Makan Keow Teow Pagi Sampai Malam

Assalamualaikum . hari ni start makan jam 10:54 pagi ! Agak lewat yer kepada orang yang memang mengamalkan untuk bersarapan pagi . Tapi biasa la , hidup bujang ! Timing makan pun bukannya on time.  Kihkihkihhh .

✅Sepotong coklat cloud 9 ( 1 bar tu belah 4) makan satu bahagian tu sahaja yer . Selebihnya makan untuk hari lain bukan sumbat sekaligus .
✅Roti sekeping 1 cheese sosej 1 sos cili sikit 
✅Keow teow goreng lunch
✅Epal hijau 1
✅Keow teow goreng dinner 
✅Pisang (bukan 1 tapi 2 alang alang tinggal dua tu habiskan jela) 

Tutup time makan jam 5.15 petang gitu ! Hari ni tak makan nasi . Petang lepas solat asar buat exercise manja tapi tak manja juga la sebab berpeluh lencun habis juga. Buat skipping level beginner je dulu . Masih mencari step yang betul untuk skipping macam pro gitu .Lepastu buat senaman tangan pegang 2 kg dumbbell . Buat senaman tangan sebab lengan besor seperti ahli gusti John Cena . Tapi dia beso otot . Kita ni beso tang lemakkk berlebih . Hahaha . 

Mesti orang cakap " diet apa makan keow teow kan ??" . Jawapan nya .. Aku sedang dalam progres membiasakan untuk mengawal portion makanan dulu . Aku taknak drastik sangat dan ingat selera ke hari hari nak melantak makan sayur mentah tu?  I want to enjoy the process and jadikannya sebagai lifestyle ! Tak nak lah nanti bila dah turun berat badan aku bantai makan semula macam sebelum ni  .

3 ulasan:

  1. Rasa nak pulak bila tengok roti sosej tu. Alahai tekak ni pun.

    BalasPadam
  2. 10.54 tu kalau wak, dah nak makan tengah hari.

    BalasPadam
  3. Hehehe... makan banyak tak apa...sekali sekala...

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.