Ain Makan Ape 31 Ogos 2021

Assalamualaikum.. hari ni kan ain makan apa lah tu kan ... Let's check it out ! 

✅ Roti spread dgn spread dari PassionFood (makan dua kali)
✅Panaskan lauk nasi semalam , lepastu goreng ayam dan letak sos cili
✅Beli  burger daging , tauhu bakar 

*Alhamdulilah ! bersyukur! 

Merdeka Malaysia ! Merdeka !

Assalamualaikum ... Hari ini 31 Ogos ialah tarikh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan . Sudah 64 tahun kita merdeka yer . Walaupun masih lagi dilanda dengan pandemik covid -19 , namun kita tetap bersyukur masih dapat menghirup udara yang segar , masih dapat bernafas , masih dapat makan dan tidur di tempat yang selesa.

Untuk menyambut merdeka di musim pandemic ni , ain ada buatkan crossword puzzle untuk kita semua main .

Senang je , tak perlu keluar rumah pun . Hanya cari 3 perkataan yang korang nampak dan tulis di ruangan komen .


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 ! Malaysia Tanah Airku !

Komen cepat 3 perkataan yang korang nampak ! πŸ“

Ain Makan Ape 30 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni ain makan 
✅2 keping roti spread dengan passion food spread the love (makan pada waktu yang berasingan )
✅Panaskan mee semalam dan ayam goreng 
✅Dinner makan nasi ayam 

Dah Malam Kau Baru Nak Prektis Lukis Kening Ke Ain Woi!!


Assalamualaikum.. Dekat blog ni la boleh nampak muka tak ada filter yer . Malas nak edit gambar . Memang original terus kita upload 🀣

Actually , dah berapa hari nak prektis lukis kening . Ada la dekat berapa puluh kali aku ulang tengok video TikTok tutorial lukis kening tu . laaaahhh.. Buat nya tak ! 

Malam ni...ku gagahi jua . Lepas je habis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah makcik jiran tu secara Google Meet , ain pun apa lagi ..Buat la sekejap . Ada rekod video nya 🀣 Memang kelakar gila . Buat .. lukis .. padam , lukis balik , padam ,lukis balik dekat 6-7 kali . 

Nak pandai kena la prektis banyak kali kan . Kening pula jenis kening tebal .Hahaha . Patut ler orang cakap jangan silap lukis kening , takut nanti nampak macam lintah 🀣🀣🀣

Haaa , tu gambar aku up tu memang spontan je . Nanti kalau dah pandai dan dapat buat dengan cantik , kita update lagi okay ! 

Yang penting .. misi mencuba lukis kening berjaya juga di prektis kan ! Maklumlah kita ni baru nak belajar belajar jadi perempuan cantik ! Laaaahhh tiberr 🀭

Ignore concealer aku yang tak rata .. Aku tak tepek foundation pun. Dah kata nak prektis lukis kening je kan . 🀣🀣🀣

Ain Puasa Hari Ini 29 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni ain puasa . puasa nazar gitu lah sebab dah berjaya turunkan berat badan . Yela , kemain susah nak pecahkan angka 70 kg tu . Dan akhirnya berjaya juga pecahkan dan berat terkini 68 kg . 

Ain berbuka masak mee goreng , ayam goreng dan buat steamboat sikit memandangkan cuaca hujan kan . Nak makan sup sup panas gitu . 
Sahur dua keping roti spread dengan passion food spread tu . Alhamdulilah . kenyang !

Bersyukur dapat selesaikan puasa nazar ni . Insyallah bila berat dah pecah angka 6 menjadi 59 kg .. Ain nak puasa lagi tanda kesyukuran .

Ain Makan Banyak Yer Hari Ini 28 Ogos 2021

Assalamualaikum..tengok dari senarai gambar pon dah tahu makan kemain banyak yer 🀭 Alhamdulilah . rezeki orang bagi lauk .

Mee goreng jiran sebelah bagi , nasi beriani pun sama sebab ada jiran kawen sekarang kan tak boleh buat majlis , jadinya dapat makan jela , pisang dam dessert pun ade jiran bagi . 

Ain cuma masak sayur taugeh dan ayam masak merah je buat tambah .Eh jemput-jemput tu pun ain masak masa breakfast. 

Makan kongsi kongsi gitu . Alhamdulilah.. syukur !

Kadang Rasa Urusan Dunia Ini Sulit.. Tapi Bila Kita ...

Assalamualaikum .. kejadian ini berlaku di hari jumaat . Dari hari Isnin lagi sebenarnya nak pergi bank . Sebab kad atm problem . Tak boleh keluarkan cash.  Tapi mungkin effect first dose vaksin ain tu , badan rasa lesu lemau sedikit . Ain tak demam cuma badan rasa tak larat . Pula tu period kan . Memang sepuluh kali ganda tak larat la .

