PROGRAM CSR & MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA THE PUTERI PACIFIC JOHOR BAHRU


Hai , nak cerita satu program CSR & sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh The Puteri Pacific Hotel JB. Walaupun raya dah lama tamat, kita throwback sikit la yer. Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Julai 2018 pada hari Jumaat.

Alhamdulilah, event tersebut sangat meriah. Wakil team JDT Blogger yang hadir ialah Ain , Sis Lin , Sunnah , Kak Seri , Kak Mia





Ain sebenarnya masih terasa sebak bila melihat anak-anak yatim tu. Diorang makan je apa yang diberikan oleh pihak hotel. Ain ni kadang memilih, kuih-kuih “orang tua” tradisional ain memang jarang makan, tapi budak-budak tu makan sampai habis๐Ÿ˜ญ.





Bila teringat balik , Ain patut rasa bersyukur masih boleh pilih memilih bab makan. Sedangkan diorang apa yang ada di depan mata , mereka terima seadanya.Nama pun budak-budak , kemain meriah nengok diorang makan. Yang pasti sosej dan nugget komfom cepat habis. Hahaha.

Paling sedap , of course ler Spageti carbonara dia. Ain dah pernah try masa preview buffet ramadhan. Ain sangat recommend korang untuk rasa sendiri spageti carbonara dari The Puteri Pacific JB ni.




Semoga anak-anak tersebut menjadi anak-anak yang soleh dan soleheh. Terima kasih kepada pihak hotel The Puteri Pacific JB kerana sudi menjemput kami team JDT Blogger. Semoga dapat kita berjumpa lagi pada raya tahun hadapan. ๐Ÿ’•

KONVO TAK JADI



Waktu aku menaip cerita ni, aku masih terbayang lagi saat tu. Yes, aku datang konvo dua kali tapi hanya satu ijazah! . Pelik kan... kauu sabar jap bagi aku habis cerita.

Siapa tak seronok, siapa tak happy bila dapat konvo kan? Aku? Happy tapi kisah paling tragis la yang pernah aku alami.
aku yang create group whatsapp convo 2013


Aku sepatutnya konvo pada 18 November 2013. Tapi, Allah tidak mengizinkan. Padahal aku dah siap ambil jubah dah semua.Aku yang create group whatsapp kawan-kawan yang datang konvo end up aku yang tak datang. Fuh, berat betul weh ujian Allah tu.

Nak tau ? 17 November 2013 tarikh tu sebenarnya ibu pergi. Yer! ibu aku meninggal sehari sebelum aku konvo. Masa ambil jubah beberapa hari sebelum tu, aku sebenarnya memang dah rasa tak sedap hati.
aku rindu sebenarnya senyuman ini

Tup tup.. haaa kauu.. tak yah lah nak cerita macam mana aku nangis tak percaya ibu aku dah tak ada waktu tu. Ayat akhir dia pada aku ,”Ibu mintak maaf, ibu tak dapat datang konvo ain”.

Dia lah orang yang paling excited nak tengok aku konvo. Dari sekolah lagi aku ingat tentang ini. Dulu-dulu, Aku selalu teman ibu pergi kedai Cherryland (kedai cenderahati) dekat Plaza Angsana Johor Bahru. Aku nampak satu teddy bear konvo yang comel .”Ibu, Ain nak ni boleh?”. Ibu aku jawab,”Nanti ain dah konvo lah baru boleh ibu bagi”. Tapi, hajat tu tak kesampaian.

cuba tengok senyuman aku yang dulu dan yang masa ni . pre-convo 2014



diorang ni lah yang buat aku comeback semula dengan blog. Syiera & Lienda


Aku nak ucap terima kasih dekat geng-geng Bizmark BM220 Uitm Kedah. Sebab diorang aku datang balik konvo. “Jomla ain konvo dengan kitorang”. By the way , geng-geng aku banyak yang konvo tahun 2014 ni. Tu yang rasa seronok gila.


Yes! Aku repeat konvo. Hahaha. Orang repeat sebab fail subjek, aku repeat konvo siot! Alhamdulilah, Uitm bagi free je sebab aku tak datang konvo sesi lepas dan dah pun bayar. Cuma kena buat surat la dan aku punya angka giliran special sedikit dekat belakang tu ada tulis T (tumpang).

since kitorang yang last day konvo , hamek kau dalam dewan boleh dok sepah kerusi amek gambar


Nama aku pun tak ada dalam buku senarai sebab dah ada tulis dekat buku sebelum ni. Abang aku cakap “nak bunga tak ?” . Aku cakap “Tak apa la,membazir je pastu bunga tu layu gak”. “Eh tak boleh lah macam tu, jomlah cari kejap”. So, beli la bunga yang siap ada teddy bear konvo tu sekali.


Tembam gila pipi aku weh. Sebab aku sedih gila masa ni tu kes makan je.

