Pengalaman Ain Divaksin Dos Pertama @ UTM Johor

Assalamualaikum , kisah vaksin dos pertama ain ni sangat kelakar betul yer . Cerita nya ain ni selalu la juga buka dan check mysejahtera tu , tak ada pun tarikh nya . Sekali hari tu pada 18 ogos keluar la tarikh nya . 

Yang kelakar nya , tengok pukul 10 pagi tarikh 18 ogos . Arghh sudah, sekarang dah pukul 2:30 petang ain check tu . Terus ain tanya kawan ain , "eh macam mana ni prenn?" . Kawan ain cakap terus je pergi , sebab tarikh yang sama . Jangan kau tak pergi pula. Nanti nurse datang dengan ambulance angkut kau pergi vaksin 🤣🤣🤭 Sempat yer kawan aku melawak ! 
Ain dapat di pusat vaksin UTM . Wow , entah last bila yer masuk ke dalam UTM ni . Ingatkan guna gate utama rupanya lalu gate yang nak ke Senai tu . Memang berpusing -pusing yer ! Betul -betul nak bagi berjalan sebab dah lama tak sampai sana yer .

Rumah ain dengan Skudai ni agak jauh la juga. Sampai je terus parking kereta dan berjalan kaki masuk ke tempat vaksin tu. Mula-mula dia check dulu mysejahtera , dan tanya kita ni first dose atau second dose . Lepastu kena isi borang dan dapat nombor . 

Alhamdulilah urusan ain sangat mudah dan tak mengambil masa yang lama padahal ramai juga orang . Mungkin sistem pengurusan disini cepat . Lepastu di panggil dia tanya dah berkahwin ke belum 🤭 Rasa nak tergelak encik lelaki yang tanya tu yer . Sebab cara dia tanya tu macam 🤣🤣🤣🤣lelaki yang belum berkahwin tanya pada aku yang perempuan belum kahwin ni.. Awkward sedikit yer disitu !
Then dia beritahu hari ni vaksin Sinovac ye . Aku lagi sepuluh kali terkezutt.. Ingatkan Az . Lepastu dia beritahu yang dekat sini Sinovac dan Pfizer je . AZ tu dekat Persada Johor Bahru .

Lepas dah berbual tu , masuk ke dewan . Kali ni dia macam sesi consultation la tanya aku ada allergik apa -apa ke , ada makan ubat apa ke .. Settle bab ni tibalah masa untuk di suntik . Dr yang inject aku very the peramah . Aku minta izin nak buat video . Lepas dah habis inject tu , dia siap tanya "sakit tak?" . Ain cuma rasa sikit je jarum tapi tak ada rasa sakit lah . Dr tu pon pesan jangan keras kan tangan .
Lepas dah habis inject terus pergi ke kaunter akhir untuk diberikan kad . Sekejap je ! kelakar gila rasa nya sebab petugas dekat PPV tu call sebab ingatkan ain tak datang , rupanya dah settle dah .. Yang kelakar dah kaunter akhir tu yang call tu depan ain je🤣🤣 Tergelak dia .. 
Akhir sekali , bergambar time ! Settle ! Alhamdulilah selesai dos pertama . Dos kedua pada 8 september nanti . Alhamdulilah , Allah permudahkan urusan vaksin ain ni . Cuma nya rasa kelam kabut sikit sebab ain memang agak terkejut masa dapat tarikh dan terus rushing ke sana. 

Catat Ulasan

0 Ulasan