Akhirnya hari jumaat ain pergi je jenguk juga ke Maybank . Dalam hati dah terdetik mesti kena buat appointment ni . Sebab sekarang kan kes covid . Semuanya kena ada book appointment . Tapi tu la , main redah je la dulu .Tengok ada la dalam 6-7 orang beratur .

Ain pun ikut jela beratur.  Sekali ada guard kat situ tanya " dah buat appointment ke ?" . Alamak .. Pastu ain cakap la " nak buat appointment macam mana ?" . Akhirnya di suruh pergi refer ke pegawai bank yang dah sedia di depan pintu . Dia tanya masalah ape ? ain jawab la kad atm problem . Dia mintak kad bank dan IC untuk dia check . 

Pegawai tu sempat cakap "kena buat appointment ... hari ni ramai tau..tak sempat..Tapi saya check dulu yer " . Allahuakbar . Sekali dia panggil suruh scan Mysejahtera dan check suhu terus masuk .

Nasib ain baik betul .. Terima kasih la kepada pegawai tu .. Yela ..kan sepatutnya kena appointment..tapi dia check dulu dan akhirnya ain dapat juga selesaikan masalah ni . Tak lama sangat pun ain tunggu . Tetiba nombor giliran dipanggil . Alhamdulilah sekejap je urusannya . 

Benarlah..kadang tu urusan dunia ini sulit apabila kena ada protokol dan syarat yang perlu dipatuhi tapi bila ada sifat perikemanusian dan budi bicara manusia itu.. malah ianya lebih memudahkan urusan yang sulit itu .. Hanya Allah sahaja la yang membalas jasa pegawai bank tu . Semoga Allah melimpahkan rezekiNya buat dia ..

Perkhabaran Duka 😭

Hari ini hari yang penuh duka . Sedih sangat rasanya .. Benarlah ujian covid ni ujian kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah . 

Tanpa disedari , makcik jiran yang kami semua nantikan untuk pulang kembali sihat akhirnya pergi meninggalkan kita semua jam 12:30 tengah malam . Aku tidur awal . Aku off internet telefon . Entah macam mana jam 4 pagi aku tersedar . 

Terasa ingin menge "check" something . Buka whatsapp group kejiranan . Allahuakbar . Sayu nya hati ini . Sungguh makcik tu baik sangat . Dia sangat bagus dalam mengalas jawatan nya sebagai setiausaha di kejiranan ini . Makcik itu la yang menjadi penggerak yang kuat dalam khariah kami . Teringat pula dulu aku letak jawatan setiausaha tuπŸ₯² atas hal peribadi . Lalu makcik ni yang ambil tugas itu . Aku sangat hormati dan kagumi makcik ini.

Malah dia jauh lebih bagus menjalankan amanah dan tanggungjawabnya pada kejiranan . Dia jaga tempat KRT tu sama macam dia jaga rumah dia . Dia orang yang terawal membuka lampu krt dan orang terakhir yang menutup lampu krt ketika dulu kami mengadakan majlis yassin dan tahlil pada hari jumaat .

Dia antara yang penggerak utama jika ada program masak memasak . Rasanya , dia la antara makcik yang paling penat bila ada program yang berlangsung .

Allahuakbar .. Terngiang pula ditelinga antara perbualan "peribadi" aku dengannya .Dia tanya "ain dah pernah pergi yer Pulau Belitung Indonesia tu" 😭 , "ain okay ke dengan mak tiri?" . Paling latest dia pernah cakap dengan aku " Anak tu ..pernah cakap.. Kalau mak meninggal, tak bagi ayah kahwin lain 😭.. dan jawapannya "alaa kalau dah nak kahwin , halang macam mana pun tetap kahwin juga "  . Makcik ni tak suka makan taugeh , kalau ada makanan yang ade taugeh , mesti dia akan asingkan taugeh tu .Lepastu dia ni selalu je senyum ... Senang cerita keperibadian makcik ni memang dikagumi.

Bayangkan makcik-makcik yang lain pun sedih dan sayu gila . Kami sempat buat kan majlis yassin dan doa untuk dia .. Baru semalam kami doakan semoga dia kembali cepat sembuh .. Akhirnya , ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya .

Benarlah ... Dunia kini masih dibanjiri dengan covid ..kita selalu diberitakan tentang khabar duka .. Al-Fatihah untukmu Hajah Asiah Binti Rapiee. Semoga cik asiah disayangi oleh Allah , dipelihara oleh Allah dan semoga ditempatkan di Syurga yang terbaik .

Alhamdulilah Rezeki Orang Bagi Lauk 27 Ogos 2021

Assalamualaikum ..Hari ni rasanya tak masak 🀭 Penuu meriah lauk orang bagi . Actually semalam waktu malam ada dua jira bagi lauk . Tapi ain kan malam dah tak makan .

Jadinya esok panaskan lauk .
antaranya ialah 
✅Mee hoon tomyam seafood 
✅Bubur lambuk (siap tambah 2 kali yer)
✅Nasi beriani 
✅Keropok sayur tu termasuk sekali dalam set beriani 
✅2 keping roti spread dengan passion food spread the love . pisang , segelas air sunquick asam boi (abang ain buat)

Alhamdulilah! 

