TENTANG SAFARI PARK BUKIT GAMBANG YANG KORANG TAK TAHU..Wow!


Cerita ini bersambung dari Pengalaman pertama kali ain bermain ATV, seharian kami di Safari Park Bukit Gambang. Selama ni ain ingat Bukit Gambang Resort City ni hanya ada waterpark je, tapi rupanya ada sekali Safari Park.








Bestnya safari park ni dibuka sampai malam sebab ada Night Jungle woi. Bukan itu sahaja, siap ada Persembahan Abang Api dan Tarsan sekali. Kalau korang nak tau, daripada Coco Beach yang terdapat di Waterpark tu, korang boleh nampak tram turun dan naik.

Ain perasan masa tu, terus tanya Sis Lin “Itu apa ehk?”, Rupanya tu lah laluan untuk ke Safari Park. Besar woi. Binatang pun banyak sangat yang pelik-pelik lah. Hahahah. Nak nyebut pun ada yang tergeliat lidah. Tapi babi hutan laju je lah sebut🤪.





So selepas ain dah berpeluh-peluh main ATV, kitorang tengok Predator Show. Persembahan ni korang boleh nampak lah haiwan-haiwan ganas seperti burung helang, harimau berenang pun ada dan paling comel ialah landak keluar dari lubang kecik. Comel woi sampai ada budak-budak sekolah nak terkam dekat-dekat. Hahaha.








 Selepas predator show, kami melihat pula wonderful birds show. Kemain Sis Lin siap dapat bergambar dengan burung helang kau. 😜 Persembahan burung ni seronok sebab burung pandai cari duit RM5 & RM10 woi 😵






Selepas itu, kami terus makan di Simba Hill Gourmet Hall siap nengok singa lagi kau. Lepas perut dah kenyang, kita bakar lemak berjalan ke Night Jungle dan tibalah malam pesta muda mudi yang dinantikan. Tadaaaa... persembahan Abang Api dan Tarsan.



Persembahan Abang Api ni nama dia African Yabara Fire Show. Ain siap duduk paling depan lagi konon nak tengok betul-betul la macam mana dia telan api tu🤣.Duduk pulak sebelah Sis Lin, haaa tepukkk👏🏼👏🏼👏🏼 Hahahaha




Penutup seharian kami di Safari Park ialah dengan persembahan Tarsan. Memang terbaik lah enjoy betul. Sempat kami tangkap gambar dengan semua yang membuat persembahan. Kami sangat terhibur dan kanak-kanak pun betul-betul seronok dengan persembahan Tarsan ni.

So, korang nak ke nak rasa pengalaman kami geng JDT Blogger di Safari Park ni? Tanya ain cepat macam mana nak dapat pakej harga kasih sayang.. PM je dekat Facebook Farahain Zfa atau DM dekat Instagram @farahainzfa. 💋

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kalo duk sebelah sis lin..memang haaaa tepukkk

    BalasPadam
  2. Hahahahaah...ada juga sekeping gambo i, nasib baik nampak kurus hahahaha..
    Eh tak habs lagi ek cite BGRC ni , bagus laa ko Ain, promo habis, nnti payung hakak sekali tau hehehehehe

    BalasPadam
  3. best kan gi ramai2 safari park ni.. meriah.. ngan show2 tu lagi.. abam api & abam tarsan.. budak2 pun enjoy..

    BalasPadam
  4. Menarik rupanya Safari Park dia.. Kalau bawa anak-anak nie memang best..

    BalasPadam
  5. bertuah dapat terokai safari bukit gambang macam2 binatang ada tu

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.