PERSAHABATAN UNTUK 3 HARI


Bila belek-belek semula gambar Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang , ain terus teringat kepada kisah persahabatan ini. Bukan je geng JDT Blogger yang makin rapat, tapi anak-anak diorang pun sama. Masa hari first tu kita belum perasan lagi yang kanak-kanak ni nak berkawan. Mungkin sebab hari pertama kita banyak spent masa dengan keluarga masing-masing di Bukit Gambang Waterpark. Bukan itu sahaja, pada waktu malam kita semua just makan di Oriental Oasis .
So, pada hari first masih malu-malu lagi, orang kata enjin belum panas lagi. Haaa, masuk hari kedua memang kita seharian penuh aktiviti. Comel sangat friendship diorang weh. Sambil jalan pimpin tangan duduk sama-sama. Makan pun dah tak ingat keluarga dah, konon macam diorang nak “kids time” la. Paling kelakar , anak Encik Nasir person in charge yang entertain kami tu, siap nak ikut balik bilik anak kak Dila. Dia terlupa bilik dia pusing jalan lain. Hahahaha. Mak dia siap panggil-panggil anak dia.

That the beauty of this eksplorasi. Kanak-kanak kan, waktu ni la dia nak explore, siapa ada depan mata itu kawan dia. I start to think back, bila kita dah dewasa, kenapa kita banyak hilang kawan? lupa kawan? Hmmm, ianya bukan tentang itu. Ianya tentang masa yang bergerak. Tuhan hantarkan hambaNya pada waktu itu untuk kita belajar sesuatu tanpa kita sedar. Tiber ayat aku jiwang #kodahkenapaain
Mia & Aisyah
Scene paling aku ingat tentang persahabatan untuk tiga hari ni ialah bila Aisyah (anak kak Mar) “eeee comelnyaaaaaaa”, wehh dia tengok arnab sampai macam nak menangis!. Ain dah cuak dah eh kenapa budak ni, sebab time tu Night Jungle pada waktu magrib,risau la kot-kot tersampuk ke. Hahahahahahahaha. Rupanya dia memang suka 🐇. Lepastu si Mia (anak buah Sis Lin) yang ni sepuluh juta kali aku pandang dia, sepuluh juta kali aku nyebut “eeeee geramnyaaa comelllllll betul”. Sumpah tak tipu dia memang comel! Aisyah ,Mia, (anak Kak Dilah) ni geng perempuan. Diorang akan jalan sama-sama.
ni lah MIA SI COMEL TUUU.
Mula-mula Aisyah macam malu-malu, dia cakap “Eh kita kena cepat jalan ni, ibu dengan ayah saya dah dekat depan”🤣 Lepastu masa dekat Night Jungle, diorang kan ketot kecik (ngata diorang ketot, kau pun pendek Ain!) 🤪. Aisyah “saya tak nampak la!”. Abang ain tolong lah dukung kan. Mia pun mintak jugak. Hahahaha. Aku try juga nak dukung si Mia. Kus semangat. Bapa Mia terus pergi dukung kan. Hahahaha. Aisyah ni sebenarnya manja tau (untuk perhatian kak Mar)🤣. Dia banyak kali pimpin tangan Ain, kalau nak turun tangga ke, bila duduk sebelah Ain,tetiba tangan dia ada dekat peha Ain. Tiber pula rasa macam mak-mak🤣#semogaainmenjadiibupenyayang
anak kak Dila , anak kak Mar , anak buah Sis Lin
Boys friendship pula diantara anak kak Dilah dan anak Encik Nasir. Diorang ni tengok abang api sama-sama. Abang ain pernah cakap yang budak lelaki ni kalau dia jumpa geng, kawan tu lompat, dia pun akan ikut lompat. Kawan tu jerit,dia pun ikut sama jerit. Itulah anak lelaki. Lasak.Dahtu takkan nak lembik je kan, kang jadi lembut konfius pula dia lelaki ke perempuan. Eh🤪 Paling semangat betul diorang masa tengok Tarsan Show. Hahahaha. Diorang paling depan sekali, siap bagitau dekat Gorila tu lagi ada orang nak tembak dia. Hahahaha.
nampak the boys diri paling depan sekali.hahaha
So, the conclusion is, persahabatan ni bukan tentang lama atau sekejap kita berkawan tapi tentang macam mana kita saling hormat-menghormati dan juga tentang percaya antara satu sama lain. Tak cukup kan 3 hari ? Makanya, saya mencadangkan JDT Blogger untuk buat family day dan selitkan aktiviti untuk kanak-kanak. Mana tahu, friendship diorang akan jadi selamanya. #friendshiptilljannah .

10 ulasan:

  1. sweet sangat kan ain.. budak2 mmg cepat berkawan kan ain.. seronok tengok anak-anak pandai berkawan..

    BalasPadam
  2. Seronoknya bila rakan sesama blogger kumpul gini.. huuuu~ jeles pulak hati.. ;'(

    BalasPadam
  3. Okay, jomm kita buat reunon Gambang hahahaha...
    Potluck rumah Sis yokkkk!!!

    BalasPadam
  4. bdk bdk kan...buat apa pun comel jer...

    BalasPadam
  5. wahhh seronoknya... "D

    BalasPadam
  6. budak budak mmg senang nak berkawan, suka tengok!

    BalasPadam
  7. Budak memang senang nak berkawan..

    BalasPadam
  8. saya sokong yang berhormat! buat family day lagi, mesti dak2 ni rindu satu sama lain skang ni

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.