Baru Nak Rentas Daerah
Selama negeri Johor ni PKP lah PKPB la sampai dah tak tahu PK ape lagi , ain memang banyak dekat kawasan ain je . Kalau bukan benda penting ain banyak stay at home je . Kalau ke event pun , pergi on that time lepastu tak ada nak singgah -singgah . Semenjak kes covid ni , memang jarang nak jumpa -jumpa orang . Jumpa hanya perlu je . Kalau tak mesej-mesej atau video call je la .
Dan 3 April la ain merentas daerah dan masuk tol. Kah! Lama gila ain tak masuk tol untuk tahun 2021 ni . Ni la rasanya first time untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tak dela merentas jauh sangat hanya ke kampung Ayah je dekat Kampung Parit Perpat . Dari Tol Skudai dan exit ke Tol Simpang Renggam , lepastu menuju ke Benut Pontian . Kampung Ayah ni macam sempadan Pontian - Batu Pahat la , tak betul-betul kawasan Batu Pahat.
Kitorang gerak awal pagi alang-alang Ain request jom la ke Pantai yang berdekatan . Namanya Pantai Punggur . Pagi -pagi orang pun tak ada pastu air pun masih surut . Dah selesai bergambar , kitorang pergi ke rumah sepupu .
Jam 12 lebih gitu kitorang pun balik sebab tak nak la lama-lama lagipun tak nak bergaul dengan ramai orang yang datang . Satu lagi kampung ayah ni kalau cuaca panas dia , betul-betul panas woi. Boleh sakit kepala. hehehe.
Itula kisah rentas daerah Ain pada tahun 2021 !