Aku Baru Perasan Yang Aku Sebenarnya ..

Assalamualaikum . aku tulis kisah ini ketika jam 12:26 tengah malam . Punya la dah terpusing-pusing badan ni bergolek atas katil tapi mata masih tetap jugak tak boleh lelap . Hari ni aku tak buat live dekat Instagram . 

Badan rasa penat ! Penat sangat ! Tapi jenis aku ni tak suka tunjuk kat orang . 

Aku teringat satu qoute , bila kau tengah overthinking ... WRITE MORE ! So , otak aku ni tengah overthinking . Aku yang kena control benda ni . Risau kalau terlampau over nanti habis tak boleh tidur . 

Semenjak dua tiga menjak aku buat live ... Aku belajar sesuatu yang bermakna . Antara jawapan jawapan dari tetamu yang aku undang untuk berkolaborasi semua nya bercerita tentang "support system" Which is Family . Reef cerita dia nak bawak mak dia pergi vacation nanti lepas dah boleh travel , Puan Azfa bercakap tentang redha ! Kalau you dah kahwin , redha seorang suami itu penting . Encik soleh berbicarakan tentang the things he really miss bila dia kerja di Jepun is Family .. Bila cuti je dia mesti nak balik jumpa family ...Mama Maszull pula seronok bagitahu yang dia dapat sokongan dari hubby dia .. Anak-anak yang ajar tentang dunia blog , cucu cucu peminat grandma nya . Abang viral selalu buat video tentang kisah di kampung serta mak abah nya .. Dan Huda juga antara yang selalu aku nampak masak kan untuk family .. Huda selalu bagitahu "Huda beli makanan ni untuk family" . 

End up. aku sedar 😭 Aku tak ada semua tu 

*mungkin coretan kali ni agak beremosi sedikit , tapi aku cuba tulis dalam laras bahasa dan nada yang terbaik untuk semua hati dan perasaan. 

Aku sedih . Ayah aku langsung tak tahu aku buat live .. Macam mana aku propose mereka.  Aku buat semua tu sendiri.  Aku beranikan diri approach orang . Orang cakap "kagum lah ain boleh buat " ,"macam mana ain boleh invite diorang" 😭 

Yer .. aku buat semua tu sendiri. Kadang-kadang aku jelos sebab kawan -kawan aku semua boleh dapat sokongan yang kuat dari keluarga . Sampaikan aku tak sedar ... 

Yang aku dah jadi perempuan yang Heartless. Aku dah tak ada rasa macam " a family person" . Aku tak ada sebab paling kuat macam orang lain yang cari rezeki sebab family . Aku baru perasan weh . 

Bila kawan aku tanya " kau ada tak boyfriend? pergi la cari ain" . (Bab ni pun boleh tahan juga yang bermain di fikiran ni nanti la aku tulis yer ) 🀣

😭 Sambil aku taip sebenarnya aku rasa sedih . Hikmah PKP ni memang banyak melembutkan hati aku , membuka kembali jiwa aku . 

Ain .. letak lah rasa dan jiwa empati itu..(nasihatkan diri sendiri dulu)

Kau nak tahu kenapa aku kata aku heartless ? 

Aku tak suka benda remeh temeh . Abang aku tanya soalan yang tak penting pun aku boleh jawab " kau panggil aku sebab nak cakap benda tu je " . Mesej -mesej dalam group mana yang tak penting semua aku tak layan . Semua aku tak baca terus delete . Yang ni jujur betul 🀭

Patut la masa sekolah rendah dulu aku teringat ada kawan aku sampai terasa hati .. dia cakap aku ni tak ada perasaan .. 🀣

Anak jiran haritu entah macam mana dia cakap " oh baru la isya tahu yang kak ain ni sebenarnya penyayang kan" . 

Arwah ibu aku banyak kali terasa hati dengan princess tembam dia ni .🀣 (ibu kita panggil kita princess okay ) . Ibu selalu cakap " ain ni tak pandai langsung nak bagitahu perasaan dia" . Hahaha . 

Sebegitu dasyat sekali yer heartless aku tu. Nampak macam eh banyak cakap kan ain ni.. Tapi tu la .. mari aku listkan kenapa aku jadi macam gini .

Sebab dulu aku dapat 100% perhatian dari arwah ibu .. Sekarang dah tak ade . Aku sampai dah terbiasa pujuk diri sendiri . Sendiri sedih , sendiri pujuk diri . Sendiri sakit , sendiri rasa seorang diri .. Sendiri ! 

Bahaya yer sebenarnya kalau dah terbiasa sendiri . Boleh sampai jadi heartless .

Dan sebab itu juga aku cuba cari sebab kenapa aku nak keep active buat live collaboration dekat Instagram . Akhirnya aku jumpa tiga misi utama itu .

✅To build more self confidence
✅To love more yourself
✅To appreciate your Life !

