KAWAN BAIK YANG TIDAK DIIKTIRAF - Aku Ain Kau Siapa

Monday, September 24, 2018

KAWAN BAIK YANG TIDAK DIIKTIRAF

Peh baca tajuk je nampak macam gempak gila kan? Hahaha. Sabar jap! Baca bagi habis please wahai pembaca blog Ain. Kali ini Ain nak cerita tentang seorang kawan yang aku kenal dia since sekolah rendah membawak sampai ke sekolah teknik.

Aku start rapat dengan dia masa semenjak aku turun kelas. Tulah Ain kau meriak sangat sedap duduk kelas pertama, tiba darjah 4 kau jatuh kelas ketiga terus. Tapi masa darjah 3 lagi aku dah rasa macam “pergi mampus nak belajar betul-betul” sebab aku rasa nyampah duduk dalam kalangan budak-budak belajar. Bila duduk kelas pertama cikgu asyik pressure je weh.

Sebab tu aku macam tak nyesal pun turun kelas tapi first day masa darjah 4 tuh nak masuk kelas Nilam pun kaki macam nak tak nak gak. Dah kata kan tadi perasaan bangga budak kelas first masih ada lagi. Tak sedar diri dah turun kelas. Hahaha.

Okay, ni part best. Ingatkan masuk kelas Nilam best la. Sekali kena pulau siot. Dorang macam nak tak nak je kawan dengan aku. Sampailah si Najihah ni dia cakap “kenapa korang nak pulaukan dia? Dia kan dari kelas pandai, kita belajar lah dengan dia”.
Start tu aku macam “weh ada juga penyelamat datang". Hahaha. Tapi darjah 4 aku gitu-gitu je dengan dia. Najihah cakap aku kan sombong. Tapi aku kena mengaku la aku sombong pon. Sebab time tu aku ada bestfriend. Darjah 5 lak aku naik kelas kedua. Riak dan sombong tu datang balik lah dalam diri aku.

Darjah 6 aku turun balik kelas Nilam. Padan muka aku. Siapa suruh aku sombong lagi. Hahahaha. Aku jumpa balik Najihah. Again, dia yang angkut aku lagi kenalkan dengan geng-geng kelas dia.

Korang faham tak perasaan macam mana bila turun kelas pastu nak kena sesuaikan diri dengan kelas tu? Memang bukan senang. Tapi aku bersyukur si Najihah ni banyak mengajar aku sebenarnya. Tapi rapat-rapat gitu je. Sebab aku dapat kawan baik time tuh.

Membawak sampai ke sekolah menengah. Eh, sama pula kelas kita kan Gia. Hahaha. Okay, untuk rekod  form 1- form 5 aku maintain kelas pertama. Ya allah ain, kau masih nak meriak lagi ke? Hahaha

Okay , form 1 aku macam pandang-pandang gitu je si Najihah ni. Sebab macam aku cakap, aku selesa sebab aku ada bestfriend. Apa de hal kan. Sampailah bestfriend aku pindah.

Yes! Life aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah is aku kena hadap bestfriend pindah memindah ni. Sedih weh. Siapa siot nak duduk sebelah aku. Datang Najihah penyelamat weh. Sebabtu aku cakap dia ni sebenarnya kawan baik yang tidak diiktiraf.

Aku tak pernah declare she is my bestfriend. Biasalah Ain , kau kan sombong (sindir diri sendiri) 🤪Hahaha. Tu belum cerita karma kenapa aku kena hadap bestfriend pindah randah ni. Ini semua sebab aku dulu suka sailang kawan baik orang. Itu aku cerita entri lain ehk.