Sebenarnya aku sedih bila tengok teddy bear konvo tu. Sebab ibu yang patut bagi teddy bear tu dekat ain. ๐Ÿ˜ญ Tapi... itulah..Tak apa ibu, ain dah janji tak akan pernah give up macam ibu. Ibu kuat , ain pun kuat macam ibu kan.

Tula teddy bear konvo tu.

Janji ain pada ibu, “nak jumpa dekat syurga!” That is my promise to you. Semoga ibu bahagia disana.๐Ÿ’•

Al-Fatihah untuk ibu yang tersayang,
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959 - 17 November 2013

Blog List Segment - August Edition by DA

Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA
klik sini untuk join. ain join last minit ni. hari ni last.:)

GRILLED SEAWEED BIG BANG TAO KAE NOI



Haritu ain dah cerita kan seaweed giant tu, kebetulan hari jumaat lepas ke Tesco Bukit Indah , Johor Bahru beli barang dapur. Tetiba benda alah seaweed ni boleh ada dekat dalam troli. Kihkihkih. Tetiba kata kau.

Abang ain kata ada promosi. ๐Ÿ˜‚ Layan kan jela. Sikit-sikit dia ngap. Yang ni besar woi, puas hati makan. Ada dalam komen ini sebelum ni tanya, “makan gitu je ke or makan dengan sushi?”


Jawapan ain “makan gitu je la”๐Ÿคค. Sushi cerita bab lain yer! Beli je terus. Hahahaha. Tak ada  masa la nak buat sushi sendiri. Kihkihkih.

MAKAN DURIAN KAMPUNG

Ahad yang lepas , Ain ke kampung Rengit , Batu Pahat. Ada urusan sedikit. Kepala otak memang dah set dah sampai kampung mesti kena cari durian ni. Yelah, dekat JB orang jual durian mahal. Maklumlah di bandar kan harga mana sama.



Alhamdulilah, rezeki Ain dapat bedal durian kampung yang dari kebun tau. Tanam sendiri bukan beli. Dapat tapau kemain banyak siap bagi jiran sebelah dengan kawan-kawan lagi.

Walaupun masa tu tekak masih lagi batuk-batuk, tapi ain tetap bedal juga. Lepas geram orang kata. Dapat sekali dengan buah rambutan.

A post shared by MALAYSIA FOOD ENTERTAINMENT๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@awakmakanape) on

Happy betul bila balik JB kereta bau durian๐Ÿ˜‚ Alhamdulilah, rezeki Allah bagi free je boleh lepas geram makan durian.

BILA PEREMPUAN MAIN FUTSAL


Aku buat throwback ,yang ni cerita tahun 2017. Tahun lepas, Alhamdulilah aku berkesempatan ke negeri Sabah. Kali ni aku pergi dengan beberapa orang team.

Geng aku si shikin ni memang gila sport, main futsal. Aku pulak nampak je boyish tapi aku tak suka permainan sukan yang sepak-menyepak ni. Kalau main netball aku suka gila. Walaupun ketot, hahaha tapi aku power main GD (goal defence).


So, kenalan dari Sabah cakap jom kita main suka-suka tapi team perempuan je kali ni. Mak oi. Kau rasa tak kelaut aku waktu tu. Main pula dengan team yang power hari-hari train. Hahaha. Dekat court kiri kanan pun ada lelaki yang tengah on match. Pehhh, lagi la malu kan. Perangai gegurls i tetiba terkeluar .๐Ÿ˜œ




Aku memang totally kaki bangku main kejap je pastu kasi kat diorang main. Kitorang campur-campur team. Eh, team yang aku join menang pula tu. Tapi ain tak sumbang apa-apa lah๐Ÿ˜‚


Seronok bila tengok balik gambar-gambar ni.Bambam betul badan kita masa ni.๐Ÿ˜‚ Sekarang alhamdulilah makin turun berat badan. Doakan ain semakin kurus dan kurus lagi ehk๐Ÿค™๐Ÿป

MAKAN PIZZA HUT BERJEMAAH!



Kalau pergi makan ramai-ramai, Ain memang paling suka tengok menu yang ber set. Pada ain itu lah kepuasan dan kenikmatan yang sebenar bila makan ramai-ramai.


A post shared by MALAYSIA FOOD ENTERTAINMENT๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@awakmakanape) on

Kitorang pilih 4 jenis air yang berbeza


Sebab dari kecil lagi, arwah ibu memang ajar Ain makan kongsi-kongsi. So, benda tu dah sebati dalam diri ain. Bila kita makan share sikit-sikit kan lagi best dapat rasa sorang sikit.

garlic bread
So, dah lama pula tak ke Pizza Hut. Makanya petang hari khamis lepas, Ain pun pergi lah mencekik. Kihkihkih. I dont know why, kalau pergi mana-mana kedai makan, i have the power on selecting the food.
yang ni sedap woi rasa macam makan kacang pool.tiber.hahaha.