Kadang kadang pada akhirnya cerita kehidupan kita ... Tak semua yang indah dimiliki orang lain ...kita pun boleh rasai juga. Mungkin bukan aku orang nya yang boleh membawa tema kekeluargaan .. Mungkin bukan aku yang berkata tentang "always have a time with family"

Bukan aku orang nya .. Tapi .. 

Mungkin aku orang nya , yang akan menjadi "seseorang" yang dikirim Tuhan untuk menaikkan jati diri mu , mungkin aku orang nya yang membawa seruan "sayangi diri mu " dan mungkin aku orang nya yang tak akan jemu membisik di hati kau... "hargailah kehidupan yang kau miliki" .

Mungkin .. dari seorang heartless . Sedikit sebanyak.. dapat menyentuh hati hati dan jiwa jiwa mereka .. yang mengenali diri ini .

Mungkin akhirnya nanti , seorang yang heartless bertukar menjadi seorang yang hatinya sangat dipenuhi kasih sayang . Insyallah . 

Untuk mereka yang hati nya sedang dalam kedukaan .. Berusaha la .. merawat hati itu .. Mungkin Tuhan belum menemukan kita dengan hambaNya yang mampu merawat , mungkin "kita"( diri kita sendiri) yang merawatnya terlebih dahulu .

* maaf andai kata kata aku ... cara tulisan aku.. nampak heartless nya πŸ˜” Ini je cara aku melepaskan rasa dalam hati ini .

Beli Barang Mekap Dekat Kedai Dua Ringgit


Assalamualaikum. nampak ada orang ajar makeup dekat TikTok cara nak buat kening . Katanya pensel untuk buat kening tu beli dekat kedai dua ringgit je.

Jadinya , kita pun cuba la mencari . Hehehe. Jumpa yang macam gitu je . Boleh la kita try belajar lukis kening pula. Macam ain nak bagi nampak kening tu lagi kemas je . Tak nak la cukur sampai nipis . Sebab kening kita memang dah tebal . Hahaha . Ain tak nak la nampak bersepah kening tu . 

Ain beli sekali lipstick , nampak macam kaler purple kan tapi bila dah pakai eh dia macam tak purple sangat . Ni lipmate tau tapi so far dah beberapa hari pakai ni rasa okay je best .. Ain beli juga lip balm aloe vera . Untuk bagi lembap lagi bibir ku . Sebab nampak bibir macam kering sikit lagi pula kalau tak pakai makeup kat rumah kan , dengan ada lip balm akan nampak lah bibir tu berkilat sikit 🀣

Cer tengok lipmate kaler tu.. Nampak purple ke merah ?. Ke ain yang rabun warna sebenarnya 🀣🀣🀣 Risau kadang tu .. 

Ain Makan Ape Yer 26 Ogos 2021

Assalamualaikum .. hari ni ain makan roti 2 keping dan sosej dua . 

Lepastu ain buat live di Instagram dan review spread dari PassionFood . So ain makan sekeping roti dan perisa spread chocolate serta rasa sikit yang peanut butter tu . (Makan rasa je gitu) Sebab nak control nafsu tu 🀭

Lewat petang baru nak lunch nasi putih , dan taugeh goreng , ayam masak red serta sup ayam panaskan lauk semalam . Malam pun lauk yang sama . 

Okay , lah ! Alhamdulilah . Janji makan 😍

Ain Makan Ape yer 25 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni ain makan ape yer ?. Ain panaskan lauk lontong yang jiran bagi . Actually jiran bagi malam semalam .Tapi disebabkan ain memang tak makan malam dan kenyang , so ain pun simpan dalam peti sejuk . Alhamdulilah , ain tengah craving gila lontong . Tak sangka rezeki dari jiran sebelah rupanya .

Lepastu ain beli air kelapa . Air kelapa ni boleh hilangkan rasa lemah dan lesu badan . Ain memang biasa minum air kelapa. Lepas minum tu rasa fresh badan .

Untuk lunch dan dinner ain masak nasi putih dan sup ayam kentang . Ain makan dalam mangkuk sebab nak hirup kuah terus . So , ain masuk kan je nasi dalam mangkuk tu . 

Pengalaman Ain Divaksin Dos Pertama @ UTM Johor

Assalamualaikum , kisah vaksin dos pertama ain ni sangat kelakar betul yer . Cerita nya ain ni selalu la juga buka dan check mysejahtera tu , tak ada pun tarikh nya . Sekali hari tu pada 18 ogos keluar la tarikh nya . 

Yang kelakar nya , tengok pukul 10 pagi tarikh 18 ogos . Arghh sudah, sekarang dah pukul 2:30 petang ain check tu . Terus ain tanya kawan ain , "eh macam mana ni prenn?" . Kawan ain cakap terus je pergi , sebab tarikh yang sama . Jangan kau tak pergi pula. Nanti nurse datang dengan ambulance angkut kau pergi vaksin 🀣🀣🀭 Sempat yer kawan aku melawak ! 
Ain dapat di pusat vaksin UTM . Wow , entah last bila yer masuk ke dalam UTM ni . Ingatkan guna gate utama rupanya lalu gate yang nak ke Senai tu . Memang berpusing -pusing yer ! Betul -betul nak bagi berjalan sebab dah lama tak sampai sana yer .

