FOBIA NAIK ESCALATOR - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, September 20, 2018

FOBIA NAIK ESCALATOR

gambar dari google
Aku pernah rasa perasaan fobia bila nak naik escalator. Aku flashback semula disebabkan oleh aku nampak ada seorang budak rasanya macam baru darjah 1, masa tu dekat Galleria @ Kotaraya Johor Bahru, aku naik escalator macam biasa. Tiba-tiba aku tengok kenapa budak ni tak naik-naik sedangkan mak dia dengan adik dia dah naik ke atas. Aku toleh kaki dia gigil-gigil weh nak pijak escalator tu.

Rasa sedih lak aku tak pimpin tangan budak tu. Nasib ada orang yang naik pimpin kan tangan budak tu. Aku macam brain freeze kejap sebab aku dulu pun pernah fobia. Masa kecik la sekarang ni okay la. Korang tahu kenapa aku fobia? Sebab aku imagine escalator tu kalau salah pijak, dia makan kaki kita sampai hancur. Hahaha. Gila betul imaginasi aku masa kecik-kecik dulu. Ke aku dari kecik dah tengok Final Destination tu yang imagine bukan-bukan? 🤣

Bila aku tengok kaki budak tu gigil-gigil aku terus teringat aku yang masa budak-budak. Serius weh aku memang paling berhati-hati bila nak naik escalator. Masa kecik-kecik dulu, setiap kali nak naik atau turun escalator , ibu aku akan pimpin tangan aku.Tu aku memang pantang orang main-main bila dekat escalator. Kang dia makan kaki kau, baru tahu kaki dah kodong! Haaa.. #takbolehblahkaufikirkanain

8 comments:

  1. fobia escalator ni mmg real lah! sha pun macam tu dulu adoi nak turun escalator buang masuk weh takut kasut licin nanti gelongsor sampai bawah hahaha malu gila bila ingt balik tapi sekarang pun masih takut takut haha

    ReplyDelete
  2. masa kecil dulu akak pun pernah jatuh escalator

    ReplyDelete
  3. skrang pon takot gak naik..sebab rasa gayat..tak tau la..hahah mdti kne pgg tepi tu

    ReplyDelete
  4. Hahaha enko kalau pergi HK lagilah Ain, laju gile escalator dia, nak naik kena kira 123, kalau tak memang terjengkot tersepit le ko hahahaha

    ReplyDelete
  5. Adoii akk cter escalator. Teringt masa kecik kita smpai nangis takut naik benda alah tu. Haha. Cousin kita yg sebaya kita masa tu ngn kak cousin dh smpai ats. Kita kt bwh nangis tak naik2. Last2 dorg trun n smpai guard dtg. Tak boleh lupa aihh. Tp skrg nasib baik dah tak takut.

    ReplyDelete
  6. kena biasakan,kotlah nanti banglo akak ada escalator...tiba...hahahaha

    ReplyDelete
  7. berhati2 ada dah kemalangan berlaku kan..kain tersepit lah jatuh lah macam2..apapun cepat pantas kelebihanya

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.