9 Hari 8 Malam , Aku Pergi Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia

9 Hari 8 Malam , Aku Pergi Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia | Assalamualaikum . Dah tahun 2022 baru nak story story yer kisah yang berlaku pada 12 - 20 november 2021 . Sepanjang 9 hari 8 malam , aku mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan


Program tersebut diberi nama Jelajah Johor BMX Ungkal 2021 Cuti Cuti Malaysia . Iya , kami jelajah hampir ke setiap pelusuk dan daerah di negeri Johor . Tapi , aku tak la naik basikal bmx . Aku naik kereta . Aku ditugaskan untuk membuat tugas tugas media digital Saya Di Johor .


Jadinya , ayuh la ain kongsikan pengalaman sepanjang 9 hari 8 malam tu yer . Banyak kenangan suka dan duka berlaku . Biasala ada juga duka nya mana ada hari hari kita semuanya indah kan . Berjumpa ramai orang dan setiap hari pasti banyak pengalaman dan memori yang terkumpul . Makanya . ayuhla kita lontarkan setiap kenangan tersebut di blog akuainkausiapa ini kan . Hehehe . 

sheisfarahain jelajah johor



Pada mulanya bila mendapat tawaran sebagai media  , Ain macam rasa best nya . Iya lah , bila lagi nak merasa peluang jelajah pusing satu Johor kan . Iyala , buat kerja buat kerja juga tapi berjalan tu yang best . Sebabnya ain memang jenis aktif tak suka duduk diam dan tak suka kerja kerja di office gitu . Lebih suka kerja luar dan berjumpa dengan orang ramai . 

Ini merupakan trip paling lama dan panjang ain selama dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan . Kolaborasi pertama ain bersama dengan pihak Tourism Malaysia ialah pada tahun 2019 iaitu pada kempen Visit Melaka 2019 . Pada ketika itu ada program Surfcasting Tour (Program Memancing) . Kebiasaannya , kalau ada program di tempat tersebut , akan ada juga tambahan itinerary seperti hotel inspection , food review , serta product update . 

Jadinya , bila Ain ikut program bersama dengan Tourism Malaysia ni secara tak langsung juga akan buat review - review produk serta pakej perlancongan yang lain . Tak terlepas juga untuk program Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia . So , dah nama pun 9 hari 8 malam kan , jadinya entri ain kali ini akan bersambung sambung la yer . HEHEHHE ..

sijil jelajah johor bmx ungkal



*Sehari sebelum nak bergerak tu , alahai punya la pening head nak kemas baju ya . Sebabnya kita berjalan sambil buat kerja . Pakaian kena la jaga juga sebabnya itukan kira protokol dan etika bekerja kan . Teringat pula ada kawan blogger yang namanya Reef Omar 😉 pernah kongsi , dia cakap kena la jaga imej dan pakaian walaupun kita ni blogger / freelance apabila ke event atau review . So , benda ni yang mesti di take note ~ 

Call time pukul 6 pagi kot kalau tak silap. Kami diminta berkumpul di Menara Jland nanti akan ada travel agent yang pick up . Kenapa call time awal pagi ? Sebabnya first daerah bermulanya program ialah di Stadium Pontian . Jadinya kami harus bergerak awal dari Johor Bahru untuk sampai ke Pontian . Awal sampai tak kalut . Heheheh..


Bersambung ~~~ Di Pontian la sesi flag off berlangsung dan menuju ke .....

Baca juga kisah lain :