. So korang baru lepas kawin? Anniversary? Nak honeymoon? Jom ke Ho Chi Minh. Untuk ke Ho Chi Minh, terdapat banyak airline yang menawarkan perkhidmatan penerbangan yang boleh dikatakan murah jugak. Salah satu daripadanya korang boleh cuba tengok book Cathay Pacific online yang ada kat Traveloka ni. Korang boleh buat perbandingan harga-harga tiket penerbangan kat Traveloka.
Andai kata la Ho Chi Minh ni korang nak buat cuti-cuti dengan family besar, tak apa. Relax dulu, korang boleh pergi bercuti ke tempat lain. Contohnya Hong Kong ke. Haa. Hong Kong pun best jugak apa. Tengok la harga book flights to Hong Kong online kat Traveloka. Kot dari nak pergi berdua, bajet terlebih dapat ajak mak pak sekali jalan-jalan. Ada la barakah sikit. Kan?
So, andai kata la korang memang dah habis hati dah nak pi Vietnam. Ni aku dah siapkan beberapa perkara yang korang perlu prepare nak ke sana. Kata orang tu, tips nak melancong. So aku harap sikit banyak, bantu la korang figure out apa yang nak kena prepare kan sepanjang cuti korang tu.
Pengangkutan di Vietnam
Walaupun negara ini selalu menerima kunjungan daripada pelbagai pelancong luar negara, korang jangan lah anggap Ho Chi Minh ni bandar macam KL tau. Sebab pengangkutan yang disediakan kat sini tak la semaju kat KL dengan ada train nak ke sana sini bagai. Haa. Taka da. Sebab masyarakat kat sini banyak gunakan bas, teksi dan motor. Tapi korang tak perlu risau. Walaupun tak ada train, at least tambang untuk naik pengangkutan awam ni tak la mahal. Murah je. So apa yang korang kena prepare, masa nak jalan-jalan tu jangan la bawak barang banyak sangat okay.
Penginapan di Vietnam
Korang dtang nak jalan-jalan ke nak shopping? Kalau macam tu aku suggest korang pilih hotel yang berdekatan dengan Ben Thanh market sebab tu tempat shopping dan di tengah bandar. Korang boleh je pilih untuk menginap di pinggir bandar tapi susah dan jauh pulak nak bergerak atau dapatkan pengangkutan. Hotel banyak dan kalau nak murah lagi, hostel pun ada disediakan. So terpulang dan ikut bajet poket korang macam mana.
Makanan Halal
Bab makan adalah bab paling terbesar selepas korang dah sampai destinasi. Sebab makan ni bakal menentukan mood korang masa nak berjalan nanti. Bagitau aku siapa yang boleh bergembira bercuti masa perut dia bergendang riang? Kalau bulan puasa tu paham la. Haih. So makanan halal menjadi keutamaan korang lepas dah check in segala bagai. Janagan risau. Banyak je kedai makan halal kat sini. Antaranya Halal Saigon Seri Penang, Restoran Serai, Salima Halal, Restoran Basiroh dan banyak lagi. Yang paling bestnya ras dia boleh dikatakan macam makanan kat Malaysia jugak. So kroang takkan kelaparan punya.
Penukaran Mata Wang
Nasihat aku, korang tukar siap-siap duit korang kat Malaysia. Sebab kat Vietnam nanti tak ada la korang nak kena cari money changer lagi dah. Buang masa je. Matawang dorang adalah dalam dong dan nilai not dia terdiri daripada 200 – 500,000. Haaa. Yang ni korang kena hati-hati. Aku dah pernah kena masa kat Indonesia. Sebab nilai not dia banyak sangat, so aku banyak terbayar lebih. Orang kedai tu dapat lebihpun senyap je tak kata apa. Haih. So hati-hati eh. Baca nilai not tu elok-elok masa nak bayar.
Data Internet dan Simkad
Yang ni hat yang paling aku suka. Data dia kat sini agak murah kalau nak dibandingkan kat negara-negara lain. Dengan nilai RM20, korang bakal dapat 10gb data. Aku yakin korang cari simkad dulu lepas turun dari flight. So apa yang perlu korang buat, beli je terus kat airport. Sebab murah je pun. Selain beli data, korang boleh dapatkan internet percuma kat hotel ataupun restoran-restoran.
Okaylah. Tu la beberapa tips yang aku dapat share dengan korang sebagai preparation korang untuk melancong ke Vietnam. Aku harap membantu la jugak ye. Tak banyak pun, siki jadi la. So nasihat aku, kalau nak ke Vietnam, korang jangan la bawak barang banyak sangat. Lagi bagus kalau korang backpack je. Sneang urusan korang nak bergerak ke sana sini. Tapi kalau dah tujuan tu nak shopping, bawak la bag spare satu dua. Mana yang korang rasa cukup ruang untuk letak barang tangkapan korang tu. Okay la gais. Sampai jumpa lagi nanti okay. Selamat bercuti.
ke hong kong belum berani lagi buat masa sekarang...hahahah
BalasPadamalamak..rindu pulak nak pergi ho chi minh
BalasPadamrisau pulak nak ke luar negara sekarang ni pasal isu covid-19 :(
BalasPadamhttps://www.magspremiums.com/ Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!
BalasPadam