Cerita ini bersambung dari Pengalaman pertama kali ain bermain ATV, seharian kami di Safari Park Bukit Gambang. Selama ni ain ingat Bukit Gambang Resort City ni hanya ada waterpark je, tapi rupanya ada sekali Safari Park.
Bestnya safari park ni dibuka sampai malam sebab ada Night Jungle woi. Bukan itu sahaja, siap ada Persembahan Abang Api dan Tarsan sekali. Kalau korang nak tau, daripada Coco Beach yang terdapat di Waterpark tu, korang boleh nampak tram turun dan naik.
Ain perasan masa tu, terus tanya Sis Lin “Itu apa ehk?”, Rupanya tu lah laluan untuk ke Safari Park. Besar woi. Binatang pun banyak sangat yang pelik-pelik lah. Hahahah. Nak nyebut pun ada yang tergeliat lidah. Tapi babi hutan laju je lah sebut๐คช.
So selepas ain dah berpeluh-peluh main ATV, kitorang tengok Predator Show. Persembahan ni korang boleh nampak lah haiwan-haiwan ganas seperti burung helang, harimau berenang pun ada dan paling comel ialah landak keluar dari lubang kecik. Comel woi sampai ada budak-budak sekolah nak terkam dekat-dekat. Hahaha.
Selepas itu, kami terus makan di Simba Hill Gourmet Hall siap nengok singa lagi kau. Lepas perut dah kenyang, kita bakar lemak berjalan ke Night Jungle dan tibalah malam pesta muda mudi yang dinantikan. Tadaaaa... persembahan Abang Api dan Tarsan.
Persembahan Abang Api ni nama dia African Yabara Fire Show. Ain siap duduk paling depan lagi konon nak tengok betul-betul la macam mana dia telan api tu๐คฃ.Duduk pulak sebelah Sis Lin, haaa tepukkk๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ Hahahaha
Penutup seharian kami di Safari Park ialah dengan persembahan Tarsan. Memang terbaik lah enjoy betul. Sempat kami tangkap gambar dengan semua yang membuat persembahan. Kami sangat terhibur dan kanak-kanak pun betul-betul seronok dengan persembahan Tarsan ni.
So, korang nak ke nak rasa pengalaman kami geng JDT Blogger di Safari Park ni? Tanya ain cepat macam mana nak dapat pakej harga kasih sayang.. PM je dekat Facebook Farahain Zfa atau DM dekat Instagram @farahainzfa. ๐
Kalo duk sebelah sis lin..memang haaaa tepukkk
BalasPadamHahahahaah...ada juga sekeping gambo i, nasib baik nampak kurus hahahaha..
BalasPadamEh tak habs lagi ek cite BGRC ni , bagus laa ko Ain, promo habis, nnti payung hakak sekali tau hehehehehe
best kan gi ramai2 safari park ni.. meriah.. ngan show2 tu lagi.. abam api & abam tarsan.. budak2 pun enjoy..
BalasPadamMenarik rupanya Safari Park dia.. Kalau bawa anak-anak nie memang best..
BalasPadambertuah dapat terokai safari bukit gambang macam2 binatang ada tu
BalasPadam