Masa form 2 pun aku rapat dengan giha ni. Dia ni kepala ting tong weh. Nak sembang benda-benda gila sedap la dengan dia. Hahaha. Gaduh? Pernah je dengan dia. Aku rasa sekolah rendah pernah je kot gaduh mulut dengan dia. Tapi tak dasyat sangat lah. Persamaan kitorang is kepala gila-gila, lepastu suka menyanyi.Jenis geng gila karoks la. Aku kan jenis perempuan kasar. Dia pun boleh go dengan aku. Maybe sebabtu dia boleh je layan kepala budak sombong macam aku ni.
Then form 4-5 kitorang sama sekolah teknik Perd. Tapi tak sama kelas. Riak aku datang semula. Well, sedap duduk kelas first kan. mana nak pandang Giha ni. Hahaha. Ayat aku yang ni memang mintak pelempang weh.

Again, dia cakap aku sombong! Weh aku kena mengaku la aku sombong. Sebab apa? Sedap duduk kelas first dengan sedap dapat bestfriend. Lupa la siapa yang angkut aku dulu bila aku tak ada kawan. Si Najihah ni la weh!

Dekat teknik perd tegur-tegur jugak. Tapi macam ada gap sangat lah. Aku pun memang rapat dengan budak-budak kelas aku je. Puih lah kau Ain. SOMBONG!!!!

Dan,,, aku terus lost contact dengan dia. Sampai la aku masuk matrik dan Uitm. Tak jumpa. Tiba-tiba Najihah ni add aku dekat Facebook dan komen.

Dia komen dekat entri kisah seorang pengawas ni. Eh dia boleh pulak tanya aku “gambar aku ada ke tak ehk” . Giha, aku memang sombong weh. Tapi , ada beb gambar kau dengan aku. Kenangan kita woi! (sebenarnya ada je banyak lagi gambar tapi ni je sempat aku upload)HAHAHAHA.

Gigih aku menaip ni. Aku rasa aku patut hargai effort kau dalam berkawan dengan aku. Aku rasa kalau orang lain, dah “pergi mampus” kan aku dahh. Dah la penyombong lupa kawan. Hahaha. Tapi kau tak weh. Kau still ingat aku. Walaupun aku tak pernah declare kau kawan baik aku.

Kau cari aku. Kau cakap kau lebih kenal aku lama. Sedih pula rasa. Aku ni jenis tak sedar weh siapa yang pandang aku , siapa yang ingat aku. Tula sombong kan. Hahaha. Terima kasih sebab sudi terima aku jadi kawan kau. Walaupun aku tak pernah iktiraf kau jadi kawan baik aku. Semoga persahabatan kita sampai ke syurga.

Dengan ini, saya Nur Farahain Binti Zainal Abiddin mengisytiharkan Nur Najihah Binti Baharuddin (aku ingat nama penuh kau) sebagai kawan baik aku dunia dan akhirat.

Yang benar,
Budak sombong dan riak.
(Pecah kaca pecah gelas, lepas baca tolong balas ehk) Hahaha.
Gais, entri ini aku dah tulis lama tapi aku memang nak post pada 24 september. Kenapa? Hari ni hari jadi dia. Jom ramai-ramai wish dekat kawan baik ain yang kini dah pun diiktiraf! Hahahaha. Happy sweet 27 giha! Semoga Allah limpahkan rezekiNya untuk kau dan semoga Dia kurniakan kehidupan yang indah dan terbaik untuk kau💋 #sheisnowmybestfriendforever #gengkaroks #gengkepalagila

9 comments:

  1. wujud jugak member tak diiktiraf ni..

    boleh buat tjuk novel..kekeke

    semoga persahabatan akk ngn dia kekal sampai ke syurga ~ :D

    ReplyDelete
  2. semoga persahabatan kita berkekalan :D

    ReplyDelete
  3. bam2 la Ain yg dulu, yg skrg tak lagi, cane leh turun bdn tu?

    ReplyDelete
  4. hahaha..sombong betul ni...happy birthday Giha!

    ReplyDelete
  5. Okay besday Sis baut entri gak tau hahahaha lalalalalala

    ReplyDelete
  6. Hpy 🎂🎂🎂🎂🎂 giha 😁

    ReplyDelete
  7. bff la ni..kita bunya bff masa sekolah ke mana dah smuanya..haha

    ReplyDelete
  8. semoga persahabatan kekal.. ohhh.. budak2 pandai la ni dulu ek. hehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.