4 mushroom soup cicah dengan garlic bread


Tau lah kita ni kuat makan ๐Ÿ˜‚. Hahaha. So, kitorang decide untuk pilih set 4 orang ni. Fuh kenyang woi. Aiskrim tu ain memang tak larat nak habiskan. Siap bawa balik ke rumah masuk peti ais.

4 aiskrim kitorang dapat (2 coklat & 2 strawberry)

Dahla tekak masih belum betul-betul okay. Tapi, rezeki Allah nak bagi kan. Alhamdulilah, bersyukur sangat. Kalau korang datang ke Pizza Hut , pizza apa kegemaran korang yer? ๐Ÿคค

CRISPY HOT & SPICY SEAWEED GIANT


Korang peminat seaweed? Ya ampun, Ain peminat teroksszz. Mula meminati seaweed ni start dari tengok kisah sebenar filem “The Billionaire” Top.

Cerita tu macam mana Top bangunkan jenama seaweed Tao Kae Noi. Ain rasa kalau korang selalu pergi 7eleven komfom selalu jumpa brand ni. Sedap woi...


Tapi harga dia quite mahal lah dengan kuantiti yang ada. Hahaha. Makanya, kita carilah alternatif lain kan.Tup tup ternampak dekat Giant.


Murah lagi kau!!!! Dengan kuantiti dia lagi banyak. Rasa sedap je! Memang kalau singgah Giant macam wajib kena beli la. Hahaha. Mula-mula dulu macam “euww apa seh orang makan benda gituww, macam geli je” . Haaa, sekarang dah ketagih! Hahaha.

GADGETS WORLD 666 : PORT CARI BARANG GADGET TERBAIK


Ain rasa tak perlu lagi mewar-warkan jenama Gadget World 666 ni. Sebab brand ni dah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Kenapa Ain nak up posting di blog ni? Sebab Ain suka betul PR iaitu layanan staff dia kepada customer. Bukan sekali tapi dah banyak kali jugak Ain beli barang-barang macam kabel ipad, iphone charger, casing.

First time ain pergi dekat cawangan Bandar Baru Uda, Johor Bahru , layanan dorang tiptop. Ain suka cara anak-anak muda tu melayan. Sempoi sangat. Baru-baru ni Ain pergi ke cawangan di Kilang Bateri, Tampoi. Sebab cable untuk charge broadband hilang. Hahaha.


Rasanya hilang dalam rumah. Mungkin tersalah letak. Singgah la cari. Layanan dekat cawangan ni pun tiptop. Siap dorang try cuba dulu sampai rasa puas hati baru terus bayar.

So far, Ain memang recommend lah kepada korang yang berada di sekitar Johor Bahru nak cari benda-benda gadget ni. Pergi jelah terjah dekat situ. Kepada yang duduk di negeri lain tu boleh je search kat mana cawangan yang ada dekat dengan tempat korang itu.


Gadget World 666
facebook : GadgetsWorld666
instagram : @gadgetsworld666

JATUH SAKIT

Betul lah orang kata, kalau jarang sakit, bila jatuh sakit... Haa betul-betul lemah kau. This is happen to me right now. 

bubur ayam mcd ni je mampu telan.

Start dengan batuk-batuk, sakit tekak. Nak makan pun dah tak ada selera sangat. Huwaa, tak best betul tak ada selera makan ni. ๐Ÿ˜‚


Badan pun dah start rasa nak demam juga. Insyallah dua tiga hari tu baik la. Its time for me to take some rest. ๐Ÿ˜ Doakan ain cepat sembuh yer! Nak kembali cergas dan bertindak aktif semula. Tiberr.๐Ÿ˜œ

DOMINOS PIZZA RM5.90 JER!

Konon nak singgah Maybank kejap je, abang aku ni mudah terpedaya pulak dengan budak-budak Dominos Pizza depan Maybank ni.


“RM5.90 jerrr” . Aku tengah dok kalut-kalut cari no akaun dekat phone masa nak beratur tu, dia boleh pula tanya “nak tak ain pizza tu?” . “Ala kita tanya la berapa harga dia”๐Ÿ™„ . (aku dah masak kot kat rumah citer dia kan) . Abang aku tambah lagi “ala, tekak kan tengah tak sedap buat-buat rasa je” ๐Ÿ˜‚

Fine ! Lepas dah settle keluar je terus tanya pizza apa yang ada. Lepas dah beli tu dalam kereta dia cakap ,”ikutkan nak beli dua kotak”. Hahaha. Sabar je la kan!


Dapatlah merasa seorang dua slice. Kebetulan kat rumah ada balance chili flakes makan sekali dengan pizza tu๐Ÿ•