Assalamualaikum . Tanggal 5 november ialah hari yang paling dinantikan oleh teman kecilku ini . Semenjak dua minggu yang lepas yer , teman kecil ku ini dah bagi peringatan mesra . Hehehe . Yela , mesti la dia terpaling excited . Satu sebabnya , hari dia dilahirkan . Kedua , kerana dia sudah pun berusia 12 tahun .
Dia cakap dengan Ain , dia excited gila sebab akan ada mykad ! Wah gitew ! Teringat pula , masa ketika Ain berusia 12 tahun , macam gitu la perasaannya ! Dah rasa besar sangat sebab kita dah ada kad pengenalan kita sendiri . Hehehe .Ini la salah seorang satu dari kisah anak jiran Ain .
Nur Farisya nama nya ! Kenapa Ain panggil teman kecil ku ?
Satu sebab dia yang paling rapat dan dekat dengan Ain , boleh dikatakan banyak la rahsia dan kisah kehidupan Ain dia banyak tahu . Farisya juga la yang selalu teman Ain morning walk ! Hampir setiap hari juga kita bercakap , berbual walaupun sekejap . Nama pun jiran sebelah , sembang sebelah menyebelah la gitu . Masa dia kecil dulu Ain tak rapat sangat dengan dia sebab masa tu Ain dah mula belajar jauh dari Johor Bahru .
baca kisah : bersama teman kecilku !
Jadinya sesekali je dapat tengok dia ketika pulang cuti semester . Ain mula start rapat masa risya ni sekolah tadika . Teringat dulu , arwah kakak Tina (penjaga nya) hantar ke tadika naik stroller berkembar gitu . Hahaha . Lepastu naik sekolah darjah 1 . Paling ain ingat , masa darjah 1 hari pertama dah tertinggal van sekolah agama . HAHAHA .
Tergelak yer bila teringat kejadian tu ! Gelabah habis arwah kakak Tina pelik kenapa van sekolah tu tak berhenti depan rumah . Lepastu , kak Tina pulang ke Indonesia dan tak lama lepas tu kakak Tina meninggal dunia . Jadinya , Ain sempat tolong jaga kan diorang walaupun sekejap je . Teman diorang balik sekolah kebangsaan dan tengokkan makan tengah hari dan tunggu untuk diorang ke sekolah agama .
Tak lama lepas tu , Kakak Tini pun datang . Kakak Tini datang mengubah kisah hari - hari kita . Rasa seronok sangat ! Dapat la juga sesekali kitorang keluar ke pasar malam , ke pasar tani , ke mall . Begitu la kisah kehidupan dan akhirnya kakak Tini pun pulang ke Indonesia .
ini kisah : jalan jalan cari makan bersama kakak Tini
PKP PUN BERLAKU ! Bila banyak duduk dekat rumah , pergerakan pun semakin terbatas . Nak tak nak , kena morning walk pun di kawasan rumah je la . Lepastu Ain pula memang dalam misi nak menurunkan berat badan , jadinya Farisya la yang banyak teman kan ain memandangkan dia PDPR . Eh ada lagi , farisya juga antara orang yang selalu juga amekkan gambar kak Ain dia ni . KIHKIHKIH. Kak Ain dia ni gila bergambar !
Bukan itu sahaja , kadang - kadang waktu petang kitorang sama - sama sapu daun kering yang bertaburan dekat depan rumah . Begitu lah kisah kehidupan ain bersama teman kecil ku ! Hari ini hari ulang tahun Farisya !
baca juga : jangan perlekeh budak kelas belakang !
Kak Ain ni tak banyak duit nak celebrate tempat have have dan gaya potong kek style orang kayangan ! Jadinya kak Ain dedikasikan posting special ini di blog kak Ain je la yer ! Supaya ianya kekal menjadi kenangan yang terindah untuk risya ! Terima kasih sebab sudi jadi teman kecil kak Ain . Semoga Risya menjadi anak yang membahagiakan baba dan mama . Semoga impian dan cita - cita isya tercapai ! Semoga sentiasa ceria , gelak ketawa dan bahagia !
Isya , nanti dah besar jangan lupa kak Ain tau ! Hehehe . Happy sweet 12!
ada banyak lagi yang ain pernah tulis tentang kisah anak jiran ! klik sini untuk membaca