tabik spirng dekat diorang sebab memang animal lovers betul |
Kalau korang dah baca cerita ain Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang, pada hari kedua ain cuba sendiri bawak ATV. Fuh, itu la first time ain bawak ATV. Memang gelabah woi.
yang ni masa first trial dekat active academy |
Tapi, ain dah cuba first trial masa pagi. Masa pagi ni kita ada sekali aktiviti memanah, painting shooting. Jadi, mula-mula ain menggigil jugak tapi follow je arahan abang yang mengajar tu.
nampak tak aku seketul je gegurl.hahaha |
Antaranya dia cakap , jangan sesekali turunkan kaki dari ATV tu, dekat mana nak start kalau mati enjin, nak tekan minyak dekat mana dan tekan brek. Basically itu je ain ingat. So, trial ni kita cuba 3 lap. Track dia lagi mencabar sebab naik bukit turun bukit.
Tapi lagi mencabar ialah ATV Safari Adventure. Fuh! Mula-mula offer untuk geng lelaki je, tapi tetiba ada kosong eh ain dengan cepatnya terus ON! 🤣 Padahal penakut nak mampus bawak benda tu. Tapi salah seorang crew wanita tu cakap “best akak dapat cuba ni komfom akak enjoy”.
tempat warm up atv |
So, mula-mula kita kena warm up dulu panaskan enjin. Yes, ain memang bawak lembab nak mampus,tapi janji selamat tu yang penting kan. Hahaha. Bila dah warmup terus kita semua bergerak.
haa,besar gabak betul buaya tu.hahhaa |
Dalam hati dah dup dap dup dap sebab risau gak kena terkam dengan binatang kan. Kita ni bukannya pencinta binatang sangat. Hahaha. Haa, bermula lah adventure nya disini....
ostrich poyo tuuu lahh diaa. |
Dalam banyak-banyak haiwan yang paling poyo tu haaa si Ostrich tuh. Dia dah bagi salam perkenalan awal-awal so crew ranger tu suruh kami cepat-cepat blah sebab nanti dia libas tak jadi apa terus kang. hahaha. Sebab seorang ranger tu dah pernah kena, so diorang dah sangat familiar dengan perangai binatang tu semacam je kan. Ostrich tu jadi gitu sebab pasangan dia tak ada. Tengah breeding. Tu yang dia poyo semacam.🐵
So far binatang-binatang lain semuanya okay. Diorang cakap setahun diorang cuba jinakkan binatang tu dan hari-hari diorang lalu track tu untuk buat binatang tu tak bertindak ganas. Bukan itu sahaja, team ranger ni diorang memang 💯 tahu tentang binatang kat situ dan cara diorang bercerita sangat jelas. Diorang ni memang kategori animal lovers betul.
Overall, pada ain ini satu pengalaman yang sangat bernilai di Bukit Gambang. Serius, kalau korang datang sini, ain sangat recommend kan korang untuk cuba sendiri bawa ATV ni. Naik tram tuh best jugak cuma yang ni memang “fight your fear” kata nya.
So, kalau korang nak challenge keberanian korang datang lah ke sini dan feel it. Ain ni penakut woi serius tau, but i fight that fear dan alhamdulilah, i feel so happy with this moment.👏🏼
6 Ulasan
Bertuah laaa Ain, bkn senang nak dpt pngalaman ni tau
BalasPadambestnya ain dapat naik ATV kat safari tu.. kalau akak dapat peluang next time mmg nak naik jugak..
BalasPadamTau xpe, tang yg burung ostrich tu oii ganeh nak mamposs tp poyo hahahaha..
BalasPadamAda ke dia gigit getah tram pastu bila kita blah dia buat muka macam Uyul kena tnggal gan Faizi hahahahaha ko ngase cmne ngupe dia???
Salam kenal Farahain.. Selamat Hari Raya Aidiladha LZ ucapkan..
BalasPadamWah hebatlah pandai Ain bawa ATV.. Pengalaman semua tu..
Sis Lin nya komen..tak leh blaa....tapi betul..ostrich tu memang kelako gilakk..adeh, nantikan aku up muka dia...ahahahahah~
BalasPadamAku selit entri kau kt entri aku nanti tau..hheehee...tahniahhhh, ko fight that fear !
Chaiyyokkk ~
Waah best!
BalasPadamBlog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.