Rumah ain dengan Skudai ni agak jauh la juga. Sampai je terus parking kereta dan berjalan kaki masuk ke tempat vaksin tu. Mula-mula dia check dulu mysejahtera , dan tanya kita ni first dose atau second dose . Lepastu kena isi borang dan dapat nombor . 

Alhamdulilah urusan ain sangat mudah dan tak mengambil masa yang lama padahal ramai juga orang . Mungkin sistem pengurusan disini cepat . Lepastu di panggil dia tanya dah berkahwin ke belum 🀭 Rasa nak tergelak encik lelaki yang tanya tu yer . Sebab cara dia tanya tu macam 🀣🀣🀣🀣lelaki yang belum berkahwin tanya pada aku yang perempuan belum kahwin ni.. Awkward sedikit yer disitu !
Then dia beritahu hari ni vaksin Sinovac ye . Aku lagi sepuluh kali terkezutt.. Ingatkan Az . Lepastu dia beritahu yang dekat sini Sinovac dan Pfizer je . AZ tu dekat Persada Johor Bahru .

Lepas dah berbual tu , masuk ke dewan . Kali ni dia macam sesi consultation la tanya aku ada allergik apa -apa ke , ada makan ubat apa ke .. Settle bab ni tibalah masa untuk di suntik . Dr yang inject aku very the peramah . Aku minta izin nak buat video . Lepas dah habis inject tu , dia siap tanya "sakit tak?" . Ain cuma rasa sikit je jarum tapi tak ada rasa sakit lah . Dr tu pon pesan jangan keras kan tangan .
Lepas dah habis inject terus pergi ke kaunter akhir untuk diberikan kad . Sekejap je ! kelakar gila rasa nya sebab petugas dekat PPV tu call sebab ingatkan ain tak datang , rupanya dah settle dah .. Yang kelakar dah kaunter akhir tu yang call tu depan ain je🀣🀣 Tergelak dia .. 
Akhir sekali , bergambar time ! Settle ! Alhamdulilah selesai dos pertama . Dos kedua pada 8 september nanti . Alhamdulilah , Allah permudahkan urusan vaksin ain ni . Cuma nya rasa kelam kabut sikit sebab ain memang agak terkejut masa dapat tarikh dan terus rushing ke sana. 

Halu halu Ain Makan Ape 24 Ogos 2021

Assalamualaikum hari ni ain makan yang simple simple aje .
✅Takoyaki beli ade 12 bijik (makan kongsi dengan abang ain ) Sorang 6 bijik
✅Lepastu makan nasi ayam semalam ada lebih kukus kan , lepastu ain goreng ayam dan letak sikit sayur salad 
✅Goreng mee goreng biasa je makan sekali dengan salad dan ayan goreng 

Alhamdulilah .. Janji makan ! bersyukur sebab kita ada makanan yang nak di makan kan 🀀

Halu Halu Makan Ape Tu Ain 23 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni ain makan ape ?. Kenapa ain adakan juga masa untuk ambil gambar setiap makanan yang ain makan ?

Sebab ain nak rekod . Ain nak tengok banyak mana dalam setiap hari yang ain makan . Bila letak dalam blog senang . Boleh belek terus . Kalau ambil gambar je nanti tetap transfer dalam komputer then kalau nak tengok balik kena buka dulu komputer nya . 

Kalau letak dalam blog senang terus je search dalam ni . Harap juga dapat memberi semangat kepada pembaca yang lain yang tengah sama -sama menurunkan berat badan 

Ain makan apa hari ni ? 
✅ jerum asam yang warna merah ni (makan kongsi kongsi 
✅Nasi goreng dan hotdog
✅Nasi ayam masak sendiri 
✅Nasi ayam masak sendiri

macam biasa gambar atas tu lunch , gambar bawah untuk dinner .

Tengok Posting Yang Dulu ,Terus Teringat Komen Seseorang Yang Pernah Aku ...

Assalamualaikum . hari ni ain scroll dan baca semula posting -posting di blog ain.  Allahuakbar , lepastu teringat pula satu komen niπŸ˜” Terasa sedih dan sayu pula hati ini 
Komen ini dari seseorang . Seseorang yang pernah menjadi cerita yang terindah semasa belajar di Uitm Kedah dulu . The guy that i really crush ! the guy that i really fallin in love .

Let just call him as F !  

