GENG PENGAWAS SAYA DAH KAHWIN

GENG PENGAWAS SAYA DAH KAHWIN

aku ain kau siapa
The craziness of budak-budak Bandar Baru Uda

Aku pernah up kisah zaman sekolah aku yang dulu, iaitu tentang Kisah Seorang Pengawas dan Rakan-rakanya. Kalau terlupa, silakan tekan dan baca dulu. Hehehe. Geng pengawas kita ada tiga orang. Ain , Mye dan Tasya. Mye dah kahwin pun pada 18.8.18 haritu. Itu pun aku ada tulis tentang hari perkahwinannya. Tekan sini untuk membaca..
aku ain kau siapa
Tasya dan husband nya.

Anyway, Tasya selamat dah pun menjadi isteri orang pada hari Jumaat 30 November. Tapi aku tak dapat datang time dia nikah. Aku sampai Shah Alam pun dah malam. Datang rumah dia singgah jumpa dia sebab nak pinjam toto. Kahkahkah. Borak-borak kejap je. Aku banyak spent time dengan Najihah. Ala, kawan baik yang tidak diiktiraf tu. Hahaha. Semua pasal kawan baik aku canang dalam blog. Hey, inikan blog akuainkausiapa. "A diary of my life" 😜 So tak salah la kan aku show off sket kengkawan aku. Kahkahkah.
aku ain kau siapa
Geng 6 Nilam , SKBU2

aku ain kau siapa
Martini , Najihah , Natasya dan saya Farahain

So, 1 Disember nya tarikh majlis. Kitorang datang dalam pukul 12 gitu. Yer,memang awal. Time tu si Tasya pun dah bersanding woi. Kau rasa? Awal giler kan. Lagipun aku memang rushing nak balik ke JB. Nasib la dapat jumpa kengkawan yang lain. Cuma tak dapat jumpa Mye je. Makan-makan , borak borak pastu terus ambil gambar. Chow! Hahaha.

Peh, diorang kahwin pada tahun yang sama. Berpakat ke apa ni? Hahaha. Itulah orang kata jodoh kan. Jodoh Ain kita tak tahu pulak bila kan. Kahkahkahkah😸 Oh ,by the way aku happy sangat walaupun dapat jumpa kejap je. Dapat satukan geng 6 Nilam SKBU2 dan geng Cerdas1 SMKBBU. Ceritanya aku dah sekelas dengan Tasya masa darjah 6 lagi. Time tu dia baru pindah ke JB. Nak jadi cerita , Tasya rapat dengan Giha dan Martini. Aku tak rapat pun dengan diorang. Aku dengan geng lain waktu tu. Hahaha. Aku DM Instagram Martini cakap Tasya nak kahwin. Blah blah tukar nombor telefon dan akhirnya selepas 15 tahun kita berjumpa semula. Habis cerita 6 Nilam.  
aku ain kau siapa
Weee,, semua happy dan senyum je.

Cerita geng Cerdas 1 bersambung bila aku start rapat dengan Tasya. Tasya duduk sebelah Mye. Aku ni kira orang ketiga jugak lah merampas bestfriend orang. Hahahaha. Kalau ingat balik, aku ni banyak sailang member baik orang.OMG! 😂 Lepastu dengan Amirah pulak sebab aku, Mye dan Mira masa zaman sekolah , kalau nak pergi bandar JB naik bas. Mak mira akan pick up aku dengan Mye pastu hantar dekat Uda bawah (orang uda panggil) jenjalan lah kitorang waktu tu. Mira ni budak paling pandai dekat sekolah tu. Dia pernah sound aku sebab waktu tu time nak exam, aku ni belajar main-main."Ain , kau tak boleh ke nak duduk tempat kau, pergi baca buku?" Hahaha. Sorry mira, aku ternganjing kau dekat sini. Mira dia sangat outspoken. Kalau dia tak suka, she will speak out. Hahaha. Tapi sekarang dah ada anak, nampak lah sifat keibuan dia tu. Oh, gais.. Anak dia hensem weh. Mampus aku crush dekat anak dia.😂😂 Hahahaha. By the way, time sekolah dulu, Aku ni bersyukur sebab kengkawan aku ramai yang geng pandai dan budak belajar. So, secara tak langsung tempias pandai tuh terkena lah dekat aku.😆 
aku ain kau siapa
Ain & Najihah

Then, Atiah Mahtar pulak geng gelak kuat dekat kelas tu. Aku dedulu tak ada la rapat sangat dengan dia. Tapi , dia jenis easy going. Senang diajak kemana-mana. Oh, geng karoks. Dah bergabung , aku, giha dengan tiah ni mampus bergegar lah. Hahaha. Itu belum dengar kitorang gelak bersepah. Habis orang pandang badi. Hahaha. Gais, maybe we can have a gegirl trips before aku kahwin? Eh before Tiah kahwin. Hahaha, cun gak kan. Travel dalam Malaysia je dulu. Bak kata Giha.😜

Hoi, Ain... Kau ni nak tulis pasal Tasya kahwin je kan? Apasal meleret sampai benda lain. Kbai! Hahaha. Itu je nak cerita. Kisah kelam kabut Ain dari Johor Bahru- Shah Alam.

Sekian melaporkan dari bilik berita Bandar Baru Uda.-Nur Farahain-😍