Kisah Bendi Dan Asam Pedas Di Pasar

 

asam pedas ayam

Assalamualaikum . Tergelak pula bila teringat perbualan di pasar petang tadi . Kisahnya ain ni kan masak jenis sikit sikit je kan , jadi nya kalau nak masak baru membeli sayur . Terasa nak masak asam pedas tapi menggunakan perencah asam pedas , jadinya nak topup bendi je la memandangkan memang hantu meratah bendi . Hehehe .

Sampai je di pasar mini Q & Q , terus ke bahagian sayur dan nampak seorang makcik ni tengah pilih bendi . Dalam hati ni berkata , "makcik ni tak perasan ke aku tengah bagi hint nak pilih bendi jugak " . Mungkin dia tak perasan sebab aku kat belakang dia , jadi aku pun pergi la kat sebelah dia mendekatkan sikit diri ni supaya makcik tu sedar kewujudan aku disitu . Makcik tu pun cakap "awak nak pilih bendi juga yer ?" . HAAAA , NASIB MAKCIK NI PERASAN . HAHAHA . Ain jawab "aah yer betul " . Aku pula teramah tanya "makcik nak masak apa nanti?" . Makcik tu jawab "asam pedas" EH SAMA PULA MENU MASAKAN KITA! HAHAHAH .

bendi muda


Makcik tu cakap lagi "makcik suka pilih yang pendek pendek ni , awak suka potong dua yer untuk masak nanti?" . AAH .. 

Maka tamat lah perbualan bendi dan asam pedas  .

*Kesimpulannya , a small conversation sometime can make your day memorable~~


Nak tahu lebih banyak resepi masakan ? KLIK DI SINI 

Zaman Sekarang Ni , Ada Lagi Ke Perempuan yang Tak Geli Basuh Ayam ?

 

sheisfarahain gotong royong membasuh ayam

Assalamualaikum . Teringat pula program gotong royong sempena Majlis Perjumpaan Perdana yang telah diadakan pada 16 Disember 2021 tempoh hari . Well , baru sekarang berkesempatan nak story story kisah lama . Kihkihkih . Kisahnya , masa gotong royong tu disebelah pagi . Ain memang suka kalau gotong royong ni sebab dari situ la boleh belajar resepi memasak dan petua memasak dari mak mak kejiranan disini . 

Untuk majlis tersebut diminta menyiapkan makanan untuk 100 orang . Memang perlukan kerjasama dari kejiranan disini untuk menyiapkan makanan . Seperti biasa , sebelah pagi kami akan bergotong royong menyiapkan lauk pauk . Sampai je ain di dewan KRT tersebut , nampak ayam mentah berplastik besar . Tengok macam makcik makcik yang lain tengah sibuk memotong bawang dan bahan bahan masakan yang lain , ain pun pergi lah ke 'port' siang ayam . Port siang ayam mestilah di kawasan yang dekat dengan sumber air .

Gambar ain tu ditangkap oleh makcik kejiranan disini , tangan kita dah bau ayam tak sempat nya nak bergambar uolls . Ain dah tangkap gambar siap siap sebelum menyiang ayam lagi . Bayangkan berapa puluh ekor ayam juga tu aku siang . Ain siang ayam bersama dengan seorang makcik .

Terfikir pula ehk zaman sekarang ni ada ke lagi perempuan yang tak geli membasuh ayam , kena siang ayam yang banyak macam gitu ? Tahu kenapa ain buat juga kerja kerja macam gitu ? Sebab masa ni la kita ketepikan status kita , ataupun pangkat dan perangai mengada ngada bajet diva kita tu . Masa ni la kita belajar buang ego kita . Buat kerja kerja geli macam gini . Siapa je yang sanggup nak buat gitu sampai satu badan bau ayam (HAHAHA).

Tapi dengan menolong dan membuat kerja kerja sebegini la ain lebih hidup bermasyarakat dan lebih pandai membawa diri . Maklumlah , ain tak ada rujukan di rumah . Semenjak arwah ibu meninggal , ain memang pandai pandai sendiri membawa diri . Salah satu nya dengan cara begini . Lagipun , ibu ibu kejiranan disini baik baik belaka . Jenis faham dah perangai ain yang kuat gelak ni . HAHAHA . 


Baca juga kisah : "Kak Ain Nak Sikit Hotspot"