Indeed ! (aku pandai sebut perkataan ni dari dia la) . Boleh la throwback sikit yer . I still remember the first time aku betul betul terpandang dia . Dia tak sama kelas and course dengan aku . Tapi , kita sama fakulti bisnes . Satu hari tu , lecturer minta nak combine kelas dan kawan aku ialah class representative so aku teman dia pergi book class . So this guy ni pula class representative untuk kelas dia . Aku teringat waktu tu aku cakap "Siapa dia mamat yang selalu lecturer and all my friends sebut ni ?. HENSEM SANGAT KE F NI ?" 🀣 Kau nampak tak ayat aku 🀭 Kan dah terus jatuh cinta . 

So masa pergi book kelas tu , bila dia pusing je OMG ! He is not my taste , tapi aku tertarik dengan cara dia sebab he is so polite dan dia ni kategori gentle guy la i tell you . He is soft spoken whenever he talks especially dengan perempuan . Memang tak dinafikan ramai perempuan selalu sebut -sebut nama dia .

That was the first time i really nampak dia betul -betul . Nak dijadikan cerita lagi , kitorang sama LDK . Uitm kan ada program apa benda entah lupa tapi dia related to LDK la. Lepastu kitorang sama group , eh pula tu dia duduk sebelah aku πŸ˜… Omg ! (imagine waktu ni hati dah super duper berbunga weh) Sampai waktu rehat aku pergi toilet .. Aku cakap dekat kawan aku "You.. i think i"m fallin in love !" . Kawan aku tu reply " OMG , dont tell me is F". Aku jawab " Yes ! its him" 🀣

Sumpah level jatuh cinta aku kali ni terpaling dasyat yer . Hahaha .

Kan aku bagitahu yang kitorang sama fakulti so subjek banyak yang sama dan kita juga share the same lecturer .Nak dijadikan cerita kitorang sama kelas waktu Business Law . So everytime aku pergi kelas ni , hati aku full of butterfly you know ! Hhahahaha (rasa nak lempang je diri ni bila ingat balik kejadian tu) 

Bila aku bagitahu kawan aku yang aku suka kat dia , aku tanya la kawan-kawan aku macam mana ehk nak rapat dengan that guy . First of course mintak no telefon . Imagine ni masa tahun 2010 . Whatsapp pun tak ada lagi okay . Okay macam -macam taktik yer guna . Memang kawan-kawan aku pun terlibat sama yer 🀣🀣 Kan kitorang sama LDK , so masa tu kawan aku cakap la "F nak nombor .." Dia pun jawab " Eh sure boleh .." . Kawan aku tuh pun tolak aku " Ain gi save cepat dekat phone kau " 🀣🀣🀣 hahahhaha .  Macam gitu lah terdapat nombor telefon dia . 

Tapi still rasa awkward nak mesej .Pula time tu masih zaman topup ,tak de kredit gitu . Facebook pun baru baru nak menjadi gitu .Aku ingat lagi aku tergunakan dia untuk jawab kuiz . Aku dapat tahu kelas dia dah jawab kuiz then aku selamba call dia tanya dia "you kuiz tu tanya soalan apa je?".  Oh by the way , aku jadi lagi fallin in love dengan dia sebab dia yang ber  I - You yer dengan aku . Aku memula rasa pelik sebab yela dengan kengkawan lelaki selalu kau aku je kan . Lagi lah hati ini penuh butterfly gitu 🀣 Lepastu , kitorang siap hafal jawapan . Time tu kawan-kawan aku semua dapat full mark kuiz tu. Hahahah  .

Lepastu , F ni power subjek ekonomi . He is one of my reference la . Sampaikan aku boleh skor subjek ekonomi . Masa matrik subjek ekonomi paling aku teruk tapi bila degree ni aku comeback semula . Dia punya tahap power disebabkan cinta kan , aku boleh dapat carrymarks paling tinggi dalam kelas . Gila kan ! Aku skor A kot ! Kau rasa tak hati aku penuh butterfly macam mana masa tu ?. 

Kelas Business Law pula kan kitorang sama kelas kan , dalam kelas siap mesej -mesej weh 🀣 Dia text " Eh you . kita pakai baju sama warna kan" ." Amboi khusyuk nya you..tengok apa la tu kan?"  (Sebijik macam dalam video klip lagu cinta cinta zaman 2010 kan .Hahahah . 

Lepastu dia bagitahu aku yang dia takut subjek Akaun which is tu subjek makanan aku then dia minta aku ajarkan dia sebab dah nak final exam gitu . Dia punya level romantik sumpah memang boleh cair yer . Dia cakap " you .. i pakai baju kaler biru tau hari ni .nanti you pakai baju kaler biru tau" KAU RASA??? Ni nak belajar ke nak dating kan ?. hahahaha . Aku pun pakai la baju kaler yang disuruh . Belajar dekat cafe yer .🀣🀣🀣 F tanya " You nak ape ? i belanja ." Aku cakap " eh tak nak la apa-apa ..tak lapar pun". PENIPU nak mampus aku waktu tu padahal aku tak makan apa pun lagi tapi sebab aku malu gila . Here's one thing about me , aku akan jadi perempuan paling pemalu di depan lelaki yang aku falling in love tu . Last -last dia belikan aku air Ribena Laici ! OMG ! kes air ni jadi bahan utama kawan -kawan aku yer . Hahahaha . 

