Zaman Sekarang Ni , Ada Lagi Ke Perempuan yang Tak Geli Basuh Ayam ?

 

sheisfarahain gotong royong membasuh ayam

Assalamualaikum . Teringat pula program gotong royong sempena Majlis Perjumpaan Perdana yang telah diadakan pada 16 Disember 2021 tempoh hari . Well , baru sekarang berkesempatan nak story story kisah lama . Kihkihkih . Kisahnya , masa gotong royong tu disebelah pagi . Ain memang suka kalau gotong royong ni sebab dari situ la boleh belajar resepi memasak dan petua memasak dari mak mak kejiranan disini . 

Untuk majlis tersebut diminta menyiapkan makanan untuk 100 orang . Memang perlukan kerjasama dari kejiranan disini untuk menyiapkan makanan . Seperti biasa , sebelah pagi kami akan bergotong royong menyiapkan lauk pauk . Sampai je ain di dewan KRT tersebut , nampak ayam mentah berplastik besar . Tengok macam makcik makcik yang lain tengah sibuk memotong bawang dan bahan bahan masakan yang lain , ain pun pergi lah ke 'port' siang ayam . Port siang ayam mestilah di kawasan yang dekat dengan sumber air .

Gambar ain tu ditangkap oleh makcik kejiranan disini , tangan kita dah bau ayam tak sempat nya nak bergambar uolls . Ain dah tangkap gambar siap siap sebelum menyiang ayam lagi . Bayangkan berapa puluh ekor ayam juga tu aku siang . Ain siang ayam bersama dengan seorang makcik .

Terfikir pula ehk zaman sekarang ni ada ke lagi perempuan yang tak geli membasuh ayam , kena siang ayam yang banyak macam gitu ? Tahu kenapa ain buat juga kerja kerja macam gitu ? Sebab masa ni la kita ketepikan status kita , ataupun pangkat dan perangai mengada ngada bajet diva kita tu . Masa ni la kita belajar buang ego kita . Buat kerja kerja geli macam gini . Siapa je yang sanggup nak buat gitu sampai satu badan bau ayam (HAHAHA).

Tapi dengan menolong dan membuat kerja kerja sebegini la ain lebih hidup bermasyarakat dan lebih pandai membawa diri . Maklumlah , ain tak ada rujukan di rumah . Semenjak arwah ibu meninggal , ain memang pandai pandai sendiri membawa diri . Salah satu nya dengan cara begini . Lagipun , ibu ibu kejiranan disini baik baik belaka . Jenis faham dah perangai ain yang kuat gelak ni . HAHAHA . 


Baca juga kisah : "Kak Ain Nak Sikit Hotspot"

4 ulasan:

  1. wow..dah blh cari calon ni..hihi

    BalasPadam
  2. kalau ammi setakat ni tak gelilah basuh ayam...jangan suruh basuh or pegang ikan keli sudah. Makan pun tak boleh.

    seronokkan duduk kat dapur beramai2...belajar macam2

    BalasPadam
  3. Ramai jer perempuan yg tak geli cuci ayam, Ain. Tapi, nak cari perempuan muda yg rajin bergaul dengan masyarakat ni, satu dalam seratus.

    BalasPadam
  4. Rindunya nak join aktiviti gotong-royong begini. Last basuh ayam banyak-banyak macam ni masa akikah anak saudara tahun 2018

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.