✅Sepotong coklat cloud 9 ( 1 bar tu belah 4) makan satu bahagian tu sahaja yer . Selebihnya makan untuk hari lain bukan sumbat sekaligus .
✅Roti sekeping 1 cheese sosej 1 sos cili sikit
✅Keow teow goreng lunch
✅Epal hijau 1
✅Keow teow goreng dinner
✅Pisang (bukan 1 tapi 2 alang alang tinggal dua tu habiskan jela)
Tutup time makan jam 5.15 petang gitu ! Hari ni tak makan nasi . Petang lepas solat asar buat exercise manja tapi tak manja juga la sebab berpeluh lencun habis juga. Buat skipping level beginner je dulu . Masih mencari step yang betul untuk skipping macam pro gitu .Lepastu buat senaman tangan pegang 2 kg dumbbell . Buat senaman tangan sebab lengan besor seperti ahli gusti John Cena . Tapi dia beso otot . Kita ni beso tang lemakkk berlebih . Hahaha .
Mesti orang cakap " diet apa makan keow teow kan ??" . Jawapan nya .. Aku sedang dalam progres membiasakan untuk mengawal portion makanan dulu . Aku taknak drastik sangat dan ingat selera ke hari hari nak melantak makan sayur mentah tu? I want to enjoy the process and jadikannya sebagai lifestyle ! Tak nak lah nanti bila dah turun berat badan aku bantai makan semula macam sebelum ni .