Nampak tak every single things yang dia buat kat aku dan aku ingat sampai ke hari ni . Masa aku ajar dia akaun tu , aku banyak suruh dia refer past year questions . Then , dia tarik past year questions aku then dia cakap " Hari ni berapa hari bulan you ?. I nak tulis dekat sini so nanti you akan ingat ni tarikh you ajar i" KAU RASA TAK MACAM MANA Dupdap dupdap jantung aku 🀣🀣🀣

But , langit tak selalunya indah yer .. Butterfly sometimes fly sometimes not fly Hahahha . Masa dah nak dekat final exam , he change his Facebook status to " In A Relationship with seseorang" . (And after i baca blog dia now. .i saw her picture masa dia konvo .. i know she is so special in his heart)  

I broken gila bila nampak dia tukar status tu .. Dahla sama dewan exam dan sama subjek . Nak tak nak memang akan terjumpa punya . Until the final exam begin . First paper tu aku cuba kuatkan diri aku ignore dia . Aku kena skor semester satu aku ! Masa paper economy , dia tertinggal pensil box dia tau.  And that time kawan-kawan i tahu yang i close to him . But , i suruh kawan i yang call him . Then dia datang , kawan i suruh i yang pass kan . Then dia tunduk je muka dia tak pandang i . Sedih gila waktu tuh.

Teringat masa final paper which is Business Law , he gave up so earlier. Dia keluar awal and lalu sebelah meja aku . Dahla subjek tu yang dia selalu kacau kacau mesej aku kan . Aku pun boleh tahan rasa susah jugak . Subjek ni aku skor C kot 🀣🀣🀣 Subjek yang paling teruk dan semester satu pointer aku 3.17 terpaling teruk dari semua semester sebab subjek ni tarik banyak pointer aku .Dia kantoi paper ni . He repeat in untuk next semester

Semester 2 bermula , dan permulaan untuk kitorang duduk rumah sewa . Sumpah masa tu aku rasa susah gile dan macam mana ehk nak lupakan dia . Dahla aku ni jenis kalau dah suka dekat someone , aku susah nak lupakan . Hari first kitorang sampai ke rumah sewa , aku minta tolong kawan-kawan lelaki sewakan kereta dan beli barang rumah . Tetiba datang seorang lelaki naik motor berhenti. Astagfirullah, mati mati aku ingat tu member kelas aku jugak . Selamba badak aku cakap " Haaa , tau pun kau nak singgah sini". Sekali dia bukak helmet . KAU TAHU SiAPa ?????

F ! Ya ampun .. Its HIM😭

Aku dah malu terus masuk jela rumah aku . Housemate aku yang ada tu still berbual je dengan dia and kawan lelaki .Sampai kan dia tanya " Kenapa ain tu?" . "Kirim salam dia ehk". 

Housemate aku masuk cakap " F kem salam kat kau tu ". πŸ˜” Aku nangis weh ! Aku cakap dekat kawan aku " Dia tahu aku suka dia kan.. dia dah ada girlfriend lepastu selamba badak je nak kirim salam dekat aku . pretend like nothing happens" . 

Rupa -rupanya ! Kitorang berjiran. Rumah kitorang dekat sangat ! Selang satu lorong je . Rumah sewa aku pula jalan besar memang laluan utama la gitu . Habis kelas selalunya suka makan dekat Kedai makan yang ada jual ikan keli tu.  Astagfirullah , aku lupa pula nama dia ape 🀣Eh rupanya tu port makan dia juga dengan housemate dia. Aku pun memang selalu pergi dengan housemate juga. Ofcourse la terserempak. 

Bila terserempak pula dia boleh duduk depan meja aku . Saja je sambil dia makan dia pandang aku. Terpaling siot kadang kadang dia boleh main mata dengan aku , kenyit mata dia dekat aku . Wehhh! Aku pun .. alahai.. Dia tahu aku malu nak pandang dia. Siot betul ! Setiap kali dia buat macam gitu ! setiap kali tu aku tak habis makan. HAHAHAAHAHHA . Sampaikan housemate aku cakap " paling best kalau selalu F makan dekat sini , komfom ain makan tak habis ,komfom dia kasi semua ikan dan nasi dia dekat aku " 🀣🀣🀣 Siot tau ! Memang betul pun weh . Aku punya level cover malu aku tu sumpah tak boleh blah. 

