Malam raya tuari memang rancang basuh halaman rumah , sental kasi bersih . Lepastu siap basuh kereta sekali . Kereta pun nak raya juga. Kihkihkih . Penat memang penat . Bila kena PKP ni la masa yang sesuai untuk kemas rumah betul -betul . Boleh baca kisah kemas mengemas ain sebelum hari raya .
Jadinya , masa bersihkan halaman depan rumah tu , nampak pula anak jiran bermain bunga api . Kita pun tumpang sekali la . Cumanya malam raya haritu kemain meriah ehk berlawan lawan bunyi mercun . Pompang pompang pompang . Kalah raya cina . Hahaha.
Tapi anak jiran sebelah ni pula masih kecil , jadinya mak ayah dioranh belikan bunga api je la . Kelakar nya diorang buat bunga api tu macam masak nasi goreng . Pula tu sambil nyanyi lagu ciptaan sendiri " goreng goreng goreng ... goreng nasi goreng" . Tergelak gelak Kak Ain tengok . Adik pula goreng keow teow . Siap pegang bunga api kedua belah tangan (bayangkan orang tengah masak keow teow) Hahaha .
Gitu la kejadian malam raya bermain bunga api bersama anak jiran .
Boleh baca juga banyak kisah anak jiran . Klik je tu okay ! Selamat Hari Raya PKP.
Walau pun PKP, raya tetap disambut meriah
BalasPadam