NAMPAK KECIK JE STOR TU , SEKALI DAH BUANG BARANG MAK OI KEMAIN BANYAK ! | Gitu la semangat nak raya , mesti la kena kemas rumah! . Ain ni pula sekarang sejenis tak suka tengok benda semak walaupun bukan la jenis terlampau pembersih , tapi kebersihan itu kan separuh dari iman . Itu la yang diajar oleh agama Islam.
Sebelum ini ain pernah je kongsikan tentang penyakit suka simpan barang lama di rumah , jenis manusia yang tak reti mengemas rumah dan tak reti nak buang barang-barang yang dah tak guna. Penyakit ni namanya hoarding disorder . Pernah ada satu filem thailand tajuknya Happy Old Year yang menayangkan tentang penyakit hoarding disorder ni . Wajib tengok ! Betapa banyak gila barang-barang yang tak dibuang dan dia kena kemas kan rumah nya untuk dapatkan kerja sebab dia nak buat home office .
Baca kisah penuh filem itu disini
Semenjak berlaku PKP dua tahun lepas , ain memang banyak gila membuang barang-barang lama . Barang -barang dari zaman belajar pun kalau masih ada tu , maksudnya memang ada la tu penyakit hoarding disorder ni . Bukan itu sahaja , melambak juga barang - barang dari ayah dan arwah ibu . Bayangkan la arwah ibu dah meninggal dari tahun 2013 . Tapi barang nya masih tak dibuang .
Jadinya , semalam ain tergerak hati nak membuka stor dan nak clear kan stor tu . Jadinya stor hanya letak barang-barang yang perlu sahaja. Barang yang memang dah tak pakai jawabnya buang la ke tempat tong sampah besar.
Mak oi , dah macam masuk gua rasanya! Dengan gelap , panas dan berhabuk! Satu persatu kotak ain keluarkan , pilih- pilih dengan cepat . Mana yang tak penting , terus buang . Barang ayah dan ibu banyak buku dan kertas- kertas . Sebab arwah ibu dulu banyak kerja kerja office yang dilakukan , manakala ayah pula kerja dalam ukur tanah jadinya banyak la pelan - pelan , serta project proposal dalam stor tu . Tips kemas barang lama , jangan ada perasaan sayang dan "nanti - nanti nak guna lagi tu" . Jawabnya memang tak akan buang la nanti barang nya tu.
Lagi , ada juga koleksi cd cetak rompak zaman muda -muda dulu kan jenis suka beli dekat pasar malam yang harga nya dulu 3 RM 10 tu kan . Sekarang , mana lagi orang pakai cd ! Buang buang buang ! Baju - baju dan pakaian yang arwah ibu punya dari dulu lagi ain dah kasi dekat orang , jadinya memang trip membuang barang kali ni tak ada la.
Cuba tengok gambar stornya kecik je ! Bawah tangga ! Tapi , barang yang terbuang tu semua dari dalam stor . Mak oi ! Dasyat ehk boleh terkumpul gitu . Lega rasanya dah dapat buang barang - barang lama. Stor pun dah bersih jadi boleh letak barang - barang toolbox ayah , dan barang - barang yang perlu diletak dalam stor sahaja .
Ingat yer , stor bukan tempat kepam barang lama ~ Buang la ! Jangan biar rumah kita sampai berhabuk , panas sebab terlampau banyak barang yang tak dibuang .
Okay lah , selamat menyambut hari raya gais ~ Tahun ni ain raya di KL dan Melaka . Korang raya mana je tahun ni ?
Rumah saya ni kalau ada stor tak taulah isi apa sebab ni pun barang dah banyak. Seronok tau sesi buang barang lama ni, tapi hati kena kental
BalasPadam