One day tu housemate aku bawak makanan banyak dan berlebih , lepastu tak tahu nak bagi siapa and aku bagi la kat dia . Kata jiran kan. Peh ingat lagi dia punya senyum senyum tu siap tanya " you masak ke ?" Hahahha . Memang tak la aku masak . Semester dua pun berlalu macam gitu . Lepastu cuti agak lama dan kitorang berpindah rumah sewa

Semester tiga sampai semester lima tahu duduk mana pula ? Duduk depan rumah dia . Bahahaha .Ni housemate aku yang pilih rumah tu aku on je , sekali bila sampai eh alahai betul betul depan nak belok rumah dia . Memang boleh nampak kalau kitorang keluar masuk .🀣

Lepastu kalau dia pergi surau eh boleh nampak la mamat ni naik motor pakai kopiah . Lagi la hati berbunga kan . Tapi dia macam dah mula menjauh dengan aku . Boleh nampak la macam mana dia try menjauh sampai ke semester lima .Dan ada one time tu dia menghilang . Sampaikan aku pun tak tahu dia dekat mana . Aku yakin waktu tu he need his own space . He is at the lowest point waktu tu . Sebab dari semester satu lagi dia pernah cerita , dia ada masalah .. Which is private to share . So aku faham la dia mula menjauh . Masa dia menjauh ni sebenarnya aku dah mula melepaskan sedikit perasaan fallin in love tu sebab aku mula close dengan seseorang 🀭 Seseorang ni nanti akan muncul di akhir cerita ini .

Aku teringat sempat berbual -bual depan rumah sewa dengan F . F ni pandai pancing aku " you jom main badminton" Hahaha . Main badminton la sangat padahal pukul angin je ada lah . Lepastu housemate aku bela kucing then kucing sampai ke rumah diorang . Lepastu ada anak jiran tukang report , "ada abang rumah depan tu bagitahu ni kucing akak yer " 🀣🀣🀣

Sampailah aku habis semester lima , aku nampak dia makin menjauh . Dia memang sanggup tak nak lalu depan rumah aku . So , aku rasa dia memang tak nak dah tegur aku . Lepastu aku prektikal. Semester enam ! . Dia extend sem sebab dia ada repeat paper. 

Dan .. tibalah masa aku final presentation . Aku singgah kejap ke library waktu tu jumpa kawan aku . Aku nampak dia tengah study sorang sorang . Aku nak pergi dekat dengan dia wanna say hi and good bye .. But .. aku pandang je dia dari jauh . Aku rasa aku tak perlu buat itu pada dia .. Aku nampak dia tengah struggle to study for his final exam .

That was the last time i saw him 😭

Until 2014 ke 2015 gitu , kita pernah juga private message dekat Facebook .Tapi aku pun dah tak berapa ingat sebab aku dah tak ada perasaan tu kan. Aku pernah unfriend dia . Dia sent request dekat aku .Hahaha . Boleh tahan mengada -ngada juga aku ni kan . 

Sampailah aku terjumpa blog dia.  Aku tak payah la bagitahu apa nama blog dia . Orang soft spoken and nicely macam gitu mesti ramai perempuan cair dekat dia.  Aku happy dia sempat jumpa blog aku !

He drop that komen .It makes me happy !  At least , he is somebody that i used to know .

Tahun 2017 , aku mimpi dia. This is true story ! aku mimpi dia tengah sakit . Masa tu aku dah unfriend facebook dia . Aku cari balik facebook dia dan aku ternampak kawan dia post something.

Dia tengah nazak 😭

Allahuakbar ..Sungguh macam tak percaya mimpi tu benar terjadi .. Aku buntu dan tak tahu nak tanya pada siapa ... Dan aku bertanya kepada "someone" yang aku rapat tu sebab dia sama course dengan F ni .. Dia pun macam pelik macam mana aku agak concern pasal F ni . 

Tengah hari kot he text me said that "F dah meninggal" . Allah je tahu hati aku sedih. Yela , dia masih muda kan .

Hari ini , aku abadikan lagi kisahnya di blog aku . Sebelum ni aku ada tulis sikit -sikit pasal dia , tapi hari ni aku tulis secara details .. 

Semoga Allah sentiasa membahagiakan dia di sana . Sungguh cerita kita di dunia ini membawa kenangan yang indah untuk diri ini . Terima kasih Allah , kau pinjamkan hambaMu ini menjadi kisah terindah buat diri ini .

Dengan mengenali dia .. Aku jadi lebih perempuan. Aku jadi perempuan terpaling sopan sekali. Kalau tak aku gelak kemain kuat yer tak control . Tapi dia berjaya , keluarkan perangai perempuan aku tuh ..

πŸ’– Al- Fatihah untuk dia .

Ain Makan Ape 22 Ogos 2021

Assalamualaikum ..Hari ni hari ahad . Ain buat jemput-jemput ikan bilis mata biru dicicah bersama sos cili perah lemon . Seterusnya keluar kejap beli asam jeruk yang warna merah tu . Ada lah dalam 6-7 biji juga aku telan 🀭

Penutuo makanan untuk hari ni , makan nasi goreng (abang ain masak ) lepastu ain jadikan pataya .hahahha. Salut kan telur , yang lagi separuh tu abang ain makan . Ain goreng ayam guna air fryer dan panaskan tomyam semalam . 

Alhamdulilah , cukup la rezeki malam ni . Syukur ! Janji terisi perut nya dengan makan .