Kesiannya Tengok Kebun Depan Rumah Terbengkalai 😔

Assalamualaikum . semenjak kak Tini (pembantu jiran sebelah pulang terus ke Indonesia ) terasa sunyi sangat hari hari Ain . Selalu kalau nak jemur baju , ada orang tegur . Kadang petang petang buat goreng pisang ke , di bagi sikit kat Ain . Kak Tini ada jugak banyak kali belanja ain makan , belikan baju . allahuakbar . Rindu pula pada kakak.  

Semenjak dia pulang , habis terbengkalai semua tanaman depan rumah . Ni dah macam mini kebun kami la . Yela , rumah di bandar.  Mana ada ruang tanah yang sikit tu jadikan port menanam sayur sayuran dan pokok . Kesian tengok kering kontang dan rumput dah banyak naik .
Tadi cakap dengan jiran jom la kita berkebun sempena lockdown ni . Kesian pula tengok tak terurus habis . Kak Tini selalu pesan berbakti pada tanah , walaupun siram pokok bunga sahaja . Nanti akan ada rezeki yang Tuhan kirimkan . Kerana akhirnya nanti , kita pun ke tanah juga.  Biarlah tanaman ini yang mendoakan supaya kita diberikan lebih rezeki dari Tuhan .

Semoga menjadi la projek mengemas kebun depan rumah ni yer sempena lockdown ni .

Catat Ulasan

0 Ulasan